Tuesday, February 28, 2023

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Tahun 2024

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kalendar Akademik 2024/2025. 

📱 Permohanan boleh dibuat melalui secara dalam talian:-

     bermula 1 Mac hingga 30 April 2023

💮 atau secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut:

https://eprasekolah.moe.gov.my


📌 Syarat Kelayakan:

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja.

📄❗ Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Prasekolah yang dipohon.

Saturday, February 25, 2023

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid SK Taman Putra Perdana

Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:



Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:
• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore

Rujukan: Buku Peraturan SKTPP mukasurat 21 - 22

Monday, February 20, 2023

List Buku SKTPP 2023 / 2024

Kedai Buku Sekolah akan dibuka bermula pada 22 Februari 2023 yang melibatkan penjualan buku dan keperluan asas persekolahan sesi 2023 / 2024.

Masa operasi :

Isnin - Sabtu :

9.00 pagi - 4.00 petang

* Ahad dan Cuti Umum Tutup



Senarai (list) buku 2023 / 2024 yang dijual di kedai buku;

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Tarikh: 13 Februari - 17 Februari 2023

Hari: Isnin - Jumaat

Kumpulan: F 

Tema: Aktiviti Semasa Cuti Sekolah

Guru bertugas:

1. Puan Norayuni binti Ab Fatah

2. Puan Nurliza binti Ab Rahman

3. Puan Noor Hayati binti Yusof

4. Puan Norziani binti Zubir

5. Puan Norbaizura binti Nordin

6. Puan Fatin Huzaika binti Abdul Aziz

7. Puan Mas Ayu binti Ariffin

8. Puan Azlina binti Mat Isa

9. Puan Hanawati Alinda binti Abdul Taib Puruji 

10. Encik Mohd Rusydan bin Ismail

Guru bertugas minggu ini

Minggu ini merupakan minggu ke-42 dalam kalendar persekolahan sesi 2022/2023. Dalam erti kata lain, minggu ini ialah minggu terakhir persekolahan. Pelbagai program telah diadakan sepanjang minggu ini.

ISNIN - 13/02/2023

Perhimpunan Rasmi

Bermula jam 7.35 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Diikuti ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya dan ikrar murid. 

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Laporan disampaikan oleh Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom

Berbicara mengenai disiplin murid-murid minggu lepas yang semakin baik. Kehadiran ke sekolah lebih awal daripada biasa. 

Waktu pulang juga menyaksikan disiplin murid yang baik semasa keluar kelas. Walau bagaimanapun, beliau menegur sikap segelintir murid yang suka membeli makanan di luar kawasan pagar sekolah dan membuang sampah merata-rata. 


Ucapan Guru Bertugas, Puan Noorhayati binti Yusof


Puan Noorhayati mengingatkan murid-murid untuk menjaga diri sepanjang cuti persekolahan yang akan bermula nanti. Beliau juga memberikan beberapa contoh aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan semasa cuti. Antaranya:-

  • membantu ibu bapa
  • melancong/bercuti bersama keluarga
  • balik kampung
  • memancing

Ucapan PK Pendidikan Khas, Encik Asrolafandi bin Ismail

2 amanat yang dititipkan dalam ucapan beliau:

- Mengingatkan murid-murid Tahun 6 yang bakal melangkah keluar dari alam sekolah rendah agar sentiasa peka dengan maklumat untuk kemasukan ke Tingkatan 1 nanti. 

- Menasihatkan semua murid supaya sentiasa menjaga diri sepanjang cuti persekolahan yang bakal tiba. 


Penyampaian Hadiah Kokurikulum

1. Pertandingan Karnival Bahasa Inggeris Secara Online Peringkat Negeri Selangor 2022

Acara Story telling (Naib Johan)

- Nur Ain Umairah binti Mas Johari

2. Cabaran Kokurikulum TKRS Secara Online Peringkat Negeri Selangor 2022

Acara Ikatan dan Simpulan Puteri (Tempat ke-5)

- Dahlia Adriana binti Shahrul Nizam

- Nurul Iman Nasuha binti Abdul Malik

- Nurlaila Sakinah binti Muhamed Farizuan

3. Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Kategori Silat Tari Secara Online Peringkat Negeri Kebangsaan 2022

- Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam (Tempat ke-5)

4. Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Negeri Sembilan 2023

Tarikh: 27 - 29 Januari 2023

Tempat: Paroi, Negeri Sembilan

Kumpulan 1

Kategori Dini: Pingat Emas

- Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam (5 Iphone)

- Megat Fariq bin Megat Roslan (5 Oppo)

  • Pasukan mereka juga telah berjaya meraih Anugerah Juara Keseluruhan Kategori Dini Piala Rimau Legacy

Kumpulan 2

Kategori Pra Remaja

Pingat Emas 

- Ainnur Aisyah Damia (6 Ibnu Khaldun)

- Muhd Haziq Zaquan (6 Ibnu Batutta)

Pingat Perak

- Akid Aisy Aliuddin (6 Al Biruni)

Pingat Gangsa

- Muhd Jebat Adiputra (6 Al Khawarizmi)


SELASA (14/02/2023) hingga KHAMIS (16/02/2023)

Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PPDa Tertutup SK Taman Putra Perdana 2023.






