Program Maal Hijrah merupakan program yang diadakan untuk mengenang kembali
hijrah Rasulullah dan signifikannya kepada umat Islam. Oleh itu, Panitia
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan pertandingan hafazan bacaan
solat untuk semua murid beragama islam sesi petang iaitu tahun 1,2 dan 3.
Pertandingan ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan solat dalam proses penghijrahan diri menjadi insan yang lebih baik.
Tempoh pelaksanaan pertandingan ini adalah pada 8 Julai hingga 18 Julai 2024 dan
dilaksanakan di dalam kelas oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam kelas
masing-masing.
Murid-murid nampak begitu teruja untuk menyertai apabila diberi
galakan serta bimbingan dari ustaz dan ustazah. Walaubagaimanapun, hanya 3 orang
pemenang yang membaca dengan lebih baik sahaja akan dipilih bagi setiap kelas.
Akhirnya, pada 19 Julai 2024 diadakan majlis penutup serta penyampaian hadiah
kepada semua pemenang.
Berikut gambar-gambar yang dapat dikongsikan sepanjang
tempoh pertandingan tersebut:-
|
Bacaan murid |
|
Guru mendengar bacaan individu |
|
Guru menguji bacaan murid |
|
Murid terpilih untuk bacaan di hadapan kelas |
|
Ruku' berserta bacaan |
Seterusnya gambar sepanjang Majlis Penutupan Sambutan Maal Hijrah:-
|
Pengacara majlis |
|
Bacaan doa oleh Ustaz Hadri |
|
Hadiah untuk pemenang |
|
Penerima hadiah |
|
Antara penerima hadiah Tahun 1 |
|
Antara penerima hadiah Tahun 2 |
|
Antara penerima hadiah Tahun 3 |
|
PK Petang dan Penyelaras program |
|
Bergambar kenangan bersama sebahagian guru |
Semoga aktiviti yang telah dijalankan ini memberi manfaat kepada semua murid dan membantu mereka untuk menunaikan solat dengan lebih sempurna. Terima kasih kepada semua guru, khususnya guru-guru dari Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahniah!
Disediakan oleh,
No comments:
Post a Comment