Pages

Friday, May 21, 2021

Jom Bina Dan Kekalkan Aura Positif

Assalamualaikum dan Salam Penuh Kasih Sayang khas buat semua anak didik SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya berada dalam situasi yang tenang. 

Allah SWT telah menganugerahkan aura yang tersendiri kepada kita. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aura ialah suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang. Oleh sebab aura ialah perasaan, maka aura bermula dari hati dan aura diri boleh dibina atau dibentuk (dari negatif kepada positif). Hati yang negatif menghasilkan aura yang negatif. Manakala hati yang positif menghasilkan aura yang positif. 

Hati yang bersih dan suci menjadikan kita seorang yang berlapang dada, berbaik sangka, tidak bersaing, bermurah hati dan tidak suka menyakitkan hati orang tetapi sebaliknya suka membahagiakan orang.

Sifat-sifat positif yang memenuhi kerohanian seseorang itu akan terpancar gambaran kesuciannya di wajah. Orang yang bersih dan tenang hatinya ialah orang yang beraura positif serta disenangi orang. Pada wajahnya terpancar aura positif kerana senyuman sentiasa menjadi hiasan wajah.

Pelbagai maklumat aura positif, sila klik AURA POSITIF.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment