Tarikh : 1 Februari 2021 hingga 5 Februari 2021
Nama
Guru Bertugas :
1. En.
Rusmami bin Rosli (K)
2 En.
Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
3.
Puan
Zabedah binti Othman
4.
Puan
Siti Maziah binti Muhamad Tajudin
5.
Puan
Nornadzirah binti Abd Rahim
6.
Puan
Salmi binti Adnan
7.
Puan
Khairiah binti Razali
8.
Cik
Suziana binti Mohd Makhtar
9.
Cik
Amalina binti Abd Hamid
Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu
ke-3 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ketiga untuk semua murid tahun 2 dan tahun
3 mengikut jadual PdPR seperti biasa.
Murid-murid tahun 1 pula
meneruskan Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) untuk minggu yang ketiga.
Pada minggu ini modul program transisi telah beralih daripada Fasa Orientasi kepada
Fasa Kesediaan. Sesi PdPR murid tahun 1 yang dikendalikan oleh guru kelas pada
2 minggu pertama persekolahan telah diambil alih sepenuhnya oleh semua guru
mata pelajaran mengikut jadual PdPR yang disediakan.
Usaha dari guru-guru yang
masih mencuba untuk mempelbagaikan teknik pengajaran secara online dan offline
di rumah masing-masing walaupun menghadapi pelbagai kekangan amatlah dihargai.
Diharapkan semua warga sekolah akan terus bersabar dan komited dalam melaksanakan
tugas dan amanah sebagai pendidik.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar proses penyediaan bahan dan variasi PdPR yang dihasilkan oleh beberapa orang guru sepanjang minggu ketiga persekolahan. Semoga usaha dan kerja keras guru-guru dapat memberi manfaat kepada semua murid.
Alat dan peranti yang digunakan oleh Encik Aizil di rumah |
Suasana bekerja dari rumah Ustaz Hadri |
Suasana bekerja dari rumah Cikgu Amirul |
Alatan dan kelengkapan bekerja dari rumah Ustazah Rafini |
"Work station" milik Teacher Malisha |
Sesi PdPR bersama Cikgu Siti Maziah |
Sesi PdPR Bahasa Melayu bersama Cikgu Shurhama |
Sesi PdPR Matematik bersama Cikgu Azlin |
Pada 2 dan 3 Februari 2021 juga sesi pengambilan dan pemulangan buku teks turut dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK SPBT sekolah atas khidmat bakti yang diberikan sepanjang mengendalikan urusan berkaitan buku teks untuk semua murid. Terima kasih juga buat ibu bapa / penjaga yang telah hadir mengambil buku teks anak-anak dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Guru-guru kelas yang bertugas bersama Unit SPBT sekolah |
Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas pada kali ini. Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
No comments:
Post a Comment