Pages

Friday, July 19, 2024

 Laporan Bertugas Minggu ke-17 (Sesi Petang)

Kumpulan guru bertugas : Kumpulan E

Tarikh : 15 Julai 2024 - 19 Julai 2024
Hari : Isnin - Jumaat
Tempat : Dewan Perdana
Tema Warna : Unit Beruniform

Senarai Nama Guru Bertugas: 

1. Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris
2. En. Afandi bin Mat Zain
3. Pn Suriyana binti Nanyan@Salim
4. Pn. Ranjiny A/P Rajah
5. Pn. Nor Saadah binti Abd Halim
6. Pn. Nor Holwani binti Yahaya
7. Pn. Nur Wahidatuldinah binti Hassan
8. Pn. Ummu Athiah binti Hj Hashim
9. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim
10. Pn. Saliza binti Osman

Perhimpunan Mingguan
  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Juruacara (Pengawas) :  Iman Zahraa binti Mu'az (3 Volkswagen)
  • Konduktor 3 Buah Lagu : Puan Salina binti Mohd Tasu
  • Pembaca Doa : Muhammad Habib Firas bin Mohd Herman (3 Volkswagen)
  • Pembaca Ikrar Rukun Negara: Aqeef Qawiem bin Arzeky (3 Volkswagen)
  • Laporan Guru Bertugas Minggu ke - 16: Ustazah Farhana binti Muhd Fuzi
  • Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa: Puan Suriyana binti Salim
  • Tema Mingguan : Hargai Masa
  • L.A.W.A.D: 
    * BM: telaga - 
                   perigi, sumur
    * BI  :  head - 
                   kepala
    * BA : mu'alimun - 
                   guru lelaki
  • Lain - Lain Pengumuman: 1 - Majlis Peluncuran pLan
  • Ucapan Pentadbir : Puan Rohaya binti Rosdi (Penolong Kanan Petang)



Juruacara (Pengawas) : Iman Zahraa binti Mu'az (3 Volkswagen)

Muhammad Habib Firas bin Mohd Herman (3 Volkswagen) memimpin bacaan doa

Aqeef Qawiem bin Arzeky (3 Volkswagen) memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara

Laporan Guru Bertugas Minggu ke - 16: Ustazah Farhana binti Muhd Fuzi


Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa: Puan Suriyana binti Salim

Majlis Peluncuran pLan

Pada masa yang sama juga, majlis Peluncuran pLan telah dirasmikan oleh Encik Izuddin bin Yoop, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Penyelaras program iaitu Puan Nornadzirah binti Abd Rahim juga turut memberikan penerangan berkaitan program tersebut.  

Perasmian oleh Guru Besar

Penerangan daripada penyelaras program pLan


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tarikh            : 16 Julai 2024 (Selasa)
Masa              : 1.00 petang
Tempat           : Dewan Perdana, SKTPP

Pemenang kelas Tahun 1

Pemenang kelas Tahun 2
Pemenang kelas Tahun 3


Program Ceramah Cegah.Cakna.Cantas Hentikan Buli dan Gangguan Seksual

Tarikh            : 16 Julai 2024 (Selasa)
Masa              : 1.30 - 2.30 petang
Tempat           : Dewan Perdana, SKTPP
Sasaran          : Semua Murid Tahun 2 dan 3
Anjuran         : Unit Hal Ehwal Murid 


    Program Ceramah Cegah.Cakna.Cantas Hentikan Buli dan Gangguan Seksual merupakan salah satu program di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin.
     Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu anggota polis dari Balai Polis Putra Perdana, Koperal Jeffri bin Jumdail. Turut hadir bersama iaitu P/KPB SM Roslan bin Rosin, Koperal Mohammad Fairuz bin Rosin, Koperal Muhammad Redzuan bin Daman Hury, Koperal Mohd Helmie Hizairie bin Sebli, L/KPL Muhammad Suhaizam bin Md Sahat.
    Antara perkongsian yang telah disampaikan oleh tuan penceramah adalah jenis-jenis buli dan cara menangani perbuatan berunsurkan buli.
    Melalui pengisian ceramah yang diadakan ini diharapkan ia dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada murid-murid untuk lebih berdisiplin dan mengamalkan akhlak mulia sama ada  di sekolah mahupun di rumah dan dalam kalangan masyarakat.


Murid-murid Tahun 2 dan 3 yang terlibat

Murid -murid tekun mendengar penerangan daripada anggota polis 

Barisan guru yang turut bersama-sama mendengar ceramah

Majlis Penutupan sempena Program Maal Hijrah
Tarikh : 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa   : 2.20 - 3.00 Petang 
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Mengambil keberkatan sempena bulan Muharram yang penuh berkat, Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan aktiviti Pertandingan Hafazan, Bacaan dalam Solat bagi tahun 1,2, dan 3 di dalam kelas masing-masing.      
    Majlis dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai sementara guru-guru yang terlibat menyusun para pemenang pertandingan hafazan, bacaan dalam solat bagi setiap tahun. 
    Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung. 
 
Ustaz Mohd Hadri Ag Idris memimpin bacaan doa

Ustaz Ab Hafiz dan Ustazah Hidayu selaku pengacara majlis

Barisan guru yang sama-sama menjayakan majlis pada hari tersebut


Penerima Hadiah Tahun 3

Penerima Hadiah Tahun 3

Penerima hadiah Tahun 1

Penerima hadiah Tahun 2

Kehadiran Murid & Guru Penyayang

Pagar A 

Pagar B

Terima kasih kepada semua ahli kumpulan E yang menjalankan tugas sepanjang minggu ini.

Disediakan oleh,

Nor Saadah binti Ab Halim

Guru Bertugas kumpulan E

No comments:

Post a Comment