Pages

Wednesday, July 22, 2020

Program Minda Sihat (Orientasi Pemugaran Emosi Murid Fasa-2) Tahun 1, 2, 3 & 4


Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak didik SKTPP. Hari ini, giliran murid-murid Tahun 1, 2, 3 & 4 kembali ke sekolah setelah 4 bulan bercuti akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia. Alhamdulillah, bagi menyambut kehadiran mereka ke sekolah semula, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merangka satu program Orientasi Pemugaran Emosi Murid kepada semua murid yang hadir ke sekolah pada hari ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu emosi dan sosial murid-murid  bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Seterusnya ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka sesuai dengan Tema Hari Guru 2020 iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

Program ini telah dijalankan sepanjang sesi persekolahan hari ini, iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk murid-murid Tahun 4 dan dari pukul 1.50 petang hingga 5.20 petang untuk semua murid Tahun 1, 2 dan 3.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program dijalankan


Cikgu Azlinda menyampaikan maklumat kepada murid

Cikgu Nor Arzah menunjukkan contoh cecair pencuci tangan yang boleh digunakan oleh murid-murid

Murid-murid mendengar penerangan guru sebelum membuat lembaran kerja yang diberikan

Contoh cara ucap selamat menggantikan bersalaman
Pn Nor Arzah menunjukkan cara 7 langkah mencuci tangan

Murid-murid sama-sama mempraktikkan cara mencuci tangan yang betul

Lekanya membuat aktiviti cuci tangan 

Murid-murid tekun menyelesaikan aktiviti yang diberikan

Aktiviti relaksasi setelah penat belajar

Buat aktiviti senaman ringan untuk kurangkan stress dari duduk jer..

Murid-murid Tahun 3 tekun menjawab lembaran kerja program Orientasi Pemugaran Emosi

Masing-masing dah siapkan lembaran kerja orientasi yang diberikan guru di akhir waktu sesi persekolahan hari ini


Semoga pelaksanaan program ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua murid untuk meneruskan persekolahan dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik. Dengan adanya program ini juga, diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial yang sangat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah

No comments:

Post a Comment