... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, September 25, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-31 (Sesi Pagi)

Tarikh:  20 September hingga 24 September 2021

Hari: Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. Rosmawati bt Md Desa

2. Roseniza binti Setapa

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Norli binti Hassan

5. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

6. Juli bt Mahbah

7. Zurilazman bin Abdullah

8. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

9. Norina binti Mohamed

10. Claudia Jacqueline Charles Nelson

11. Astina binti Mahad Nor

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin 

Sesi pembelajaran selepas cuti penggal diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah. Semua pihak memberikan kerjasama yang positif terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilihat sebagai kaedah terbaik ketika penularan Covid-19.

Para guru terus berusaha untuk memastikan murid-murid dapat belajar dengan baik supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Guru bertindak lebih responsif melalui penggunaan pelbagai kaedah dan platform bagi proses PdPR.  Dengan cara ini, tugas guru lebih tertumpu kepada membimbing pelajar dan mampu memberi perhatian dalam proses membentuk kemenjadian murid.

Suka atau tidak, inilah pilihan yang ada ketika ini bagi memastikan pendidikan dan pembelajaran terus berjalan agar tiada pelajar tercicir dalam mendapatkan ilmu. Meskipun kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah adalah yang terbaik, namun ramai tidak sedar kaedah PdPR juga mampu membuahkan kejayaan kepada pelajar. 

PdPR pada minggu ini tidak hanya berlangsung atas talian semata-mata malah kaedah pembelajaran ini juga dilakukan secara luar talian. Para guru komited dalam membimbing, memberi latihan dan menyediakan tugasan projek agar murid boleh mengakses pembelajaran melalui TV Pendidikan, DELIMa, Cikgootube, EduwebTV (koleksi video), Youtube dan lain-lain.

Pelbagai program dan aktiviti juga telah dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya; Minggu Matematik, Program Melangkah Ke Alam Remaja, Mesyuarat Pengurusan Bil. 4, Program Pelaksanaan Kajian Indeks Kemenjadian Murid (IKM 2021), Semarak Kokurikulum dan banyak lagi.

Mungkin pada awalnya semua pihak sukar menerima PdPR, namun dengan pelbagai inovasi dan penambahbaikan, PdPR boleh menjadi lebih berkesan sekiranya ibu bapa dan pelajar mahir menguruskan pem­belajaran. Sama ada persekolahan secara bersemuka atau PdPR, tetap ada cabaran dan kekurangannya yang tersendiri. Marilah kita me­nyalakan lilin daripada mengadu tentang kegelapan.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini:

Murid bersedia untuk mengikuti sesi PdPR

Persediaan mental & fizikal Cikgu Norli sebelum memulakan kelas

Sesi PdPR subjek bahasa Inggeris

Minggu Matematik 2021(PPKI)

Murid Tahun 6 mengikuti Program Minggu Matematik

Murid Tahun 4 juga mengikuti Program Minggu Matematik

Murid Tahun 5 mengikuti Program Minggu Matematik

Program Pelaksanaan Kajian Indeks Kemenjadian Murid (IKM 2021)

Aktiviti Kokurikulum Persatuan Agama Islam

Disediakan oleh:

Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
Rosmawati bt Md Desa 

No comments:

Post a Comment