CADANGAN DAN USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 2018
A. KURIKULUM
1.
|
Menjemput guru pemeriksa kertas peperiksaan ke sekolah untuk menerangkan teknik menjawab dan pemarkahan yang betul.
(Hanizan binti Hamzah)
Jawapan :
guru pemeriksa kertas peperiksaan dijemput untuk ke sekolah sebanyak dua kali setahun dengan bantuan PIBG
|
2
|
Memulakan gerak gempur di awal tahun persekolahan bagi pelajar yang menduduki UPSR.
(Hanizan binti Hamzah)
Jawapan:
Gerak gempur tidak dapat dijalankan pada awal tahun persekolahan kerana memberi peluang kepada guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran terlebih dahulu.
|
3.
|
Waktu persekolahan sesi petang dipendekkan masa. Balik lebih awal, 6.10 petang.
(Norliza Mohd Noor)
Jawapan:
Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan serta ianya adalah tertakluk kepada kalendar akademik dan jumlah waktu persekolahan.
|
4.
|
Beg sekolah berat
(Shahrul Namawi bin Abd Ghani)
Jawapan:
Beg sekolah berat adalah kerana mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, atas inisiatif guru-guru, ada buku aktiviti dan buku latihan pelajar yang disimpan di bahagian belakang kelas dan murid menulis dalam jadual waktu dan buku nota masing-masing tentang penggunaan buku aktiviti atau buku tulis setelah diberi penerangan oleh guru.
|
5.
|
Cadangan hari Khamis balik/tamat sekolah jam 12.50 seperti dulu. Kadang-kadang masa rehat tidak cukup selepas habis sekolah dan seterusnya ke sekolah agama pula.
(Ahmad Zakaria bin Ahmad @ Othman)
Jawapan:
Waktu tasmik telah ditambah dari 30 minit kepada 1 jam bagi setiap minggu dan dimasukkan di dalam jadual waktu. Oleh sebab itu, pelajar islam tamat waktu persekolahan pada jam 1.20 petang setiap hari khamis.
|
6.
|
Mengadakan kelas tambahan untuk murid Tahun 6 dengan kadar bayaran mampu bayar.
(Mimie Fazira binti Mohd Daud)
Jawapan:
Kelas tambahan tahun 6 telah dilaksanakan dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu dengan kadar bayaran rm200 iatu yuran terendah dalam daerah Sepang.
|
7.
|
Kerap mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru sebelum UPSR bagi memaklumkan prestasi pelajar.
(Mimie Fazira binti Mohd Daud)
Jawapan:
Kekangan masa menyebabkan perjumpaan antara ibu bapa dan guru tidak dapat diaddakan selalu. Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh berjumpa dengan guru- guru pada bila-bila masa yang sesuai.
|
8.
|
Mohon pihak sekolah memastikan agar penggunaan buku latihan digunakan sepenuhnya (pada akhir persekolahan masih ada banyak latihan tidak dilengkapkan).
(Muhamad Azmi bin Ismail)
Jawapan:
Semua guru sudah dimaklumkan untuk menggunakan semua buku sebagai latihan sampingan dalam kelas dan di rumah. Kuantiti latihan yang dibuat bergantung kepada kemampuan dan kebolehan pelajar. Selain itu, pihak pentadbir ada membuat pemantauan dan penyemakan buku latihan bagi memastikan semua guru dan murid menggunakan buku yang telah disediakan.
|
9.
|
Menyediakan kelas tambahan kepada murid bermula dari darjah 4 untuk penyediaan menghadapi UPSR. Kelas tambahan hanya untuk murid yang sudah dikenal pasti lemah mengikut mata pelajaran. Ini adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar supaya pelajar tidak merasa putus asa apabila mereka ketinggalan.
(Azrul Syah bin Abd Moin)
Jawapan:
Pihak sekolah akan mengusahakan cadangan ini bersama PIBG.
|
10.
|
Saya cadangkan anak tidak diasingkan kelas dari segi akademik. Ini kerana ada perbezaan jauh dari segi tingkah laku serta daya saing mereka.
(Encik Saifullah bin Rauf)
Jawapan:
Pengasingan yang dilakukan mendatangkan pro dan kontra.
|
11.
|
Perjumpaan bulanan dengan guru kelas.
(Encik Ekhwan bin Mohd Salleh)
Jawapan:
Cadangan ini akan dibincangkan dan diusahakan.
|
12.
|
Adakan kelas intensif untuk subjek matematik, sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris di sekolah setiap hujung minggu dengan bayaran berpatutan selain dapat meningkatkan ekonomi guru dapat juga meningkatkan prestasi murid untuk UPSR kelak.
(Amarlia binti Ghazali)
Jawapan:
Kelas intensif untuk subjek matematik, sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris di sekolah setiap hujung minggu akan diusahakan.
|
13.
|
Melarang guru-guru menggunakan telefon bimbit dalam kelas/waktu mengajar. (Shanthesh)
Jawapan:
Guru-guru memang tidak digalakkan untuk menggunakan telefon bimbit di dalam kelas. Telefon bimbit hendaklah dalam mod senyap. Namun, sekiranya terdapat kecemasan adalah dibenarkan.
|
14.
|
Jika guru tidak hadir/cuti sakit maka guru gantian juga perlu mengambil alih untuk mengajar.
(Shanthesh)
Jawapan:
Jika guru tidak hadir/cuti sakit sememangnya ada guru gantian. Untuk pelajar tahun 1 2018, guru gantian akan disediakan modul IM Free.
|
15.
|
Perhimpunan sekolah diadakan sekali seminggu sahaja.
(Shanthesh)
Jawapan:
Perhimpunan memang diadakan seminggu sekali sahaja kecuali jika ada perkara atau makluman penting yang perlu disampaikan kepada pelajar. Setiap pagi sebelum pelajar naik ke kelas untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan membaca doa dalam perhimpunan pagi. Ia adalah bertujuan:
|
16.
|
Mewujudkan komunikasi yang efektif di antara ibu bapa/penjaga dengan guru kelas/guru mata pelajaran.
(Mohd Helmi b. Ngadimin)
Jawapan:
Komunikasi yang efektif di antara ibu bapa/penjaga dengan guru kelas/guru mata pelajaran boleh dilaksanakan atas inisiatif guru kelas.
|
17.
|
Kemas kini perkembangan pelajar kepada ibu bapa/penjaga bagi memastikan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa.
(Mohd Helmi b. Ngadimin)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar kepada ibu bapa melalui pelbagai cara seperti makluman atas talian sperti whatsapp, perjumpaan dan sebagainya.
|
18.
|
Mengelakkan jadual peperiksaan sekolah kebangsaan bertindih dengan sekolah rendah agama.
-Sekiranya terdapat perubahan di saat akhir, perlu dimaklumkan lebih awal oleh pihak sekolah supaya persediaan mental dan fizikal dapat dilakukan oleh murid mahupun ibubapa.(blog sekolah tidak dikemaskini)
(Muhamad Isa bin Yahya)
Jawapan:
Jadual dan tarikh peperiksaan telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Oleh yang demikian, peperiksaan akan berjalan sebagaimana dengan takwim dan kalendar peperiksaan yang telah dikeluarkan seragam di semua sekolah di negeri Selangor. Walaubagaimanapun, pihak sekolah sentiasa berhubung dengan sekolah rendah agama bagi mengelakkan pertindihan waktu peperiksaan antara kedua-dua buah sekolah.
|
19.
|
Sikap tegas dan selalu memerhati sikap dan kelakuan murid semasa berada di kelas dan ingin PIBG berkembang dengan lebih maju.
(Eli Anak Rijem)
Jawapan:
Guru sentiasa bersikap tegas tetapi berhemah dan berkasih sayang dalam membentuk sikap dan peribadi yang baik dalam kalangan pelajar. Malahan, guru-guru sentiasa mengingatkan pelajar untuk sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
|
20.
|
Tarikh peperiksaan sekolah kebangsaan dan sekolah Rendah Agama serentak. Adakan perbincangan antara sekolah, agar murid tidak terbeban.
(Syamsul Nahar bin Mohd Ghani)
Jawapan:
Jadual dan tarikh peperiksaan telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Oleh yang demikian, peperiksaan akan berjalan sebagaimana dengan takwim dan kalendar peperiksaan yang telah dikeluarkan seragam di semua sekolah di negeri Selangor. Walaubagaimanapun, pihak sekolah sentiasa berhubung dengan sekolah rendah agama bagi mengelakkan pertindihan waktu peperiksaan antara kedua-dua buah sekolah. Mengenai perubahan di saat akhir, blog sekolah sentiasa akan memaklumkan makluman dari semasa ke semasa.
|
21.
|
Kementerian ada mengwar-warkan agar pihak sekolah tidak mengasingkan kelas berdasarkan tahap pencapaian murid-murid.
a. Apakah reaksi pihak sekolah atas perkara ini?
b. Kebaikan dan keburukan – pandangan pihak PIBG
c. Penerangan pihak PIBG serta pihak sekolah.
(En. Ibrahim bin Ismail)
Jawapan:
Pengasingan yang dilakukan mendatangkan pro dan kontra.
Kualiti UPSR dilihat melalui tiga jenis murid iaitu:
Aktiviti untuk murid success, potensi dan ikhkas adalah berlainan dimana aktiviti untuk murid success lebih mencabar.
|
22.
|
Adakan kelas tambahan di sekolah untuk darjah 5 dan 6.
( Pn. Hairiyah binti Mohamad)
Jawapan:
Pihak sekolah akan mengusahakan cadangan ini bersama PIBG.
|
23.
|
Setiap guru bina WhatsApp group jemput ibu bapa dan guru mata pelajaran.
Namakan WhatsApp group ikut kelas.
(Mohd Yazid bin Hanan)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan WhatsApp group.
|
B. HAL EHWAL MURID
1.
|
Bagi murid-murid supaya sarapan pagi dulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sekolah untuk mengelakkan murid-murid dari pitam atau sebagainya.
(Mohd Khairuddin Bin Seedik)
Jawapan:
Ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk menyediakan sarapan pagi kepada anak-anak. Jika tidak sempat untuk bersarapan di rumah, ibu bapa perlu menyediakan wang yang secukupnya kepada anak-anak untuk membeli makanan di kantin. Pelajar boleh datang awal ke sekolah dan bersarapan di kantin kerana pihak kantin ada menyediakan sarapan pagi kepada pelajar.
|
2.
|
Membaiki tandas murid-murid yang tiada pintu, kunci dan kepala paip yang rosak.
(Salmi Omar)
(Siti Hosma binti Zainal Abidin)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku kerosakan semula.
|
3.
|
Naik taraf tandas dan perabot asas untuk keselesaan murid di sekolah.
(Mimie Fazira binti Mohd Daud)
Jawapan:
Naik taraf tandas dan perabot asas memerlukan dana yang banyak. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu membantu pihak sekolah dan PIBG melalui pembayaran sumbangan PIBG yang telah ditetapkan.
|
4.
|
Pengumpulan barang-barang terpakai untuk pelajar yang kurang kemampuan seperti baju sekolah, kasut dan beg yang masih elok digunakan.
(Siti Hosma binti Zainal Abidin)
Jawapan:
Pengumpulan barang-barang terpakai untuk pelajar yang kurang kemampuan seperti baju sekolah, kasut dan beg yang masih elok digunakan masih lagi dijalankan. Bagi sesiapa yang hendak menderma boleh hadir ke sekolah dan berurusan dengan :
|
5.
|
Pemulihan struktur di dalam tandas.
(Harith Adam bin Shaik Mohd Shariff)
Jawapan:
Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak sekolah dan PIBG perlu mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama.
|
6.
|
Naik taraf tandas pelajar.
(Ahmad Johari Rahmat)
Jawapan:
Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama.
Malah, ibu bapa digalakkan untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam menaik taraf kemudahan tandas sekolah. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan. PIBG dibawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sentiasa mencari jalan membaiki prasarana sekolah dana apa jua kerosakan bangunan.
|
7.
|
Kemudahan tandas seperti pintu dan bilik air dibetulkan. Contoh di tandas perempuan ada empat bilik air tapi hanya 2 sahaja yang boleh digunakan. Ada pintu yang rosak dan ada paip yang tiada air. Murid perempuan terpaksa beratur lama untuk masuk ke tandas.
(Nurul Atiqah binti Adnan)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku kerosakan semula. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas. Ibu bapa boleh mengambil usaha untuk sentiasa memberi kefahaman dan peringatan kepada anak-anak mereka agar menjaga kemudahan sekolah yang digunakan.
|
8.
|
Memberi penambahbaikan kepada tandas sekolah.
(Noriah Ismail)
Jawapan:
Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya.
|
9.
|
Pelajar tahun 1 & 2 terutama murid perempuan sentiasa pakai seluar panjang di
sekolah.
(Haszali b Ab Halim)
Jawapan:
Ibu bapa boleh mengambil inisiatif supaya anak-anak perempuan memakai seluar panjang di sekolah.
|
10.
|
Sistem maklumat tentang sekolah @ pelajar dengan menggunakan “telegram”
dan ibu bapa boleh mendapat maklumat dari guru kelas melalui WhatsApp.
(Haszali b Ab Halim)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar kepada ibu bapa melalui pelbagai cara seperti makluman atas talian sperti WhatsApp danTelegram.
|
11.
|
Sila baiki pintu tandas perempuan sebelah dewan.
(Norhayati Yahya)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku kerosakan semula.
|
12.
|
Wujudkan WhatsApp group bagi memudahkan maklumat disalurkan.
(Alfiq Shahrill /Hasniza)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar kepada ibu bapa.
|
13.
|
Solat berjemaah pagi dan petang pada waktu zohor.
(Abd Razak bin Majid)
Jawapan:
|
14.
|
Dicadangkan adakan WhatsApp group kelas anak untuk memudahkan cara perhubungan cikgu/murid/ibu bapa lain. Tujuannya mempercepatkan info.
(Ahmad Khairani bin Abdul Wahab)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar kepada ibu bapa.
|
15.
|
Tempat menunggu berpagar dan ada CCTV
- Untuk memastikan keselamatan anak-anak yang menunggu bas/van/ibu bapa selepas pulang dari sekolah.
(Norzaidi bin Mohd Radzi)
Jawapan:
CCTV memang ada dipasang. Manakala CCTV diluar pagar sekolah akan dibincangkan dengan PIBG.
|
16.
|
Kebersihan tandas murid dipertingkatkan.
(Noor Hidaya binti Zaini)
Jawapan:
Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak sekolah dan PIBG perlu mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas demi kemudahan bersama.
Malah, ibu bapa digalakkan untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam menaik taraf kemudahan tandas sekolah. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan. PIBG dibawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sentiasa mencari jalan membaiki prasarana sekolah dana apa jua kerosakan bangunan.
|
17.
|
Penyediaan loker untuk murid menyimpan buku.
