Program Minggu Bahasa Melayu ialah satu program tahunan bagi
Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat
kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Minggu
Bahasa Melayu disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa
Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun.
Selain itu, program ini juga bertujuan
untuk meningkatkan potensi murid dengan menambahkan kosa kata Bahasa Melayu
serta meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan yang
akan dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk
melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini mampu
memberi keyakinan dan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah menjadi
murid yang berpengetahuan luas dan serba boleh.
Objektif program adalah seperti berikut:
3.1 Menambah pengetahuan dan kosa kata
murid dalam pelajaran Bahasa Melayu.
3.2 Mendedahkan pengalaman baru kepada
murid-murid yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung.
3.3 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan
memupuk semangat bekerjasama sesama murid dan juga guru.
3.4 Aktiviti tahunan Panitia Bahasa
Melayu.
Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA, antaranya;
Prasekolah - Tulisan Cantik
PPKI - Permainan Bahasa
Tahun 1 - Pertandingan Bercerita
Tahun 2 - Pertandingan Bercerita
Tahun 1 - Pertandingan Bercerita
Tahun 2 - Pertandingan Bercerita
Tahun
3 - Pertandingan Bercerita
Tahun 4 - Pertandingan Bersajak
Tahun 5 - Pertandingan Bersyarah
Tahun 6 - Pertandingan Bersyair
Tahun 4 - Pertandingan Bersajak
Tahun 5 - Pertandingan Bersyarah
Tahun 6 - Pertandingan Bersyair
Antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program.
Sekitar Majlis Pelancaran (09 Julai 2018)
Sekitar Majlis Pelancaran (09 Julai 2018)
Perasmian Minggu Bahasa Melayu
Puan Nurliza Ab Rahman selaku pengacara majlis
Majlis Penutupan dan Panyampaian Hadiah (19 Julai 2018)
Barisan guru-guru Bahasa Melayu SK Taman Putra Perdana |
Pemenang pertandingan Huruf Tersembunyi PPKI |
Pemenang pertandingan mencari perkataan tersembunyi tahun 5 |
Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri memenangi pertandingan sisip suku kata bagi kelas 4 Magnesium |
Adik Nur Alya Syuhanis binti Shahrizal memenangi pertandingan mencari perkataan tersembunyi bagi tahun 5 |
Adik Muhammad Raif bin Rahmad memenangi pertandingan mencari perkataan tersembunyi tahun 5 |
Adik Savitha A/P Sivabalan memenangi acara tahun 6 |
Pemenang acara tahun 6 |
Adik Irfan Qaedi bin Rushdan memenangi acara tahun 6 |
Pemenang acara tahun 6 |
Pemenang-pemenang acara PPKI bergambar kenangan selepas menerima hadiah |
Barisan pemeng aktiviti sepanjang minggu bahasa Melayu. |
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
No comments:
Post a Comment