Buat julung-julung kalinya Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber yang turut melibatkan kolaborasi unit-unit di bawah Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, PPKI dan Prasekolah.
Kolaborasi ini sudah pastinya menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sebulan kempen berlangsung.
Antara objektif kempen adalah :
- Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah.
- Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
- Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
- Menyemai sifat ingin tahu ‘curiousity’ melalui program literasi maklumat.
- Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
- Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.
Jom sama-sama kita tinjau aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kempen dijalankan.
Antara aktiviti dan program sepanjang minggu pertama (3 - 7 Oktober 2022).
Video rakaman gambar program "Dari Mata Turun ke Hati"
(lawatan murid-murid tahun 1 ke Ujana Ilmu)
3-7 Oktober 2022
Pautan video rakaman sebahagian gambar sepanjang Majlis Perasmian Bulan Pusat Sumber
Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali |
Busana Terbaik Kategori Guru dimenangi oleh Cikgu Nor Arzah dan Cikgu Nor Amirul Fitri |
Rakaman gambar sepanjang minggu ke-2 program (10-14 Oktober 2022)
Video rakaman gambar program "Dari Mata Turun ke Hati"
(lawatan murid-murid tahun 2 ke Ujana Ilmu)
10-14 Oktober 2022
Pertandingan mewarna dan melabelkan pakaian rasmi sekolah bagi murid-murid tahun 1 |
Aktiviti jom teroka 10 minit, minggu ke-2
Berakhir sudah 2 minggu Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber, yang sememangnya sarat dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pengisian yang bermanfaat kepada murid-murid.
Walaupun sibuk dengan pelbagai program-program yang lain, aktiviti-aktiviti yang dirancang tetap dapat dijalankan dengan baik dengan komitmen dan kesungguhkan semua rakan guru.
Kita nantikan pula laporan dan perkembangan lanjut minggu ke-3 dan ke-4, kempen ini nanti.
No comments:
Post a Comment