(Noor Hidaya binti Zaini)
Jawapan:
Tiada ruang yang boleh menempatkan loker untuk menyimpan buku. Walaubagaimanapun, di belakang kelas ada disediakan ruang untuk murid menyimpan buku mengikut subjek.
|
18.
|
Pastikan petak (jalur kuning) melintas untuk murid-murid keluar dari sekolah untuk menuju kenderaan.
(Zarina binti Zainuddin)
Jawapan:
Perbincangan akan dijalankan bersama PIBG.
|
19.
|
Membaik pulih tandas perempuan yang rosak terutama pada bahagian pintu.
(Siti Hasma binti Zainal Abidin)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku kerosakan semula.
|
20.
|
Mengadakan pusat pengumpulan barang-barang sekolah yang elok seperti beg, kasut, buku-buku bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.
(Siti Hasma binti Zainal Abidin)
Jawapan:
Pengumpulan barang-barang terpakai untuk pelajar yang kurang kemampuan seperti baju sekolah, kasut dan beg yang masih elok digunakan masih lagi dijalankan. Bagi sesiapa yang hendak menderma boleh hadir ke sekolah dan berurusan dengan :
|
21.
|
Mengenalpasti ciri-ciri buli dan memastikan tiada aktiviti buli di kalangan murid.
(Syarifah Fatimah bt Syed Abdullah)
Jawapan:
Gejala buli sentiasa dipantau dan pelajar yang terlibat akan diambil tindakan disiplin.
|
22.
|
Wujudkan kumpulan telegram atau wassap guru kelas & ibubapa bagi urusan rasmi@ pertanyaan.
(Nor Jihah)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar kepada ibu bapa mahupun untuk sebarang urusan rasmi atau pertanyaan.
|
23.
|
Memperbanyakkan seminar/kursus untuk meningkatkan jati diri dan semangat para pelajar.
(Mohd safri bin Mohamad Subki)
Jawapan:
Seminar/kursus untuk meningkatkan jati diri dan semangat para pelajar telah dimulakan sejak awal tahun lagi. Antaranya:
|
24.
|
-Toilets smells unconditionaly.
-Staircase should be more safer.
-Classrooms looks very empty.
(M.Sarma)
Jawapan:
|
25.
|
Kebersihan tandas.
Kerap mengingatkan murid bahaya dunia luar.
(Redzuan bin Mokhtazar)
Jawapan:
|
26.
|
Menyediakan kerusi atau bangku ringkas di dewan perdana untuk murid-murid duduk semasa perhimpunan harian. Pada masa ini murid-murid duduk bersila sehingga mereka merasa tidak selesa (memenatkan) terutamanya ketika sesi perhimpunan yang lama. Harap dipertimbangkan sekiranya bajet mencukupi.
(En. Roslan bin Sulaiman)
Jawapan:
Jumlah murid yang terlalu ramai menyebabkan dewan Perdana tidak muat sekiranya pelajar duduk di atas kerusi. Namun, simen di dewan tersebut sentiasa dibersihkan dan diselenggara dengan baik terutama ketika penggunaannya semasa perhimpunan.
|
27.
|
Menyediakan loker di dalam bilik darjah untuk setiap kelas ( ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan)
(Pn. Siti Rohaidah bt Samsudin)
Jawapan:
Tiada tempat yang sesuai untuk meletakkan loker di dalam bilik darjah disebabkan kepadatan jumlah murid di dalam kelas yang menempatkan hampir 40-45 orang. Ditambah pula dengan kelas yang berkongsi dengan sesi petang menyebabkan ruang pembelajaran menjadi sangat terhad.
|
28.
|
Keselamatan murid-murid yang melintasi zebra crossing di pintu pagar A diberi perhatian sewajarnya. Cadangan :-
i. Meletakkan papan tanda amaran murid melintas.
ii. Adakan bonggol agar kenderaan perlahan.
(En. Shahrizal bin Norwawi)
Jawapan:
PIBG pernah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar.
|
29.
|
Di harap pihak sekolah dapat memperuntukkan budget untuk :
(Aimi Fadzi bin Mokhtar)
Jawapan:
Kerosakan bagi setiap kemudahan atau infrastruktur sekolah sentiasa diperbaiki dan ditukar mengikut kemampuan budget atau peruntukan yang diperolehi.
|
30.
|
Perbaiki tandas pelajar lelaki.
Pintu tandas pelajar dibaiki/diganti.
Pastikan setiap tandas flushnya berfungsi dengan baik.
(Fatin Farhana binti Mohd Azemi)
Jawapan:
Kerosakan bagi setiap kemudahan atau infrastruktur sekolah sentiasa diperbaiki dan ditukar mengikut kemampuan budget atau peruntukan yang diperolehi.
|
31.
|
Waktu rehat bagi Tahun 1 diawalkan.
Tahun 2 dan 3 rehat selepas Tahun 1 masuk ke kelas
(Ahmad Khusairi)
Jawapan:
Waktu rehat bagi pelajar tahun 1,2 dan 3 digabungkan kerana pengawas tahun 3 boleh memantau murid tahun 1 semasa rehat. Guru-guru yang bertugas mingguan juga turun memantau dan mengawal pelajar semasa rehat.
|
32.
|
Tandas perempuan rosak, pintu perlu dibaiki, boleh dikunci dan diflush.
Kenal pasti kerosakan tandas dan mohon dibaiki.
(Syazana Alyana binti Rebri)
Jawapan:
Kerosakan bagi setiap kemudahan atau infrastruktur sekolah sentiasa diperbaiki dan ditukar mengikut kemampuan budget atau peruntukan yang diperolehi.
|
33.
|
Tingkatkan keselamatan murid-murid di sekolah seperti tambahkan Pegawai Keselamatan.
(Selva Kumar a/l Pannir Selvam)
Jawapan:
Pengawal keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan. Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya.
|
C. KOKURIKULUM
1.
|
Baju sukan tak perlu tukar tiap-tiap tahun.
(Rumah sukan tak perlu bertukar-tukar tiap-tiap tahun).
(Nurul Zubaidah Lija)
Jawapan:
|
2.
|
Minta kekalkan rumah sukan dari darjah 1 hingga darjah 6.
(Che Mohd Shahrir Amran bin Che Ismail)
Jawapan:
Rombakan rumah sukan terpaksa dilakukan bagi menyelaraskan bilangan pelajar dengan rumah sukan yang ada dan supaya setiap ahli rumah sukan dapat dibahagikan sama banyak secara adil.
|
3.
|
Penukaran hari sewaktu kokurikulum daripada hari Rabu kepada hari Sabtu. Ini kerana mengganggu sesi persekolahan sekolah KAFA AL-MANSOORAH pada sesi pagi (terdapat pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani).
(Encik Shaiful Bahar bin Mohd Yusof)
Jawapan:
Penukaran hari sewaktu kokurikulum daripada hari Rabu kepada hari Sabtu tidak dapat dilakukan kerana pihak sekolah ada membuat MOU dengan pihak Sekolah Rendah Agama. Aktiviti kokurikulum juga tidak dapat dilaksanakan pada hari Sabtu disebabkan adanya program-program yang telah dirancang disamping para pelajar yang terlibat dengan sukan, seminar, kelas tambahan dan sebagainya.
|
4.
|
Memperbanyakkan Ko-kurikulum untuk murid-murid di mana sekolah boleh menyertai pertandingan sebagai contoh bicara berirama.
(Pn. Siti Rohaidah bt Samsudin)
Jawapan:
Aktiviti ko-kurikulum untuk pelajar di sekolah adalah berbeza pada setiap tahun dimana sebagai contoh, pertandingan bicara berirama tidak dipertandingkan di peringkat daerah. Semua aktiviti ko-kurikulum adalah di bawah takwim atau perancangan yang telah ditentukan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan. Namun begitu, pihak sekolah sentiasa memberi peluang kepada para pelajar yang berminat untuk terlibat dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan mengikut hebahan yang dikeluarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sepang ataupun Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
|
5.
|
Memberi kelonggaran pelajar yang mengikuti Sekolah Rendah Agama untuk hadir kokurikulum pada hari Rabu.Wajibkan minima 2 hari (2 kali Rabu) sahaja agar murid dapat mengikuti Sekolah Rendah Agama.
(Syamsul Nahar bin Mohd Ghani)
Jawapan:
Aktiviti kokurikulum di sekolah ada SPI yang perlu diikuti iaitu perjumpaan sebanyak 12 kali setahun. Pihak sekolah sentiasa memberi makluman kepada pihak Sekolah Rendah Agama tentang aktiviti kokurikulum yang dijalankan dan memohon kebenaran daripada mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum sekolah.
|
6.
|
Memperbaiki dan memajukan lagi pelbagai aktiviti kokurikulum sekolah. Semoga tahun ini matlamat 1 sukan 1 murid dapat dilaksanakan dengan jayanya.
(Mohd Zahir bin Mohd Ali)
Jawapan:
Aktiviti kokurikulum sentiasa dimajukan mengikut perancangan tahunan sekolah. Pihak sekolah sentiasa mengiktiraf murid yang cemerlang pada Hari Anugerah Kokurikulum yang dilaksanakan pada akhir tahun persekolahan. Setiap tahun, tidak kurang daripada 800 orang murid diraikan dengan memberi cenderahati dan sijil pencapaian dan penghargaan dalam semua aktiviti yang disertai. Matlamat 1 sukan 1 murid dapat dilaksanakan dengan jayanya.
|
7.
|
Memohon agar pihak sekolah mengadakan hari kokurikulum waktu persekolahan sekolah kebangsaan sahaja tanpa mengganggu pembelajaran di sekolah rendah agama. Contoh jika murid sesi pagi aktiviti kokurikulum pada waktu pagi manakala sesi petang pada waktu petang.
(Ardi Irwan bin Mohammed Yatim)
Jawapan:
Sesi persekolahan bagi sekolah ini melibatkan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sekiranya aktiviti kokurikulum dijalankan pada sesi masing-masing, tiada tempat yang mencukupi untuk digunakan untuk menjalankan aktiviti. Selain itu, sekiranya aktiviti kokurikulum dijalankan pada waktu sesi petang, proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.
|
D. KANTIN
1.
|
Tingkatkan tahap kebersihan kantin.
(Mohd Nasran b. Mohd Taib)
Jawapan:
|
2.
|
Menyediakan makanan berkhasiat di kantin sekolah.
(Norliza Mohd Noor)
(Mohd Ramizu bin Ibrahim)
Jawapan:
Pihak kantin sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat kepada pelajar. Makanan-makanan yang disediakan di kantin adalah makanan yang telah diberi kelulusan untuk dijual di kantin sekolah. Contoh makanan yang dijual adalah seperti laksa, nasi lemak, bihun sup, nasi ayam dan banyak lagi.
|
3.
|
Meminta peniaga kantin memakai topi dan memakai sarung tangan semasa menyediakan makanan murid-murid.
(Norhayati binti Karim)
Jawapan:
Pihak kantin memang menguatkuasakan pemakaian topi dan sarung tangan semasa menyediakan makanan pelajar. Bagi pekerja yang tidak mematuhi etika pakaian semasa penyediaan makanan akan dikenakan denda atau dipotong gaji.
|
4.
|
Saya mencadangkan agar waktu rehat ditambah sebanyak 10 minit agar menjadi 30 minit supaya murid-murid tidak terlalu terkejar-kejar untuk membeli makanan dan menikmati juadah.
(Nur Sumayah Ho binti Abdullah)
Jawapan:
Waktu rehat selama 20 minit adalah mengikut dasar yang telah ditetapkan dan ianya tidak boleh diubah menajdi 30 minit.
|
5.
|
Sekolah dan kantin bekerjasama mewujudkan pilihan makanan berkhasiat untuk murid dan menyediakan perkhidmatan makanan yang dibayar secara bulanan kepada murid yang berminat.
(Fatimah Noraziah bt Mohamad)
Jawapan:
Sekolah dan kantin sentiasa bekerjasama dalam mewujudkan pilihan makanan yang berkhasiat untuk murid. Bagi penyediaan perkhidmatan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada murid yang berminat, ianya telah wujud sejak tahun 2017. Ibu bapa yang berminat boleh datang berurusan dengan pihak kantin. Sebagai contoh, dua penjaga telah membuat perjanjian dengan pihak kantin untuk menyediakan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada anak mereka.
|
6.
|
Naik taraf kantin.
Menjual makanan berkhasiat.
(Ahmad Johari Rahmat)
Jawapan:
Naik taraf kantin telah dilaksanakan dimana kerusi yang telah rosak telah diganti dan meja telah dilapik. Bilik makan guru juga telah dinaik taraf.
Pihak kantin sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat kepada pelajar. Makanan-makanan yang disediakan di kantin adalah makanan yang telah diberi kelulusan untuk dijual di kantin sekolah.
|
7.
|
Mengharamkan penjualan air berkarbonat/bergas di kantin sekolah.
(Syahril Amizi)
Jawapan:
Kantin tidak menjual air berkarbonat.
|
8.
|
Sistem kupon makanan & minuman (Tahun 1 & 2)
(Haszali b Ab Halim)
Jawapan:
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan sistem kupon makanan dan minuman boleh berurusan dengan pengusaha kantin.
|
9.
|
Makanan yang dijual di kantin tidak menepati cita rasa pelajar. Perlu ada perubahan.
(Jupiah binti Abdul Rahman)
Jawapan:
Pihak kantin terikat dengan garis panduan yang telah ditetapkan dan tidak dapat menepati cita rasa pelajar secara keseluruhannya.
|
10.
|
Masa rehat terlalu ramai murid di kantin sehingga sesetengah murid tidak dapat membeli makanan.
(Schedule masa rehat)
(Jupiah binti Abdul Rahman)
Jawapan:
Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai, rehat pelajar adalah sebanyak dua kali iaitu:
|
11.
|
Makanan dijual di kantin perlu berkualiti dan ditambah.
(Alfiq Shahrill /Hasniza)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah berkualiti dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis makanan ada dijual di kantin mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
|
12.
|
Menjual makanan yang sedap.
(Nafizah bt Hanan)
Jawapan:
Makanan yang dijual dikantin adalah sedap dan berkualiti, mengenyangkan serta bervariasi pilihan yang boleh dimakan oleh pelajar.
|
13.
|
Memberikan keselesaan kepada murid dan murid Pusat Sumber Sekolah di kantin.
(Nafizah bt Hanan)
Jawapan:
Pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah diberi pelepasan untuk berehat 10 minit lebih awal daripada waktu rehat yang diperuntukkan dimana memberi peluang kepada pengawas tersebut untuk menjalankan tugas.
|
14.
|
Jaga kebersihan kantin dan tandas.
(Jusop bin Razak)
Jawapan:
Kebersihan kantin dan tandas sentiasa dititikberatkan. Pekerja kantin sentiasa memantau kebersihan di sekeliling kawasan kantin manakala pekerja kebersihan membersihkan tandas dan persekitaran sekolah.
|
15.
|
Supaya kantin sekolah dapat menyediakan makanan yang berkhasiat. Makanan yang dijual di kantin banyak kepada “fast food”.
(Amiruddin Idris)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan pastinya makanan yang disediakan adalah berkhasiat. Hal ini kerana sekiranya pihak kantin tidak melaksanakan penyediaan dan penjualan makanan di kantin mengikut peraturan yang telah ditetapkan, pihak kantin akan dikenakan tindakan.
|
16.
|
Makanan berkhasiat dijual di kantin. Makanan tidak berkhasiat (Nabati pun dijual di kantin).
(Noor Hidaya binti Zaini)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan pastinya makanan yang disediakan adalah berkhasiat.
|
17.
|
Pemantauan kebersihan di kantin seperti spot check mengejut kepada pengusaha kantin.
(Noor Hidaya binti Zaini)
Jawapan:
|
18.
|
Tingkatkan keselamatan murid-murid – jaga pemakanan murid-murid di kantin.
(Rafidah Yusof)
Jawapan:
Keselamatan murid sentiasa ditingkatkan. Guru-guru sentiasa mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga keselamatan dan pemakanan di kantin.
|
19.
|
Membaik pulih kerusi makan di kantin sekolah.
(Norjalawati Jamalis)
Jawapan:
Kerusi makan yang rosak telah diganti.
|
20.
|
Mengatur semula sistem di kantin agar semua murid berpeluang membeli makanan dan mempunyai meja yang mencukupi untuk makan. Masalah berpunca daripada murid terpaksa beratur panjang dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membeli dan menikmati makanan.
(Ahmad Fahmi bin Ismail)
Jawapan:
Sistem pembelian makanan semasa waktu rehat di kantin telah ditingkatkan. Jumlah pelajar yang terlalu ramai semasa beratur dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pengasingan pelajar lelaki dan perempuan. Ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengajar dan menasihatkan pelajar supaya membeli makanan terlebih dahulu sebelum bermain. Hal ini kerana ada segelintir pelajar yang lebih suka bermain dan menunggu sehingga ke saat akhir untuk membeli makanan yang menyebabkan mereka tidak sempat untuk makan.
|
21.
|
Pastikan makanan di kantin sekolah berkhasiat. Jangan jual makanan ringan yang boleh menjadi penyakit kanser dan lain-lain.
(Puan Hairiyah binti Mohamad)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan makanan yang disediakan adalah berkhasiat. Penjualan makanan ringan tidak dibenarkan.
|
22.
|
Makanan yang dijual di kantin tidak berkualiti dan mahal.
(Encik Alfiq Shahrill / Puan Hasniza)
Jawapan:
Setiap makanan yang dijual dikantin adalah berkualiti kerana telah mengikut prosedur penyediaan makanan yang telah ditetapkan. Harga makanan yang dijual adalah murah dan berpatutan kerana pihak sekolah telah menetapkan harga maksimum makanan adalah sebanyak rm2.00 dan tidak boleh lebih dari harga tersebut.
|
23.
|
Perkhidmatan makanan bayaran bulanan (makanan yang sihat) ini kerana pada pandangan saya kantin menghidangkan makanan daripada pagi hingga ke petang. Contoh di Cyberjaya.
(Mohd Roslee bin Harun)
Jawapan:
Bagi penyediaan perkhidmatan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada murid yang berminat, ianya telah wujud sejak tahun 2017. Ibu bapa yang berminat boleh datang berurusan dengan pihak kantin. Sebagai contoh, dua penjaga telah membuat perjanjian dengan pihak kantin untuk menyediakan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada anak mereka.
|
24.
|
Makanan untuk murid-murid di kantin sekolah hendaklah seragam dan tidak perlu berbeza antara murid lelaki dan perempuan seperti sekarang.
(Norzaliza bt Setapa)
Jawapan:
Makanan yang di jual dikantin adalah seragam dan sama pada hari tersebut. Hanya semasa membeli makanan sahaja pelajar beratur secara berasingan.
|
25.
|
Meningkatkan tahap kebersihan di kantin
(Wan Aishah bt Ishak)
Jawapan:
Kantin sentiasa dibersihkan, cuma kadangkala murid yang terlalu ramai menyebabkan kebersihan tidak dapat dikawal. Bagi pelajar sesi pagi contohnya, semasa waktu rehat sebelum memulakan aktiviti kokurikulum, pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama menunaikan solat terlebih dahulu manakala kumpulan yang kedua berehat di kantin. Ini adalah bagi mengelakkan kesesakan di kantin di samping memberi masa kepada pekerja kantin untuk membersihkan kantin. Kantin juga ada menyediakan “runner” bagi mengawal tahap kebersihan terutama semasa aktiviti kokurikulum.
|
26.
|
Upgrade meja dan kerusi di kantin serta menambah ruang makan untuk pelajar.
(Mohd Safri bin Mohamd Subki)
Jawapan:
Meja dan kerusi di kantin sentiasa dinaik taraf. Ini bermaksud segala kerosakan yang berlaku telah diganti. Ruang makan untuk pelajar adalah terhad mengikut infrastruktur asal sekolah.
|
27.
|
Penyeliaan makanan yang bersih.
(Redzuan bin Mokhtazar)
Jawapan:
Borang Penilaian Kendiri Kantin diisi pada setiap hari. Oleh yang demikian, penyeliaan makanan yang bersih akan sentiasa dijaga dan dipatuhi.
|
28.
|
Pelbagaikan makanan di kantin.
(Nasrum b. Zubir)
Jawapan:
Pelbagai makanan ada dijual di kantin dan penyediaan makanan adalah berbeza pada setiap hari dalam satu minggu.
|
29.
|
Mohon pihak sekolah ambil berat keselamatan murid-murid di kantin kerana ada aktiviti menggoreng ayam, minyak panas di luar dapur kantin. Seharusnya memasak makanan panas di dalam dapur kantin sahaja. Untuk mengelakkan kemalangan pada murid yang bermain-main di sekitar kantin.
(Pn. Hayati bt Ayob)
Jawapan:
Pihak kantin akan mengambil tindakan dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di kantin terutamanya semasa penyediaan makanan.
|
30.
|
Tingkatkan kualiti makanan di kantin.
(Pn. Rohayatul Akma bt Hamid)
Jawapan:
Kualiti makanan di kantin sentiasa ditingkatkan.
|
31.
|
Display harga makanan di kantin.
Cikgu-cikgu monitor harga dan kualiti (bahan resipi dan rasa makanan). Kebersihan nampak OK.
(Hasnida binti Mohamad Daud)
Jawapan:
Harga makanan ada disediakan di kantin. Para pelajar boleh merujuk harga bagi yang makanan yang dijual pada senarai harga yang disediakan.
|
32.
|
Cikgu-cikgu monitor harga dan kualiti (bahan resipi dan rasa makanan). Kebersihan nampak OK.
(Hasnida binti Mohamad Daud)
Jawapan:
Harga dan kualiti makanan sentiasa dipantau oleh pihak pentadbir di bawah Hal Ehwal Murid. Manakala kebersihan di kantin sentiasa dijaga kerana pekerja kantin sentiasa membersihkan setiap kali waktu pagi, rehat dan sebelum tamat persekolahan sesi petang.
|
33.
|
Menambahbaik menu di kantin supaya lebih sihat dan sesuai dengan murid sekolah.
(Encik Mohd Husairul bin Hussin)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan makanan yang disediakan adalah berkhasiat dan bersesuaian dengan pelajar sekolah.
|
34.
|
Makanan di kantin sekolah tidak memuaskan. Anak-anak mengadu ayam mentah, nasi mentah dan kebanyakan ayam goreng tiada isi, ayam hanya ada kulit dan tepung sahaja serta nasi lemak tiada sambal. Setiap tahun sering terjadi sedemikian. Harap pihak sekolah membuat pantauan.
