Tarikh: 1 Mac 2021 hingga 5 Mac 2021
Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa:
8.00 pagi hingga 2.00 petang (Isnin hingga Khamis)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Jumaat)
Senarai Nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Pn Rosmawati binti Md Desa (K)
2. Pn Roseniza binti Setapa (P)
3. Pn Norsiah binti Mohd Nor
4. Pn Norli binti Hassan
5. Pn Astina binti Mahad Nor
6. Pn Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin
7. Pn Juli binti Mahbah
8. En Zurilazman bin Abdullah
9. Pn Norinna binti Mohamed
10. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
11. Pn Claudia Jacqueline Charles Nelson
12. En Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin
Hari yang dinanti-nanti oleh semua golongan masyarakat termasuk warga guru, ibu bapa serta murid-murid telah tiba. Pada minggu ini bermula 1 Mac 2021, bermulanya sesi persekolahan bagi semua murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 seperti yang telah diumumkan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan) dalam Sidang Media Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada 19 Februari 2021 yang lepas. Semua sekolah telah dimaklumkan dan perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
Sedia maklum, terdapat dua sesi persekolahan di SK Taman Putra Perdana. Sesi pagi terdiri daripada murid-murid Prasekolah, murid-murid PPKI, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala sesi petang terdiri daripada murid-murid Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Oleh itu, minggu ini hanya murid-murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2 yang hadir ke sekolah. Murid-murid lain akan hadir ke sekolah bermula 8 Mac 2021. Warga SKTPP mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke sekolah dalam norma baharu.
Berikut merupakan gambar dan video yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini (1 Mac hingga 5 Mac 2021):
Barisan guru bertugas (Kumpulan 1) sesi pagi |
Team Agihan Beg Percuma kepada semua murid Tahun 1 |
Terima kasih kepada penyumbang. Semoga mendapat ganjaran kebaikan. |
Bergambar kenangan bersama pentadbir dan team agihan beg sekolah |
Team SOP/Keselamatan membuat garisan dan signboard di laluan murid |
Pergi dan balik perlu direkodkan seperti biasa oleh guru-guru |
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara maya |
Perbincangan bersama antara pentadbir dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS: Sjn.Md Nizam bin Abd Wahab) |
Suasana di kelas Prasekolah dan PPKI |
Pelajar IPGK BM, Muhammad Azri Afiq bin Mohd Yusof melapor diri untuk projek PBS selama seminggu (1 Mac - 5 Mac 2021) |
Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber |
Bersiap sedia untuk menyambut kehadiran murid |
Pelan guru bertugas menyambut kehadiran murid |
Rakaman video guru-guru menyambut kehadiran murid pada 2 Mac 2021, sila klik di sini
Rakaman video guru-guru menyambut kehadiran murid pada 3 Mac 2021, sila klik di sini
Rakaman video guru-guru menyambut kehadiran murid pada 4 Mac 2021, sila klik di sini
Rakaman video bacaan Yassin pada hari 5 Mac 2021, sila klik di sini
Sekian, terima kasih
#amalkannormabaharu
#patuhisop
No comments:
Post a Comment