Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu emosi dan sosial murid-murid bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Seterusnya ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka sesuai dengan Tema Hari Guru 2020 iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.
Program ini telah dijalankan sepanjang sesi persekolahan hari ini, iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk murid-murid Tahun 4 dan dari pukul 1.50 petang hingga 5.20 petang untuk semua murid Tahun 1, 2 dan 3.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program dijalankan
Cikgu Azlinda menyampaikan maklumat kepada murid
Cikgu Nor Arzah menunjukkan contoh cecair pencuci tangan yang boleh digunakan oleh murid-murid
Murid-murid mendengar penerangan guru sebelum membuat lembaran kerja yang diberikan
Contoh cara ucap selamat menggantikan bersalaman
Murid-murid sama-sama mempraktikkan cara mencuci tangan yang betul
Murid-murid tekun menyelesaikan aktiviti yang diberikan
Aktiviti relaksasi setelah penat belajar
Pn Nor Arzah menunjukkan cara 7 langkah mencuci tangan
Lekanya membuat aktiviti cuci tangan
Aktiviti relaksasi setelah penat belajar
Buat aktiviti senaman ringan untuk kurangkan stress dari duduk jer..
Murid-murid Tahun 3 tekun menjawab lembaran kerja program Orientasi Pemugaran Emosi
Masing-masing dah siapkan lembaran kerja orientasi yang diberikan guru di akhir waktu sesi persekolahan hari ini
No comments:
Post a Comment