Tarikh: 20 September hingga 24 September 2021
Hari: Isnin hingga Jumaat
Senarai Nama Guru Bertugas:
1. Rosmawati bt Md
Desa
2. Roseniza binti Setapa
3. Norsiah binti Mohd Nor
4. Norli binti Hassan
5. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin
6. Juli bt Mahbah
7. Zurilazman bin Abdullah
8. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Norina binti Mohamed
10. Claudia Jacqueline Charles Nelson
11. Astina binti Mahad Nor
12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
Sesi
pembelajaran selepas cuti penggal diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah. Semua pihak
memberikan kerjasama yang positif terhadap pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilihat sebagai kaedah terbaik ketika
penularan Covid-19.
Para guru terus berusaha untuk memastikan murid-murid dapat belajar dengan baik supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Guru bertindak lebih responsif melalui penggunaan pelbagai kaedah dan platform bagi proses PdPR. Dengan cara ini, tugas guru lebih tertumpu kepada membimbing pelajar dan mampu memberi perhatian dalam proses membentuk kemenjadian murid.
Suka atau tidak, inilah pilihan yang ada ketika ini bagi memastikan pendidikan dan pembelajaran terus berjalan agar tiada pelajar tercicir dalam mendapatkan ilmu. Meskipun kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah adalah yang terbaik, namun ramai tidak sedar kaedah PdPR juga mampu membuahkan kejayaan kepada pelajar.
PdPR
pada minggu ini tidak hanya berlangsung atas talian semata-mata malah kaedah
pembelajaran ini juga dilakukan secara luar talian. Para
guru komited dalam membimbing, memberi latihan dan menyediakan tugasan projek
agar murid boleh mengakses pembelajaran melalui TV Pendidikan, DELIMa,
Cikgootube, EduwebTV (koleksi video), Youtube dan lain-lain.
Pelbagai program dan aktiviti juga telah dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya; Minggu Matematik, Program Melangkah Ke Alam Remaja, Mesyuarat Pengurusan Bil. 4, Program Pelaksanaan Kajian Indeks Kemenjadian Murid (IKM 2021), Semarak Kokurikulum dan banyak lagi.
Mungkin pada awalnya semua pihak sukar menerima PdPR, namun dengan pelbagai inovasi dan penambahbaikan, PdPR boleh menjadi lebih berkesan sekiranya ibu bapa dan pelajar mahir menguruskan pembelajaran. Sama ada persekolahan secara bersemuka atau PdPR, tetap ada cabaran dan kekurangannya yang tersendiri. Marilah kita menyalakan lilin daripada mengadu tentang kegelapan.
Berikut
gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini:
Murid bersedia untuk mengikuti sesi PdPR |
Persediaan mental & fizikal Cikgu Norli sebelum memulakan kelas |
Sesi PdPR subjek bahasa Inggeris |
Minggu Matematik 2021(PPKI) |
Murid Tahun 6 mengikuti Program Minggu Matematik |
Murid Tahun 4 juga mengikuti Program Minggu Matematik |
Murid Tahun 5 mengikuti Program Minggu Matematik |
Program Pelaksanaan Kajian Indeks Kemenjadian Murid (IKM 2021) |
Aktiviti Kokurikulum Persatuan Agama Islam |
Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
No comments:
Post a Comment