Pada 5 Mac 2021 (Jumaat), telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah binti Mokhlas mewakili Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
(Untuk rekod : Pusat Sumber SKTPP dikenali sebagai Ujana Ilmu)
Objektif Program:
1. Sebagai
medium memperkenalkan kepada warga sekolah tentang wujudnya pengawas pusat
sumber sebagai pemimpin muda yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk
membantu melancarkan pengurusan sumber bahan pembelajaran dan program sekolah.
2. Membina
keyakinan serta jati diri Pengawas Pusat Sumber sebagai pemimpin muda.
3. Memberi
pengiktirafan kepada Pengawas Pusat Sumber terhadap tanggungjawab yang digalas
dan khidmat bakti terhadap sekolah.
4. Memberi
kesedaran kepada Pengawas Pusat Sumber tentang pentingnya peranan mereka
terhadap sekolah.
Atur Cara Majlis:
Poster dan Buku
Program Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 yang
telah disediakan dalam bentuk ‘Anyflip’ oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji.
Poster Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 |
Buku Program Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021. Klik sini untuk paparan penuh buku program. |
Majlis telah di'host'kan oleh Puan Umi Nazrah melalui aplikasi 'Google Meet' |
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Puan Noor Hayati binti Yusof |
Barisan Pengawas Pusat Sumber yang telah menyertai majlis pelantikan pada hari ini |
Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mustafid |
Taklimat kepada barisan Pengawas Pusat Sumber telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita selaku GPM |
Puan Azizah binti Mokhlas telah merasmikan majlis pelantikan pada hari ini mewakili guru besar |
Gambar dari video senarai Pengawas Pusat Sumber 2021 |
Gambar dari video senarai Pengawas Pusat Sumber 2021 |
Seterusnya, bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber juga telah dilafazkan oleh semua Pengawas Pusat Sumber
tahun 2021 dipimpin oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber adik Muhammad
Harith bin Mohammad Radhi dari kelas 6 Intelek.
Paparan semasa bacaan ikrar dilaksanakan |
Majlis
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 selesai pada jam 11.30 pagi.
Diharapkan agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada semua Pengawas Pusat Sumber ini
akan menaikkan semangat mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang
diberikan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada semua murid.
Terima kasih diucapkan kepada
Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa
pelaksana, guru-guru dan barisan Pengawas Pusat Sumber yang telah memberi sokongan dan kerjasama
sepanjang perancangan dan pengendalian majlis.
No comments:
Post a Comment