Pages

Friday, March 5, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-7 (Sesi Petang)

Tarikh : 1 Mac 2021 - 5 Mac 2021

Nama Guru Bertugas :

1. Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)

2. Puan Ummu A'thiah bt Hj Hashim (P)

3. Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah

4. Puan Azizah bt Ab Hamid

5. Ustazah Nurhidayu bt Sadri

6. Puan Norholwani bt Yahaya

7. Puan Suriyana bt Nanyan@Salim

8. Puan Norhana bt Nordin

9. Puan Nor Arzah bt Hussin

10. Puan Nur Azizati bt Ahmad

Barisan guru bertugas minggu ini

SK Taman Putra Perdana.. sekolah yang dirindui semua!!

Debaran menyambut kehadiran murid seramai 820 orang murid yang terdiri daripada 50 orang murid Prasekolah, 376 orang murid Tahun 1 dan 394 orang murid Tahun 2 sedikit terasa pada minggu ini. Walaubagaimanapun debaran itu berkurang apabila adanya Unit Guru Penyayang dan guru-guru sesi pagi membantu seawal 12.30 tengah hari lagi di ke dua-dua pagar sekolah sepanjang minggu ini.

Alhamdulillah, suasana murid datang ke sekolah pada tengah hari pertama agak lancar dan tiada murid yang meronta-ronta inginkan ibu bapa seperti tahun-tahun sebelum ini. Peraturan ibu bapa murid berada di luar sekolah juga melancarkan perjalanan masuk murid-murid. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG) dan barisan AJK PIBG yang sentiasa ada bersama anak-anak murid SKTPP semasa waktu datang dan balik sepanjang minggu ini. Terima kasih juga kepada Sarjan Mohd Nizam (Pengawai Perhubungan Sekolah) dan Puan Normawati (Naib YDP PIBG) meluangkan masa melihat suasana pembukaan & penyuraian sekolah pada hari pertama persekolahan.

Setelah hampir 4 bulan bercuti dan menjalankan PdPR, akhirnya murid-murid kembali ke sekolah secara bersemuka. SOP telah diperincikan di seluruh kawasan sekolah dan murid-murid wajib mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Semoga pdp bersemuka kali ini memberi lebih keseronokan dan manfaat kepada murid-murid SKTPP dalam menuntut ilmu.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu pertama persekolahan Tahun 2021


Suasana murid datang di Pagar A & B
Pagar A - Semua pejalan kaki dan berbasikal
Pagar B - Semua yang menaiki kenderaan bermotor


Welcome back to school!!

Selangkah ke sekolah, sejuta kejayaan menanti

Sepanduk mengalu-alukan kehadiran murid dipegang oleh Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) - ibunda SKTPP yang disayangi seluruh warga SKTPP!!

Belum sempat cikgu memberi salam, kamu dah mulakan ucapan itu. Sungguh baik akhlakmu wahai anak.. Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat.

 
Perkara yang wajib dilakukan oleh murid apabila masuk ke dalam kawasan sekolah
 iaitu mencuci tangan

Sinki basuh tangan juga disediakan di pagar A khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal

Pejalan kaki menggunakan Pagar A

                    
Perkara wajib!! Mengambil suhu (Pagar A)

Guru juga akan memastikan murid memakai mask apabila masuk ke kawasan sekolah

Berpanas menanti murid di pagar.. itulah rutin guru-guru


Guru-guru sesi pagi turut bersama-sama turun padang

Suhu diambil bagi memastikan murid yang sihat sahaja akan masuk ke kelas

Kerjasama daripada guru-guru sesi pagi dalam melancarkan perjalanan murid masuk mengikut SOP yang ditetapkan

Terbaru.. penyukat suhu (stand) digunakan untuk mengambil suhu murid 
    
AJK Guru Penyayang mengambil peluang untuk mengedarkan susu kepada murid-murid yang hadir


Melalui pagar A murid-murid akan ke lobi dan terus ke laluan pejalan kaki (Laluan ITMA) menuju ke kelas


Pegawai Perhubungan sekolah (PPS) Sarjan Mohd Nizam turut bersama-sama menyambut murid-murid Pra, Tahun 1 & 2 pada hari ini

Setiap stesen ada guru yang ditugaskan untuk memantau murid agar kekal dalam SOP


Guru memastikan murid mencuci tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.


