Pada hari Rabu bersamaan 13 Mac
2019, Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah
mengadakan Jaulah Imtiyaz buat kali yang ke-5. Alhamdulillah, atas kejayaan murid-murid dalam Peperiksaan
Akhir Tahun 2018, Panitia Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana dengan sukacitanya
ingin meraikan kejayaan murid- murid cemerlang Bahasa Arab dengan mengadakan
lawatan sambil belajar bagi murid-murid cemerlang serta beberapa kriteria yang
telah ditentukan. Penganjuran Jaulah Imtiyaz 5.0 kali ini memilih lokasi
sekitar Selangor dan Putrajaya merangkumi lima buah tempat yang telah dipilih
iaitu:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
- Nasyrul Quran, Putrajaya
- Masjid Putra, Putrajaya
- Farm In The City, Seri Kembangan
- Kilang Coklat Beryl’s, Seri Kembangan
Antara objektif penganjuran
Jaulah Imtiyaz 5.0 ini adalah bertujuan:
- Memberi pendedahan kepada murid-murid cemerlang Bahasa Arab
tentang kecemerlangan Bahasa Arab di peringkat global.
- Mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara murid, guru dan
pihak- pihak yang terbabit.
- Menyuntik motivasi murid-murid agar lebih berusaha gigih
untuk mengaplikasikan bahasa Arab dalam kehidupan seharian dan profesion.
|
Para peserta Jaulah Imtiyaz 5.0 bergambar kenangan sebelum
bertolak ke destinasi yang pertama
|
Para peserta telah berkumpul di
Laluan Patriotik SK Taman Putra Perdana pada jam 7.00 pagi. Setelah kesemua
peserta dan kelengkapan mencukupi, rombongan Jaulah Imtiyaz sebanyak 2 bas
telah bergerak ke lokasi yang pertama iaitu Perpustakaan Tun Sri Lanang yang
terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Ketibaan peserta pada jam 8.45 pagi telah
disambut oleh petugas-petugas perpustakaan dan kemudian dibawa ke Ruang Utama
Perpustakaan Tun Sri Lanang. Pihak Perpustakaan mengalu-alukan kedatangan
peserta rombongan ke tempat mereka dan peserta telah diberikan taklimat ringkas
mengenai sejarah Perpustakaan Tun Sri yang dilihat lebih kepada membentuk minat
pelajar agar menyukai dan mencintai ilmu pengetahuan melalui pembacaan
buku-buku ilmiah.
|
Jelas keterujaan peserta sewaktu tiba di Perpustakaan Tun Sri Lanang
|
|
Peserta Jaulah Imtiyaz mendengar penerangan daripada petugas perpustakaan
|
|
Peserta bergambar kenangan di ruangan yang disediakan di sudut perpustakaan |
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana pihak
sekolah kerana mempunyai inisiatif membuat lawatan sambil belajar yang mana
ianya sangat bagus dalam membentuk minda yang positif sejak awal usia lagi dan
boleh melihat hala tuju selepas ini secara praktikal.
Rombongan Jaulah Imtiyaz
diteruskan lagi dengan sesi lawatan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang. Para
pelajar dilihat sangat seronok dan teruja dibawa melawat sekitar kawasan
perpustakaan. Para peserta telah diiringi oleh petugas perpustakaan itu
sendiri. Bukan itu sahaja, peserta telah dibawa melihat ke Bilik Kehakiman di
mana bilik tersebut merupakan tempat untuk pelajar-pelajar UKM membuat latihan kehakiman
yang merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh para pelajar jurusan
undang-undang dan syariah.
|
Gelagat guru
pengiring sewaktu berada di bilik kehakiman |
|
peserta bergambar kenangan di bilik kehakiman |
|
Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Perpustakaan Tun Sri Lanang
|
Destinasi Jaulah Imtiyaz yang seterusnya ialah Kilang Coklat
Beryl’s. sudah menjadi kelaziman bahawa kanak-kanak sukakan manisan. Oleh yang
demikian, di Kilang coklat ini para peserta dapat membeli coklat-coklat yang
disukai oleh mereka sebagai cenderahati kenang-kenangan yang boleh dibawa
pulang.
|
Hasil belian peserta di Kilang Coklat Beryl's |
|
Peserta lelaki selesai membeli coklat sedang menunggu yang lain yang membeli coklat di dalam kedai |
|
Peserta bergambar kenangan sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. |
|
Peserta teruja membeli coklat yang dijual |
Selepas lawatan ke Kilang Coklat
Beryl’s, rombongan seterusnya bergerak ke Nasyrul Quran yang terletak di
Putrajaya. Nasyrul Quran merupakan sebuah pusat percetakan al-Quran bersepadu
utama di rantau Asia Tenggara yang dibangunkan di atas tanah seluas 5.514 ekar
di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kos keseluruhan projek ini adalah
sebanyak RM60 juta bagi tujuan pembinaan dan pembelian mesin cetak yang dibantu
oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kompleks ini dibina demi pelaksanaan
cita-cita murni negara bagi memiliki sebuah pusat pengeluaran al-Quran bertaraf
antarabangsa dan kedua terbesar di dunia.
|
Peserta bergambar kenangan setibanya di Nasyrul Quran, Putrajaya |
Nasyrul Quran diilhamkan daripada
perkataan Arab yang bermaksud “Penyebaran al-Quran”. Ia memberikan gambaran
fungsi kompleks ini sebagai pusat penyebaran al-Quran bermula daripada bidang
penyelidikan, percetakan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa,
penerbitan dan seterusnya pengagihan al-Quran.