(Puan Nor Haliza binti Ibrahim)
Jawapan:
Pada setiap hari kantin dinilai melalui Borang Penilaian Kendiri Kantin yang memastikan agar pihak kantin menyediakan makanan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pihak sekolah akan berbincang bersama pihak kantin bagi setiap permasalahan yang rimbul terutamanya dalam penyediaan makanan.
|
35.
|
Mengadakan sistem makanan untuk rehat.
(Puan Normizah binti Abu Bakar)
Jawapan:
Bagi penyediaan perkhidmatan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada murid yang berminat, ianya telah wujud sejak tahun 2017. Ibu bapa yang berminat boleh datang berurusan dengan pihak kantin.
|
36.
|
Pemantauan tentang harga makanan dan minuman di kantin sekolah.
(Encik Mohd Halmy bin Sharifudin)
Jawapan:
Harga makanan dan minuman yang dijual di kantin adalah dipantau. Makanan yang dijual adalah tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu sebanyak rm2.00.
|
37.
|
Kantin dan tandas kurang bersih.
Kebersihan makanan tidak dijaga. Contoh, ayam yang sudah dimasak tidak bersih dari segi bulu ayam dan air Milo terasa bercampur dengan sambal basi (maklumat dari anak dan kawan-kawan).
(Jusop bin Razak)
Jawapan:
|
E. PPKI
Tiada sebarang cadangan dan usul yang mengupas isu pendidikan khas di sekolah ini.
F. LAIN-LAIN
1.
|
Segerakan baiki fasiliti yang rosak
(Mohd Nasran b. Mohd Taib)
Jawapan:
Fasiliti yang rosak sentiasa diperbaiki mengikut kemampuan dana yang ada.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
2.
|
Mencadangkan supaya security menjaga murid-murid bermain di luar pagar sekolah semasa ibu bapa belum tiba.
(Norhayati binti Karim)
Jawapan:
Pengawal keselamatan sentiasa menjaga keselamatan pelajar malahan menjaga keselamatan di sekeliling kawasan sekolah. Adalah disarankan supaya ibu bapa mengambil anak-anak tepat pada waktunya bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
3.
|
Sediakan pengawal ketika balik ke sekolah untuk kawal lalu lintas.
(Riza binti Jupry)
(Mohd Ramizu bin Ibrahim)
Jawapan:
Pengawal keselamatan sentiasa memantau dan mengawal lalu lintas semasa pelajar datang dan pulang daripada sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
4.
|
Sila tingkatkan keselamatan murid-murid di sekolah, seperti menambah lagi pengawal keselamatan.
(Gayathri d/o Stephen Michael)
Jawapan:
Pengawal keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan. Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
5.
|
Memperbaiki kaki lima laluan pejalan kaki.
(Dinas Suhadi Putra bin Punawan)
Jawapan:
PIBG pernah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
6.
|
Memperbaiki penutup longkang sekeliling sekolah.
(Dinas Suhadi Putra bin Punawan)
Jawapan:
PIBG pernah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
7.
|
Diminta pagar belakang di bahagian Pangsapuri Dahlia dibuka bagi memudahkan murid-murid untuk kesekolah bagi yang berjalan kaki.
(Halijah binti Osman)
Jawapan:
Pintu pagar C tidak boleh dibuka kerana sekolah hanya mempunyai dua orang pengawal keselamatan sahaja. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan pencerobohan oleh orang yang tidak dikenali dan kehilangan harta sekolah serta warganya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
8.
|
Cadangan agar tapis segala syarikat motivasi dari luar yang memberi borang soal selidik kepada murid tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak sekolah.
(Siti Nordiana binti Salman)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa mengawal dan memantau pihak syarikat motivasi luar yang memberi borang soal selidik kepada murid tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
9.
|
Peniaga-peniaga di luar kawasan sekolah mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan semasa mengambil anak-anak. Pihak sekolah seharusnya mengambil tindakan kerana ianya membahayakan anak-anak dan dapat membendung jualan keropok yang tidak berkhasiat.
(Rahimah binti Kamarudin)
Jawapan:
Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menjual makanan yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah dan mengganggu kelancaran sewaktu pelajar pulang daripada sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
10.
|
Penjualan alat tulis dan mainan yang tidak sepatutnya di kedai buku. Murid-murid sanggup tidak membeli makanan demi untuk membeli barang yang tidak sepatutnya dijual di kedai buku.
(Noraniza Hussain)
Jawapan:
Pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan pengurus kedai buku.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
11.
|
Memohon pihak Majlis Perbandaran Sepang atau pihak berkuasa tempatan untuk menaik taraf pinggiran/bahu jalan laluan di jalan depan sekolah untuk meletakkan kenderaan menunggu dan laluan pejalan kaki pelajar.
(Ar. Abdul Muzi Abdullah)
Jawapan:
PIBG pernah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan yang diminta untuk keselamatan pelajar.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
12.
|
Membina pagar sekolah serta menyediakan tempat memasang banner.
(Ar. Abdul Muzi Abdullah)
Jawapan:
Akan dibincangkan bersama PIBG untuk tindakan selanjutnya kerana pembinaannya memerlukan sumber kewangan yang besar.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
13.
|
Penambahbaikan keselamatan dan kesihatan murid dengan menutup saliran longkang di perimeter kawasan kantin sekolah.
(Syaiful Iskandar bin Yahya)
Jawapan:
Lubang longkang di sekitar kawasan kantin banyak yang sudah diperbaiki dan ditutup. Sekolah sentiasa memberi keutamaan kerana ia melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
14.
|
Menyediakan pemandu dan kenderaan kerajaan untuk semua jenis aktiviti sekolah dan luar sekolah bagi menjamin keselamatan para pelajar kerana tambang kenderaan sangat mahal walaupun rumah berdekatan.
(Azlina bt Che Hisham)
Jawapan:
Sekolah tiada menyediakan peruntukan pemandu dan kenderaan kerajaan. Guru-guru perlu membawa sendiri pelajarr ke aktiviti dan program luar sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
15.
|
Mengadakan kempen keselamatan jalan raya untuk penunggang motosikal juga penumpang kanak-kanak di dalam kereta. Jika perlukan sebarang bantuan dan hubungan dengan Majlis Keselamatan Jalan Raya saya sedia membantu.
(Dinas Elni Marini bt Punawan)
Jawapan:
Guru-guru dan pelajar sentiasa melafazkan ikrar keselamatan jalan raya pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan. Kempen dan peringatan agar sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya sentiasa diingatkan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
16.
|
Mengadakan kempen kesedaran kepada ibu bapa agar menjadi contoh terbaik kepada anak-anak (dan bukannya sebagai ikutan negatif kepada anak-anak, pelajar sekolah).
(Ahmad Zairy bin Mohd Saeb)
Jawapan:
Kempen kesedaran kepada ibu bapa agar menjadi contoh terbaik kepada anak-anak sentiasa diwar-warkan semasa program bersama ibu bapa.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
17.
|
Traffic at drop off & pick up – PINTU B need to be well organised. Car parked causing jam and unnecessary block for other cars.
(Shrii Vetrii)
Jawapan:
Pintu pagar B sentiasa dipantau oleh pengawal keselamatan dan guru bertugas. Ibu bapa perlu lebih peka agar tidak menurunkan atau mengambil anak sehingga tidak menghiraukan keadaan jalan raya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
18.
|
Remove DADAH campaign. Kids are too young to be exposed. Every corner of the school I only see “dadah”.
