Pages

Friday, February 5, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

 Tarikh      : 1 Februari 2021 hingga 5 Februari 2021

Nama Guru Bertugas :

    1. Puan Azlina binti Mat Isa (K)

    2. Puan Nurzainon binti Mohd  Razali (P)

    3. Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah

    4. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail

    5. Puan Junaidah binti Rus

    6. Puan Nur Murni binti Abdullah 

    7. Puan Rosmizawati binti Yusub

    8. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud 

    9. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajam

    10. Puan Mazzaini binti Muda

    11. Encik Mohd Izwan bin Mohd Jowahar


Perkara Pertama

Pada minggu ketiga ini, sesi persekolahan secara bersemuka belum dapat dilaksanakan.  Namun,  pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui medium yang lain iaitu secara dalam talian (PdPR).


Perkara Kedua

Pada minggu ini, pengagihan buku teks masih diteruskan kepada murid-murid Tahap 1 dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Jadual penggiliran melibatkan semua guru terutama guru kelas dan Ahli Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks. Sesi pemulangan dan penerimaan buku teks berlangsung selama dua  hari iaitu pada 2 Februari 2021 (Selasa) dan 3 Februari 2021 (Khamis). 


Perkara Ketiga

Sepanjang pengagihan buku teks juga, hasil persetujuan AJK PIBG, kaunter bayaran PIBG dibuka bagi memudahkan ibu bapa yang ingin membuat pembayaran Sumbangan PIBG untuk anak-anak dan anak jagaan mereka. Kaunter PIBG mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibu bapa.


Perkara Keempat

Kedai buku SKTPP telah beroperasi bermula 1 Februari 2021. Oleh itu, bagi melancarkan perjalanan pembelian buku sepanjang tempoh ibu bapa datang mengambil buku teks, pihak sekolah telah mengadakan Jadual Bertugas bagi tujuan memantau, memberi tunjuk arah dan memastikan SOP dipatuhi oleh ibu bapa yang ingin membeli buku dan keperluan anak-anak di Kedai Buku SKTPP. Jadual bertugas adalah seperti berikut;

Jadual Bertugas Guru di Kedai Buku Sekolah 

Tarikh    : 2 hingga 3 Februari 2021
Hari       : Selasa dan Rabu
Masa     : Sesi 1 - 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
                Sesi 2 - 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang


AJK Bertugas Sesi 1 (9.00 pagi - 12.00 tengah hari)
1. Puan Azlina bt. Mat Isa
2. Puan Astina bt. Mahad Nor
3. Puan Norazah bt. Mohd Ali 

AJK Bertugas Sesi 2 (12.00 tengah hari - 3.00 petang)
1. Puan Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain
2. Encik Mohd Izwan bin Mohd Jowahar
3. Cik Parimala a/p Panni Selvam


Gambar Aktiviti Minggu ke-3 


Aktiviti PdPR Prasekolah : Teknik guru mengajar murid memegang pensel 

Bahan PdPR daripada Prasekolah : Teknik yang betul memegang pensel 

Ustazah Norziani sedang melaksanakan PdPR 
secara online dengan anak muridnya subjek Bahasa Arab

Hasil kerja murid daripada kelas 5 Al Biruni 

AJK Buku Teks sedang sibuk melayan
pertanyaan daripada ibu bapa

Guru-guru kelas bersedia untuk menerima ibu bapa
bagi pemgambilan buku teks dan buku aktiviti

Ibu bapa mematuhi SOP ketika ingin membeli buku

Ibu bapa sabar menunggu giliran untuk membeli buku di Kedai Buku


Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas Kumpulan Minggu Ketiga dan guru-guru yang terlibat dengan aktiviti sepanjang minggu ketiga ini. 


Disediakan oleh,
Azlina bt. Mat Isa & Nurzainon bt. Mohd Razali

No comments:

Post a Comment