Nasyrul Quran telah dibina ini
bukan untuk bersaing dengan negara pencetak lain tetapi merupakan bentuk
sumbangan Malaysia dalam mengembang dan memartabatkan kitab suci umat Islam itu
di persada dunia. Pengoperasian kompleks itu akan menjamin usaha menampung
keperluan Al-Quran di peringkat domestik dan dunia kerana populasi umat Islam
dijangka mencecah tiga bilion orang daripada sembilan bilion penduduk dunia
pada 2050.
Di sini, para peserta telah
diberi taklimat oleh petugas Nasyrul Quran dan kemudian dibawa melawat di
sekitar kawasan tersebut. Banyak maklumat yang dapat diperolehi oleh peserta
dan juga guru pengiring yang mana secara tidak langsung dapat menambahkan lagi
pengetahuan disamping ilmu yang sedia ada diketahui. Pastinya peluang yang
sangat manis diperolehi oleh semua peserta kerana pengalaman ini merupakan
sesuatu yang sangat berharga dan tidak akan dilupakan.
|
Kilang percetakan Al-Quran |
|
Pintu masuk ke dalam Nasyrul Quran |
|
Ruangan dalam Nasyrul Quran |
|
Guru pengiring bergambar di ruangan utama Nasyrul Quran |
|
Peserta Jaulah
Imtiyaz bergambar di ruangan utama Nasyrul Quran |
|
Penyampaian
cenderahati daripada pihak sekolah |
Seterusnya, lawatan diteruskan
lagi ke destinasi yang seterusnya iaitu Masjid Putra, Putrajaya untuk berehat,
makan tengah hari dan solat zohor. Setibanya di masjid, peserta jaulah menunaikan
solat zohor berjemaah dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid tersebut.
Kemudian, peserta jaulah telah dijamu dengan hidangan makanan tengah hari. Ahli
jawatankuasa masjid bergotong royong untuk menyediakan juadah makan tengah hari
yang sangat lazat.
|
Peserta sedang
menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh Masjid Putra |
|
Peserta perempuan memberikan perhatian semasa taklimat
dijalankan
|
Selepas makan tengah hari, sesi taklimat
telah dijalankan di Bilik Kuliah Utama. Pegawai Perhubungan Masjid Putra telah
memberi penerangan berkaitan dengan sejarah pembinaan Masjid Putra dan
keperluannya kepada penduduk Islam di sekitar kawasan tersebut. Seni bina
masjid itu yang lain daripada yang lain meningkatkan rasa teruja semua peserta
rombongan yang turut serta.
Sedikit sejarah berkaitan Masjid Putra:
- Masjid Putra dinamakan sempena
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
yang merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah
bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM
pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
- Keluasan masjid ini seluas 1.37
hektar. Kawasan masjid bermula di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan
masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan
masjid.
- Arkitek yang membina masjid ini
iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nik
Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini
menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan sebanyak RM100
ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan
Tradisional Melayu.
- Masjid ini mulai dibangun pada
tahun 1997 dan selesai dua tahun kemudian. Letaknya berhadapan dengan Tasik
Putrajaya. Dari masjid ini, dapat dilihat dengan jelas keindahan tasik yang
luas dan kawasan sekitar Putrajaya yang indah.
- Kerana lokasinya yang berada di
tepi tasik Putrajaya, sepintas lalu kelihatan Masjid Putra ini seperti masjid
terapung. Di depan Masjid Putra, para pengunjung akan melihat sebuah
pemandangan lapangan besar berbentuk persegi, dengan tiang-tiang bendera negara
yang mewakili semua negeri di Malaysia.
- Sebelum memasuki bangunan masjid,
seseorang akan dihadapkan pada sebuah bangunan gerbang masjid yang sangat
tinggi dan megah. Gerbang ini dilengkapi dengan hiasan berbentuk geometris yang
merupakan ciri artifak Islam serta seni kaligrafi yang indah. Gerbang dibentuk
mirip dengan gerbang pada Masjid Raja Hassan II di Casablanca, Marocco. Gerbang
tersebut dibuat dengan material dari granit berwarna merah dipadu dengan kayu
cengal bercorak coklat untuk meningkatkan corak dekorasi pada bahagian pintu,
jendela, dan panel. Gerbang ini juga dilengkapi ruang informasi dan tangga
menuju tempat wudhu di lantai dasar.
|
Peserta Jaulah
Imtiyaz 5.0 bergambar kenangan di hadapan Masjid Putra sebelum bergerak ke lokasi terakhir |
Akhir sekali, rombongan Jaulah
Imtiyaz tiba ke destinasi yang terakhir iaitu Farm In The City yang terletak di
Seri Kembangan. Di sana, peserta jaulah telah dibawa melihat kawasan sekitar
yang menempatkan pelbagai jenis haiwan yang dapat dilihat dengan lebih dekat.
Peserta juga dapat melihat pertunjukan haiwan seperti burung kakak tua yang
sangat menarik dan mampu untuk mengikuti arahan penjaganya. Jelas kelihatan
yang para peserta sangat teruja melihat pertunjukan tersebut. Bukan itu sahaja,
banyak lagi haiwan yang dapat dilihat seperti ayam, arnab, kura-kura gergasi
dan sebagainya.
|
Setibanya peserta di Farm In The City |
|
Gelagat guru pengiring yang ceria |
|
Peserta kelihatan tidak takut melihat haiwan yang ada |
|
Peserta melihat pertunjukan burung kakak tua yang menghiburkan |
|
Peserta perempuan bergambar kenangan di photobooth yang disediakan di pintu masuk Farm In The City |
|
Peserta Jaulah
Imtiyaz 5.0 bergambar kenangan di Farm In The City |
Tepat jam 6.40 petang, rombongan
Jaulah Imtiyaz telah selamat tiba di sekolah. Kelihatan ibu bapa telah ramai
menanti kepulangan anak-anak mereka daripada jaulah ini. Diharapkan agar
aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi motivasi
buat semua untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment