LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
NAMA AKTIVITI/PROGRAM |
BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH |
TEMPOH PELAKSANAAN AKTIVITI/PROGRAM |
1 Bulan (3 - 28 Oktober 2022) |
TEMPAT AKTIVITI/PROGRAM |
SK Taman Putra Perdana |
PENGANJUR |
Ujana Ilmu SKTPP |
KUMPULAN SASARAN |
Warga SKTPP |
RINGKASAN PERJALANAN AKTIVITI/PROGRAM |
1. Menyediakan kertas kerja dan penubuhan AJK 2. Taklimat Bersama guru 3. Pelaksanaan program dan dokumentasi 4. Laporan |
TEMA
Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber merupakan tema bulan Pusat Sumber SK Taman
Putra Perdana, yang juga dikenali sebagai Ujana Ilmu.
KOLABORASI
Pusat Sumber Sekolah berkolaborasi dengan UNIT KURIKULUM, UNIT HAL EHWAL MURID, UNIT KOKURIKULUM, PPKI & PRASEKOLAH.
ASAS PERTIMBANGAN
Tabiat membaca perlu disemai dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Melalui Kempen Galakan Membaca menerusi
Minggu Pusat Sumber 2022, diharap dapat melahirkan insan yang menghargai serta
cintakan buku, seterusnya melahirkan insan yang berilmu dan berpengetahuan luas
sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencakupi elemen
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Menyedari keperluan tersebut, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak sekolah untuk menyokong dan melaksanakan aktiviti galakan membaca dan galak guna pusat sumber sekolah. Diharapkan agar semua murid dan guru menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menggunakan resos di Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana dalam usaha memperkayakan diri dengan maklumat terkini.
PERINCIAN
PROGRAM
1. Bulan Pusat Sumber Sekolah 2022
Kumpulan Sasaran : Warga SK Taman Putra Perdana
Tempoh Pelaksanaan : 1 bulan (3 - 28 Oktober 2022)
Tema : 1001 Cerita (Arabian Theme)
2. Perasmian & Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2022
Kumpulan Sasaran : Warga SK Taman Putra Perdana
Tarikh Perasmian : 3 Oktober 2022 (Jumaat)
3. Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2022
Kumpulan Sasaran : Warga SK Taman Putra Perdana Tarikh Penutupan : 28 Oktober 2022 (Jumaat)
LAPORAN MINGGU
PERTAMA
Sekitar majlis perasmian Bulan Pusat Sumber
Foto kenang-kenangan
No comments:
Post a Comment