Pages

Thursday, July 19, 2018

Program Minggu Bahasa Melayu 2018 (Sesi Pagi)

Program Minggu Bahasa Melayu ialah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Minggu Bahasa Melayu disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun.


Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan potensi murid dengan menambahkan kosa kata Bahasa Melayu serta meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan yang akan dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini mampu memberi keyakinan dan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah menjadi murid yang berpengetahuan luas dan serba boleh.

Objektif program adalah seperti berikut:
3.1 Menambah pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu.
3.2  Mendedahkan pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
3.3  Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk semangat bekerjasama sesama murid dan juga guru.
3.4 Aktiviti tahunan Panitia Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA, antaranya;

Prasekolah  - Tulisan Cantik
PPKI             -  Permainan Bahasa                 
Tahun 1        - Pertandingan Bercerita
Tahun 2        - Pertandingan Bercerita
Tahun 3        - Pertandingan Bercerita
Tahun 4        - Pertandingan Bersajak
Tahun 5        - Pertandingan Bersyarah 
Tahun 6        - Pertandingan Bersyair


Antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program.

Sekitar Majlis Pelancaran (09 Julai 2018)
Bunting yang ditempah untuk gimik pelancaran.
                                 
Perasmian Minggu Bahasa Melayu

        
      Puan Nurliza Ab Rahman selaku pengacara majlis

                

Majlis Penutupan dan Panyampaian Hadiah (19 Julai 2018) 

Barisan guru-guru Bahasa Melayu SK Taman Putra Perdana
     
Pemenang pertandingan Huruf Tersembunyi PPKI

Pemenang pertandingan mencari perkataan tersembunyi tahun 5

Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri memenangi pertandingan sisip suku kata bagi kelas 4 Magnesium

Adik Nur Alya Syuhanis binti Shahrizal memenangi pertandingan mencari perkataan tersembunyi bagi tahun 5

Adik Muhammad Raif bin Rahmad memenangi pertandingan mencari perkataan tersembunyi tahun 5

Adik Savitha A/P Sivabalan memenangi acara tahun 6

Pemenang acara tahun 6

Adik Irfan Qaedi bin Rushdan memenangi acara tahun 6

Pemenang acara tahun 6

Pemenang-pemenang acara PPKI bergambar kenangan selepas menerima hadiah

Barisan pemeng aktiviti sepanjang minggu bahasa Melayu.
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

No comments:

Post a Comment