(Shrii Vetrii)
Jawapan:
Kempen Pendidikan Peencegahan Dadah (PPDa) adalah arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kempen ini adalah melibatkan pembentukan sebuah generasi masa depan. Oleh kerana itu ia perlu dilaksanakan secara serius.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
19.
|
Kurangkan perbelanjaan yang digunakan untuk banner atau perkara yang melibatkan ikon, guna dana tersebut untuk Kelas Tambahan.
(Amiruddin Idris)
Jawapan:
Sumbangan untuk kelas tambahan tahun 6 hanya digunakan untu proses pengajaran dan pembelajaran dan program tahun 6. Sebarang kos perbelanjaan untuk banner mahupun program-program yang lain tidak sama sekali melibatkan dana untuk program tahun 6.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
20.
|
Selepas waktu sekolah, murid berkeliaran membeli makanan ringan di pintu pagar B sesuka hati.
(Noor Hidaya binti Zaini)
Jawapan:
Ibu bapa perlu bekerjasama untuk mengingatkanpelajar agar tidak membeli makanan ringan yang dijual di luar pagar sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
21.
|
Memperbaiki kaki lima dan laluan pejalan kaki.
(Dinas Suhadi Putra bin Punawan)
Jawapan:
Penyelenggaraan kaki lima dan laluan pejalan kaki adalah dibawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Sepang. Pihak sekolah memerlukan kos yang besar dan mendapatkan kerjasama dengan MPS untuk memperbaikinya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
22.
|
Membersihkan kawasan luar berdekatan dengan sekolah contoh padang permainan depan sekolah kerana murid-murid sekolah kurang prihatin dengan kebersihan luar kawasan sekolah dengan membuang sampah merata-rata.
(Nurul Akmar Abdullah)
Jawapan:
Kebersihan di luar kawasan seekolah adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sepang. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan pelajar agar tidak membuang sampah merata-rata.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
23.
|
Menurap bahu jalan dan membuat garisan petak letak kenderaan di sekitar pagar A dan B.
(Ahmad Shahril bin Johar)
Jawapan:
Menurap bahu jalan dan membuat garisan petak letak kenderaan di sekitar pagar A dan B adalah dibawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Sepang. Pihak PIBG perlu membuat permohonan kepada MPS.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
24.
|
Beri kebenaran untuk menggunakan kawasan di hadapan tangki besar untuk kegunaan letak kereta untuk ambil pelajar dari sekolah.
(Ahmad Shahril bin Johar)
Jawapan:
Pihak sekolah akan bersama dengan PIBG untuk memanjangkan cadangan tersebut.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
25.
|
Pertingkatkan keselamatan dalam dan luar kawasan sekolah.
(Damsari bin Suhaili)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan di dalam dan di luar kawasan sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
26.
|
Kerjasama dari pihak polis sentiasa memantau persekitaran sekolah.
(Damsari bin Suhaili)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa bekerjasama dengan polis. Pegawai Perhubungan Sekolah sentiasa datang ke sekolah untuk mengambil laporan berkaitan dengan persekitaran sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
27.
|
“Saya cadangkan guru kelas dapat memberi nombor telefon kepada ibu bapa supaya senang berhubung jika ada masalah terutama pada murid-murid tahun 1 dan tahun 2”.
(Puan Ruzila binti Abdul Razak)
Jawapan:
Ibu bapa perlu meminta sendiri nombor telefon bimbit daripada guru yang berkenaan kerana ia adalah bersifat privasi.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
28.
|
Mewujudkan “WhatsApp group” bagi setiap kelas untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru kelas.
(Encik Ruslizan bin Abdull Raffar)
(Encik Mohd Husairul bin Hussin)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan inisiatif untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru disamping dapat menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar. Tiada sebarang paksaan untuk mewujudkannya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
29.
|
Mewujudkan jaga jalan raya sewaktu murid datang sekolah dan balik untuk menjaga keselamatan para murid.
(Encik Ruslizan bin Abdull Raffar)
(Encik Mohd Husairul bin Hussin)
Jawapan:
Pengawal keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan. Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
30.
|
“Saya mohon kepada ibu bapa agar tidak menunggu di hadapan pintu pagar B semasa murid balik samada sesi pagi atau sesi petang. Ini boleh mengakibatkan kesesakan berlaku di laluan dan terdapat gangguan.
(Puan Mariam binti Tamat)
Jawapan:
Ibu bapa perlu bekerjasama dan lebih prihatin agar tidak menghalang laluan yang mendatangkan gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
31.
|
Tutup lubang di pagar sekolah terutama di sebelah tangki air kerana terdapat banyak lubang-lubang tikus di sana.
(Encik Noor Azizi bin Hussin)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa menutup lubang-lubang di pagar tersebut. Namun, lama kelamaan lubang tersebut timbul semula.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
32.
|
Maklumat berkaitan sekolah disebarkan melalui surat atau dinyatakan di dalam buku komunikasi. Langganan SMS tidak berbaloi kerana hanya sedikit maklumat disampaikan sedangkan bayaran RM10/setahun X 2 = RM20/setahun.
(Puan Siti Noor binti Omar)
Jawapan:
Tiada sebarang paksaan daripada pihak sekolah untuk membeli sistem langganan ezzy sms tersebut. Sistem langganan tersebut adalah sebagai pemudah cara untuk ibu bapa mendapatkan sebarang maklumat terkini daripada sekolah tentang aktiviti, program dan terutamanya berkaitan tarikh peperiksaan penting. Sekiranya ibu bapa tidak mahu melanggan sistem pesanan ringkas tersebut, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terkini melalui blog sekolah yang sentiasa dikemaskini maklumatnya untuk perhatian dan tindakan ibu bapa.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
33.
|
Harap dapat disegerakan pembinaan surau baru di sekolah. Sekiranya pembinaan dimulakan, orang ramai akan nampak kemajuan projek dan akan menderma.
(Puan Suhaila bt Kassim)
Jawapan:
Usaha pembinaan surau sedang giat dijalankan. Kutipan surau masih tidak mencukupi. Hal ini bagi mengelakkan surau yang dibina terbengkalai disebabkan kekurangan dana yang mana boleh menjejaskan keselamatan pelajar semasa projek masih belum berjaya disiapkan. Adaah diharapkan agar ibu bapa dapat memberi sumbangan agar projek pembinaan surau ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
34.
|
Tidak membenarkan ibu bapa mengambil anak di kelas untuk dibawa pulang (jika sakit @ ada hal). Ibu bapa hanya boleh tunggu di pejabat, pihak sekolah yang akan panggil anak tersebut. Ini disebabkan oleh faktor keselamatan.
(Mohd Dzuhairi bin Idris)
Jawapan:
Ibu bapa perlu memohon kebenaran daripada Guru Besar atau pihak pentadbir dan berurusan di pejabat sekiranya ingin membawa anak pulang. Pihak sekolah tidak mahu mengambil risiko terutamanya dari aspek keselamatan pelajar sekiranya ibu bapa mahu mengambil anak-anak dari sekolah semasa waktu persekolahan tanpa kebenaran daripada pihak atasan, bimbang dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak diingini di luar sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
35.
|
Mempertingkatkan penggunaan sistem nombor penggiliran untuk sesi perjumpaan guru dan ibu bapa (Sesi Jalinan Mesra) mengetahui prestasi murid.
(En. Suhaimi bin Sulaiman)
Jawapan:
Guru-guru ada sistem penggiliran semasa sesi perjumpaan bersama ibu bapa dijalankan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
36.
|
Pertingkatkan keselamatan dalam dan luar sekolah. Kerjasama dari pihak polis sentiasa memantau persekitaran sekolah.
