Pages

Friday, July 19, 2024

Sambutan Maal Hijrah (Sesi Petang)

Program Maal Hijrah merupakan program yang diadakan untuk mengenang kembali hijrah Rasulullah dan signifikannya kepada umat Islam. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan pertandingan hafazan bacaan solat untuk semua murid beragama islam sesi petang iaitu tahun 1,2 dan 3.

    Pertandingan ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan solat dalam proses penghijrahan diri menjadi insan yang lebih baik. Tempoh pelaksanaan pertandingan ini adalah pada 8 Julai hingga 18 Julai 2024 dan dilaksanakan di dalam kelas oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam kelas masing-masing. 

    Murid-murid nampak begitu teruja untuk menyertai apabila diberi galakan serta bimbingan dari ustaz dan ustazah. Walaubagaimanapun, hanya 3 orang pemenang yang membaca dengan lebih baik sahaja akan dipilih bagi setiap kelas. Akhirnya, pada 19 Julai 2024 diadakan majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada semua pemenang. 

Berikut gambar-gambar yang dapat dikongsikan sepanjang tempoh pertandingan tersebut:-


Bacaan murid



Guru mendengar bacaan individu



Guru menguji bacaan murid



Murid terpilih untuk bacaan di hadapan kelas









Ruku' berserta bacaan


Seterusnya gambar sepanjang Majlis Penutupan Sambutan Maal Hijrah:-


Pengacara majlis



Bacaan doa oleh Ustaz Hadri



Hadiah untuk pemenang


Penerima hadiah









Antara penerima hadiah Tahun 1


Antara penerima hadiah Tahun 2


Antara penerima hadiah Tahun 3


PK Petang dan Penyelaras program



Bergambar kenangan bersama sebahagian guru


Semoga aktiviti yang telah dijalankan ini memberi manfaat kepada semua murid dan membantu mereka untuk menunaikan solat dengan lebih sempurna. Terima kasih kepada semua guru, khususnya guru-guru dari Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahniah!


Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad.




No comments:

Post a Comment