Tarikh : 17 Mei 2021 - 21 Mei 2021
Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan 5 :
1)
Encik Hariz Safwan bin Yaccob (Ketua)
2)
Puan Nor Rafini binti Othman (Penolong)
3) Puan Salina
binti Mohd Tasu
4) Encik Mohd
Hadri bin Ag Idris
5) Puan
Nurazlin binti Mat Nor
6) Puan Rohani
binti Mansor
7) Puan Rozimah
binti Yaakob
8) Cik Zalina
binti Ismail
9) Puan
Suphasara Supranie A/P Airak (Cuti Bersalin)
10) Encik Muhammad Syahir bin Sjahrial (Guru Ganti)
Setelah
menyambut hari raya Aildilfitri pada minggu lepas maka tibalah sesi Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi
bersemuka di sekolah. Sesi pembelajaran bagi Sekolah Kebangsaan Taman
Putra Perdana bermula 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah
di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang,
Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Keputusan
itu dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelak risiko jangkitan
Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang
dijadualkan pada 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B. Selepas tempoh
sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) itu, murid-murid akan
menyambung cuti penggal yang bermula 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah
kumpulan B.
Pelbagai
medium Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian seperti
aplikasi DELIMA, Whatsapp, Telegram digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan
maklumat pembelajaran kepada murid-murid sepanjang minggu PdPR dijalankan.
Guru-guru
juga sentiasa mengingatkan murid-murid untuk sentiasa menjaga diri, mematuhi
SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti penjarakan sosial, membasuh tangan
dan duduk dalam rumah bagi mengekang penularan virus COVID19 daripada terus
merebak.
Berikut merupakan gambar sepanjang PdPR minggu ini :
SESI BERSAMA MURID SECARA DALAM TALIAN
LAPORAN TUGASAN MURID KEPADA GURU
TUGASAN BACAAN AL-QURAN MELALUI MEDIUM APLIKASI TELEGRAM
No comments:
Post a Comment