Pages

Wednesday, February 14, 2018

Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan 14 Februari 2018 telah berlangsungnya Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas peringkat sekolah bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sesi pagi. Sambutan ini telah diadakan di Dewan Perdana pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.  Sambutan hari peringatan ini merupakan aktiviti kokurikulum pada minggu ini bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas.
               
     Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Dunia dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh semua ahli serta semua guru penasihat Pandu Puteri Tunas. Nyanyian ini telah diketuai oleh Savitha murid tahun 6 dari kelas Respiratori. Selesai nyanyian lagu Dunia, bermulalah aktiviti sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Tunas peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu pertandingan mewarna bagi murid tahun 4, manakala pertandingan kolaj disertai oleh murid tahun 5. Pada masa yang sama, pertandingan mewarna penanda buku yang bertemakan “Thinking Day Book Mark” disertai oleh murid tahun 6.

Banner Hari Peringatan Sedunia
Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana
2018

Nyanyian Lagu Dunia

Pertandingan Mewarna Tahun 4
Murid Tahun 4 Mewarna
 Logo Pandu Puteri            

Pertandingan Kolaj Tahun 5
Murid Tahun 5  Membuat Kolaj

Pertandingan Mewarna Penanda Buku Tahun 6
Salah Satu Hasil Penanda Buku
Salah Satu Penanda Buku
Yang Dihiasi Dengan Manik

Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas peringkat sekolah ini dapat meningkatkan kreativiti serta mengasah bakat dalam kalangan murid-murid SK Taman Putra Perdana. Pada masa yang sama, mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara ahli-ahli  Pandu Puteri. Hal ini selaras dengan matlamat dan objektif pelaksanaan Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Sekolah yang berhasrat melahirkan ahli-ahli Pandu Puteri yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ilmu Pandu Puteri serta memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan ahli-ahli Pandu puteri.

Disediakan oleh:
Mawaddah binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment