Pages

Laporan Bertugas Minggu Ke-6 (Sesi Petang)

Tarikh : 22 hingga 26 Februari 2021

Nama Guru Bertugas : 
1. Saifullah bin Mat Saupi (K)
2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (P)
3. Afandi bin Mat Zain
4. Nora Azean binti Che Othman
5. Norazah binti Mohd Ali
6. Nor Latipah binti Che Yusoff
7. Maizara binti Mahat
8. Siti Aisah binti Hanafi
9. Norazmira binti Kadirun

Minggu ini merupakan minggu ke-6 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pembukaan sekolah bermula 1 Mac 2021, semua guru telah mula bertugas di sekolah untuk melakukan kerja-kerja penyediaan kelas, penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP), gotong-royong, pengemaskinian fail dan sebagainya. Berikut merupakan aktiviti guru-guru di sekolah sepanjang minggu ini;

Guru Kelas Tahun 1 mengemaskini Borang Imunisasi Tahun 1

Guru-guru kelas membersihkan kelas masing-masing

Gotong-royong membersihkan Bilik PPKI dan Bilik Kesihatan

Kerja-kerja penambahbaikan SOP sebagai persediaan pembukaan sekolah


Pada 25 Mac 2021, Taklimat Penataran Garis Panduan Pengurusan & Pengoperasian Sekolah Norma Baharu 2.0 dan Taklimat Keselamatan & Disiplin SKTPP 2021 telah diadakan bertempat di Terminal Muafakat dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Berikut merupakan gambar sepanjang taklimat berlangsung;

Taklimat Penataran Garis Panduan Pengurusan & Pengoperasian Sekolah Norma Baharu 2.0 disampaikan oleh Pn. Jumilah binti Ahmad, PK Petang SKTPP

Taklimat Keselamatan & Disiplin SKTPP 2021 disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah, Guru Disiplin Sesi Petang SKTPP


Pada 26 Februari 2021, Program Penyerahan Beg Sekolah Percuma Untuk Murid Tahun 1 telah berlangsung. Seorang wakil penjaga bagi setiap murid dijemput untuk menerima beg percuma bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Bilik BOSS (SPBT). 

Wakil penjaga mengisi borang sebelum menerima beg percuma


Contoh borang permohonan Pemberian Beg Sekolah Percuma


Wakil penjaga murid Tahun 1 menerima sumbangan beg percuma

Penyerahan beg percuma dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan

Walaupun guru-guru sibuk dengan tugasan di sekolah, Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tetap berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik dengan ibu bapa dan penjaga murid-murid. Program Transisi Tahun Satu pula masih dalam Fasa 3 iaitu Fasa Kesediaan dengan tema "Mari Fikirkan". Berikut merupakan serba sedikit aktiviti PdPR pada minggu ini;

Antara medium pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan PdPR

Contoh lembaran kerja yang disediakan oleh guru

Lembaran kerja Pendidikan Islam murid Tahun 1

Hasil karya Pendidikan Seni Visual murid Tahun 2

PdPR bukanlah penghalang untuk murid menyerlahkan kreativiti masing-masing


Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2. Semoga sesi persekolahan bersemuka ini berjalan lancar dan kita semua dilindungi daripada wabak Covid-19.

Disediakan oleh;
Norazmira binti Kadirun

Saturday, February 27, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-6 (Sesi Pagi)

Tarikh    : 22 Februari 2021 hingga 26 Februari 2021

Nama Guru Bertugas  :

1. Siti Rabiaah binti Mohammad

2. Hafiz bin Md Noor (P)

3. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

4. Noorayuni binti Ab Fatah

5. Norbaizura binti Nordin

6. Fatin Huzaikka binti Mohd Yusof

7. Parimala a/p Vengadaslam

8. Noor Hayati binti Mohd Yusof

9. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

10. Mohd Rusydan bin Ismail

11. Nurliza binti Ab Rahman

Alhamdulillah pada 22 Februari 2021, guru-guru mula hadir ke sekolah untuk membuat persiapan pembukaan sekolah selepas menjalani PdPR di rumah kerana pandemik Covid-19. Semua guru telah mengemas dan menyusun di ruang stesen kerja masing-masing, bilik guru, bilik darjah dan bilik-bilik khas, kemas kini fail dan lain-lain.

Antara aktiviti-aktivuti yang dijalankan sepanjang minggu ini;

 Guru-guru mengecat tanda arah laluan murid datang dan balik sekolah.

                                      
Guru-guru menyediakan bahan untuk PdPR.

Guru-guru mengemas dan membersihkan bilik guru untuk persediaan pembukaan sekolah.

Guru Besar menyampaikan hadiah untuk guru yang melangsungkan perkahwinan anak berkahwin dan berpindah ke sekolah lain.

Program Pembugaran NILAM : Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus 10 'FOS' 2021.

Guru-guru berganding bahu menerima dan menyimpan beg sumbangan ke bilik SPBT. 

 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI dan Prasekolah yang baharu En, Mohamad Syahrul Abidin bin Abdullah dan Pn Farissma binti Reping

Seluruh Sekolah Disanitasi

Hari ini semua bilik darjah, bilik khas, bilik guru, kantin, surau, pintu pagar, laluan dan seluruh sekolah disanitasi oleh pekerja pembersihan. Semoga anak-anak murid dapat belajar dengan selesa dan selamat dalam suasana norma baharu masakini...





Persiapan PIBG Menyambut Anak-Anak Murid 2021

PIBG juga turut sama membantu pihak sekolah membuat persiapan untuk sama-sama menyambut anak murid dan mengawal lalu lintas pada 1 Mac 2021 nanti. Terima kasih YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian serta semua AJK.. Semoga pembukaan sekolah tahun ini berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak..


Vest

Kon dan rantai plastik

Friday, February 26, 2021

Program Pembugaran NILAM: Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021

Pada 26 Februari 2021 (Jumaat), telah diadakan Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Objektif Program:

1.   Sebagai wadah menyokong dan memantapkan pelaksanaan Program NILAM

2.   Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan

3.  Membantu murid dalam memantapkan dan meningkatkan pencapaian PAJSK

Atur Cara Program:

10.00 pagi : Pendaftaran Peserta

                    : Ucapan Aluan Pengacara Majlis (Pn.                          Noor Hayati binti Yusof)

                    : Bacaan Doa (Ustaz Zurilazman bin                            Abdullah)

                    : Taklimat Program (Pn. Arnny                                      Yusnita binti Md. Enarji)

                    : Ucapan Pelancaran Program (Pn.                                Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)

                    : Tayangan Video 

Buku Program Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 telah disediakan dalam bentuk ‘anyflip’ oleh Puan Roseniza binti Setapa.

Pautan Buku Program klik sini



Antara paparan semasa pelancaran program dijalankan


Puan Nur Malisha selaku AJK yang bertanggungjawab
menyediakan pautan 'Google Meet' bagi program kali ini

Puan Umi Nazrah sebagai wakil Guru Pusat Sumber Sekolah mengalu-alukan penyertaan murid 

Antara murid yang telah menyertai sesi pelancaran program 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis,
Puan Noor Hayati binti Yusof

Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah


Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita selaku GPM

Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah melancarkan program pada hari ini secara atas talian dari bilik Guru Besar

Sesi tayangan video yang telah disediakan
oleh Cik Noor Azlinda

Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 tamat pada jam 11.40 pagi.

Diharapkan agar penataran maklumat mengenai NILAM pada kali ini dapat memberikan info yang lebih jelas mengenai perjalanan program NILAM di sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa pelaksana, guru-guru serta murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang perjalanan dan pengendalian program. 


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

Monday, February 22, 2021

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2021

 Selesai sudah majlis pelantikan PRS pada hari ini. Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi teknikal, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan majlis ini dalam norma baharu. Sekalung tahniah kepada 61 orang PRS yang telah dilantik pada tahun 2021. 

Majlis ini dirancang berobjektifkan untuk memberi mandat dan pengiktirafan kepada PRS secara rasmi menjalankan amanah dan tugas yang diberi oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Di samping itu, diharapkan majlis ini dapat meningkatkan lagi motivasi PRS untuk menjalankan tugas dengan penuh ikhlas.

Semoga PRS SKTPP 2021 lebih cemerlang dan berwibawa. Tahniah sekali lagi!!

Buku program


Berikut ialah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis dijalankan

Bersedia menerima peserta di talian google meet

Nyanyian lagu Negaraku ditayangkan

Diikuti Lagu Negeri Selangor

Seterusnya lagu PRS

Bacaan doa oleh Mohammad Fadhlullah bin Mohd Rasulzuki

Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)


Puan Juli sebagai pengerusi majlis

Bacaan ikrar PRS oleh Qhalesya Nur Iman (Ketua PRS)

Tayangan slaid pengumuman nama PRS 2021

Tayangan slaid menunjukkan nama dan kelas murid

Nama murid dan kelas disebut oleh pengacara majlis

Gambar digunakan sebagai ganti kepada majlis pelantikan yang biasa diadakan
pada setiap tahun secara bersemuka

Ahli-ahli PRS seronok melihat gambar dan nama mereka disebut. Semoga ianya memberi lebih semangat untuk menjalankan tugas pada masa kan datang

Seramai 59 orang bersama dalam majlis pada hari ini yang terdiri daripada para pentadbir, guru-guru dan murid-murid

Senarai nama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2021

"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"