(En. Damsari bin Suhaili)
Jawapan:
Kempen dan peringatan agar sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya sentiasa diingatkan sama ada semasa berada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah sentiasa bekerjasama dengan polis. Pegawai Perhubungan Sekolah sentiasa datang ke sekolah untuk mengambil laporan berkaitan dengan persekitaran sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
37.
|
Tambahkan keceriaan terhadap dewan terbuka SKTPP untuk keselesaan semua.
(Pn. Norshazlin bt Shaharuddin)
Jawapan:
Ibu bapa boleh memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam usaha untuk menceriakan dewan terbuka sekolah untuk keselesaan semua.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
38.
|
Tempat letak basikal tidak berbumbung.
Cadangan:- Memasang bumbung.
(En. Mohd Nornikman bin Abd Rahim)
Jawapan:
Penyediaan tempat letak basikal berbumbung memerlukan kos kewangan yang sangat tinggi.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
39.
|
Meminta bantuan pasukan Rela untuk memastikan keadaan lalu lintas semasa pergi dan balik murid-murid.
(Pn. Siti Rohaidah bt Samsudin)
Jawapan:
Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
40.
|
Sediakan pengawal lalu lintas ketika balik sekolah.
(Suhar b. Mishan)
Jawapan:
Pihak sekolah akan mengadakan perbincangan bersama PIBG. Ibu bapa boleh membuat sumbangan kepada pihak sekolah untuk mendapatkan khidmat pengawal lalu lintas.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
41.
|
Penambah baikan pada ruang menunggu di gate B.
(Mohd Safri bin Mohamad Subki)
Jawapan:
Penambahbaikan pada ruang menunggu di pintu pagar B memrlukan kos dan pembiayaan yang besar. Ibu bapa boleh bekerjasama dengan PIBG untuk menyediakan ruang menunggu yang lebih baik.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
42.
|
Mengadakan kempen recycle di sekolah setiap bulan di samping dapat menjana pendapatan dan tabung PIBG.
(Mohd Safri bin Mohamad Subki)
Jawapan:
Akan diusahakan dan diperhalusi.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
43.
|
Minta tambah lagi kon di hadapan pintu pagar A kerana masih ramai lagi ibu bapa yang hantar dan ambil anak betul-betul di hadapan pintu pagar A.
(Roslizawati Abd Rahman)
Jawapan:
Ibu bapa yang berkemampuan boleh membuat sumbangan menambah kon yang sedia ada. Ibu bapa sentiasa diingatkan agar mengambil dan menghantar anak hanya di pintu pagar B sahaja memandangkan pintu pagar A adalah untuk kegunaan guru dan pelawat daripada luar di samping mengelakkan kejadian seperti kemalangan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
44.
|
Barang di kedai buku sangat mahal dan tidak berpatutan.
Tingkatkan keselamatan pelajar di luar sekolah.
(Nasrum b. Zubir)
Jawapan:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
45.
|
Laluan sehala untuk mengawal kesesakan lalu lintas di waktu puncak (pagi, tengah hari, petang).
(Mohd Izwan bin Mohd Hashim)
Jawapan:
PIBG akan membincangkan perkara ini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
46.
|
Minta pagar di belakang Dahlia dibuka untuk anak-anak saya senang pergi sekolah.
(Ahmad Bakri b. Din)
Jawapan:
Pintu pagar C tidak boleh dibuka kerana sekolah hanya mempunyai dua orang pengawal keselamatan sahaja. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan pencerobohan oleh orang yang tidak dikenali dan kehilangan harta sekolah serta warganya.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
47.
|
Sediakan penjaga trafik lalu lintas untuk kemudahan anak-anak melintas jalan.
(Encik Mohd Safhar bin Yaacob)
Jawapan:
Sekolah tidak mampu untuk menanggung kos upah warden atau penjaga trafik lalu lintas serta kesukaran mencari calon. Mohon ibu bapa menurut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
48.
|
Menyediakan tempat simpan buku dan mengutip sejumlah wang untuk setiap tahun bagi setiap murid. Ini bagi meringankan beban buku yang berat terhadap murid.
(Encik Mohd Indera Safwan)
Jawapan:
Tiada tempat simpanan buku di dalam bilik darjah yang fleksibel dan bersesuaian disebabkan jumlah kepadatan murid yang ramai antara 40-45 orang pelajar. Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian belakang kelas.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
49.
|
Setiap program/info sekolah perlu disampaikan melalui SMS. Pada tahun 2017, kekerapan SMS dihantar tidak memadai dengan yuran SMS RM10.
(Encik Mohd Farudi b Mohd Halil)
Jawapan:
Tiada sebarang paksaan daripada pihak sekolah untuk membeli sistem langganan ezzy sms tersebut. Sistem langganan tersebut adalah sebagai pemudah cara untuk ibu bapa mendapatkan sebarang maklumat terkini daripada sekolah tentang aktiviti, program dan terutamanya berkaitan tarikh peperiksaan penting. Sekiranya ibu bapa tidak mahu melanggan sistem pesanan ringkas tersebut, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terkini melalui blog sekolah yang sentiasa dikemaskini maklumatnya untuk perhatian dan tindakan ibu bapa.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
50.
|
Ingin tahu sekiranya pihak sekolah ada mengadakan program semuka dengan pelajar yang masih lemah dalam bacaan dan mengadakan kelas khas / tambahan lebih-lebih lagi anak-anak di tahun 1.
(Puan Nur Afliza bt Zainozin)
Jawapan:
Pihak sekolah ada mengadakan program semuka dibawah Program Sinergi Ilmu sebagai program permuafakatan ibu bapa tahun 1. Kelas tambahan bagi pelajar tahun 1 tidak dapat diadakan atas faktor ketiadaan tempat. Namun, guru-guru sentiasa berusaha untuk membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran dengan menggunakan kaedah dan strategi yang seseai untuk meningkatkan tahap kebolehan pelajar.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
51.
|
Saya mencadangkan agar masa balik sesi petang diawalkan pada pukul 6.30 petang.
(Puan Normala bt Mohd Salleh)
Jawapan:
Dasar yang telah dibentuk tidak boleh diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan serta ianya adalah tertakluk kepada kalendar akademik dan jumlah waktu persekolahan.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
52.
|
Kawalan barang-barang yang dijual di koperasi sekolah.
(Encik Mohd Halmy bin Sharifudin)
Jawapan:
Pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan pengurus kedai buku.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
53.
|
Dipermudahkan sumbangan PIBG kepada pengawal. Tahun lepas, saya disuruh untuk memakai kot untuk ke pejabat bagi menyumbang bayaran PIBG.
(Encik Zulkiflee Sarudin)
Jawapan:
Sumbangan PIBG boleh diserahkan kepada anak masing-masing dimana anak-anak mereka akan menyerahkan wang sumbangan tersebut kepada guru kelas mereka. Adalah digalakkan agar sumbangan diserahkan kepada guru atau pejabat.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
54.
|
Perbaiki kerosakan longkang di luar sekolah di mana terdapat penutup longkang telah pecah, aliran air tidak lancar dan sebagainya.
(Anan Zuli Ismail)
Jawapan:
Segala kerosakan yang berlaku di luar kawasan sekolah adalah dibawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Sepang.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
55.
|
AJK TERTINGGI PIBG
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK MEDIA DAN PUBLISITI (KEMASKINI MEDIA SOSIAL)
AJK SEDIAADA LAIN
AJK TERTINGGI SETIAP KOHORT
(Muhammad Izwanazrul Ismail)
Jawapan:
Perbincangan akan diadakan semasa mesyuarat AJK PIBG berlangsung.
|
No comments:
Post a Comment