Setiap aras ada guru yang ditugaskan untuk menunjuk arah kepada murid terutamanya murid Tahun 1

Guru membantu murid untuk masuk ke kelas 

Murid berjalan masuk ke kelas masing-masing


Suasana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah (PdPC)  & Aktiviti Minda Sihat

Murid prasekolah teruja dengan kehadiran maskot Minnie Mouse dan Olaf

Guru ceria, murid bersemangat

Inilah guru popular di sesi petang : Ustaz Hafiz.. auranya mampu mencuri hati murid-murid 

Sesi perkenalan

Bersedia untuk menjalankan PdPC

Gelagat murid Tahun 1. Sempat lagi menoleh ke belakang melihat cikgu mengambil gambar

Ustazah Halijah di dalam kelas Kasawari

Puan Maizara menjalankan aktiviti Minda Sihat

Murid-murid memberi sepenuh perhatian semasa aktiviti dijalankan

Semoga aktiviti ini menimbulkan keseronokan untuk murid-murid hadir ke sekolah


Suasana semasa rehat Tahun 1 dan 2

Murid beratur mengikut jarak yang ditetapkan

Proses membeli makanan lancar di bawah kawalan dan pemantauan oleh guru bertugas

Murid beratur mengikut barisan yang disediakan
 
Pelbagai pilihan makanan disediakan oleh pihak kantin
                                     
Murid-murid makan di dalam kelas. Makan di kantin tidak dibenarkan bagi mematuhi SOP
                                         
Senyum😊😊😊😊😊😊

Murid makan di dalam kelas

Ramai juga yang membawa bekal

Suasana penyuraian murid Tahun 1 dan 2 sepanjang minggu ini

Murid-murid bersedia di luar kelas untuk menunggu giliran untuk balik

Selepas bacaan doa, Ustaz Mohammad Saiffol selaku Guru Disiplin setiap hari akan mengingatkan murid tentang laluan yang akan digunakan murid

Murid dari aras 2 turun menggunakan tangga UUM

Inilah suasana sebenar sekolah yang besar. Murid terpaksa menunggu giliran untuk ke pintu pagar 

Laluan turun murid Tahun 1 aras bawah menuju ke pintu pagar B

Comel anak-anak kecil disinari cahaya semasa balik.. ada yang memalingkan muka, tidak tahan silau agaknya.

Laluan murid dari Blok G

Papan tanda kelas digunakan untuk membawa murid-murid terus ke pagar

Setiap kelas akan diiringi oleh guru matapelajaran akhir

Pejalan kaki dan berbasikal melalui laluan ITMA menuju ke pagar A

Penyuraian di pagar A. Murid sedang menunggu ibu bapa datang. 

Sabar ya anak-anak... nampak keletihan di hujung waktu persekolahan

Guru-guru sedaya upaya membantu murid-murid untuk kekal dalam SOP yang telah ditetapkan

Jumpa lagi ...

Inilah suasana di luar pagar B. Guru-guru dan AJK PIBG bersama-sama dalam melancarkan proses penyuraian pada setiap hari


Peta laluan sehala. Panduan untuk semua.


Penyuraian murid-murid sesi petang bersama YBMK Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada hari kedua persekolahan


Edisi terjah oleh pihak KPM tidak dijangka dan agak mengejutkan. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak KPM yang cakna tentang masalah sekolah-sekolah yang mempunyai murid ramai seperti SKTPP. Kehadiran KPM dalam membantu menyelesaikan masalah penyuraian murid-murid sesi petang disambut baik oleh PPD, PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah dan semestinya semua guru SKTPP.

Perbincangan bersama di luar pagar B

Tuan Hj Khairul Azhar (YDP PIBG) memberi penerangan kepada tetamu. Hadir bersama Dr. Habibah Abd Rahim (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

YBMK Datuk Dr. Radzi Jidin bersama Pn Hjh Rohaidah dan Tn Hj Khairul Azhar melihat suasana sebelum sesi penyuraian murid dijalankan

Turut hadir petang ini pegawai perhubungan dari PPD Sepang iaitu Pn Ruzaimah bt Razali & Pn Nooranismawati bt Mohd Fauzi

Tn Hj Khairul Azhar memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa yang hadir untuk mengambil anak

Bertuah murid ini dapat berbicara bersama YBMK Pendidikan; Datuk Dr. Radzi Jidin 

YBMK Datuk Dr Radzi menyantuni anak-anak SKTPP


Inilah suasana murid keluar dari pagar pada hari kedua persekolahan

Terbaik...... YBMK bersama-sama murid-murid prasekolah

Bergambar kenangan di luar pagar B

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... paduan kerjasama antara pentadbir, guru disiplin, PIBG dan PDRM.

Sebelum tetamu pulang, sekali lagi guru-guru mengambil peluang untuk bergambar. Kalau bukan hari ini, bila lagi kan.



Perkongsian YBMK Datuk Dr. Radzi Jidin di dalam laman FB beliau


Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam melancarkan sesi persekolahan pada minggu ini. Betullah kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat!!
Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segenap bidang

No comments:

Post a Comment