JUMAAT (17/02/2023) 

Majlis Penyampaian Hadiah 

1. Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PPDa

2. Penyampaian Hadiah Kuiz Matematik

3. Penyampaian Hadiah PPIM

Antara momen-momen indah yang dirakamkan oleh lensa kamera guru bertugas buat tatapan semua.










Sunday, February 19, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-42 (Sesi Petang)

Tarikh : 13 Februari - 19 Februari 2023

Hari : Isnin - Jumaat

Kumpulan : F

Tema : Aktiviti Semasa Cuti sekolah

 

Guru Bertugas

1. En. Hasbullah bin Zainal Abidin

2. En. Rusmami bin Rusli 

3. En. Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Pn. Nurhidayu binti Sadri

5. Pn. Nurazlin binti Mat Nor

6. Pn. Nur Malisha binti Omar

7. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek

8. Pn. Siti Aisah binti Hanafi

9. Pn. Wan Mahani binti Wan Hashim

Barisan Guru Bertugas

Minggu ini merupakan minggu ke-42 dalam kalender persekolahan sesi 2022 / 2023. Ia merupakan minggu terakhir persekolahan. Pelbagai program telah diadakan sepanjang minggu ini.

Perhimpunan Rasmi

Bermula jam 1.00 tengahari dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu Sekolah. Diikuti dengan ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya dan ikrar murid.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Laporan disampaikan oleh Cikgu Nor Arzah binti Hussin. Beliau berbicara mengenai disiplin murid-murid terutama murid yang suka berlari-lari ketika waktu rehat dan pulang dari sekolah. Murid-murid dingatkan supaya tidak berlari-lari ditakuti berlaku kemalangan yang tidak diingini. Beliau juga mengingatkan murid-murid perlu membuang sampah ke dalam tong sampah.

Laporan oleh Cikgu Nor Arzah

Pada minggu ini juga dijalankan penyerahan sijil penghargaan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber serta penyerahan sijil markah terbaik bagi subjek Bahasa Arab setiap kelas. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera.

Barisan Pengawas Sekolah bersama sijil

Barisan Pengawas Pusat Sumber bersama sijil


Barisan pemenang kategori Bahasa Arab terbaik setiap kelas bersama sijil



Secara keseluruhannya sesi persekolahan pada minggu ke - 42 berjalan dengan lancar. Perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku pada minggu ini. Disiplin murid-murid juga terkawal. Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan F di atas kerjasama yang telah diberikan.

Sekian sahaja laporan minggu ini.

Disediakan oleh :

Nurhidayu binti Sadri

Friday, February 17, 2023

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PPDa Tertutup Tahun 2023

Berkampung selama 3 hari di padang dan Dataran SKTPP sedikit pun tidak membuat murid-murid patah semangat dalam mengungguli pertandingan sebagai juara. Tahun ini, ada kelainan kerana menggabungkan 2 aktiviti permainan yang besar iaitu bola sepak & bola jaring. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan yang sihat amatlah penting dalam kehidupan seharian. Seakan-akan telah menjadi rutin setiap tahun Unit PPDa SKTPP mengadakan kejohanan seperti ini.  Program yang berasaskan sukan ini dikenali sebagai 'Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PPDa" telah mensasarkan murid Tahun 4, 5 & 6 sebagai peserta.

Objektif program kejohanan ini dan diharapkan ianya tercapai demi kecemerlangan murid SKTPP adalah seperti berikut;

👏Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid

👏Melahirkan murid yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan bola sepak dan bola jaring

👏Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri

👏Mencungkil bakat-bakat baru murid dan sebagai persediaan menyediakan pasukan sekolah yang cemerlang

👏Menjauhi gejala Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan & HIV/AIDS (DARVIH)

Lagi maklumat lanjut berkaitan aktiviti kejohanan di dalam Buku Program Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PPDa 2023.

Laporan bergambar sepanjang perlawanan dijalankan dirakam bagi mencipta kenangan buat pemain dan sekolah. Terima kasih juru lensa kamera yang begitu giat aktif mencari angle yang menarik untuk tatapan semua. 

Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara kelas bermula dari 14 - 16 Februari 2023 (Selasa - Khamis). Penyelaras bersama-sama jawatankuasa kejohanan telah bertungkus-lumus dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.  

   👏Sebahagian gambar dan video sepanjang perlawanan Bola Sepak & Bola Jaring👏










       

Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 17 Februari 2023 (Jumaat) hari terakhir sekolah dan telah dirasmikan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar SKTPP). Terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG), Pn Normawati bt Saad (NYDP PIBG) dan En Mohd Zamri bin Hassan (Pengerusi Soccer Star) kerana sudi hadir bersama-sama dalam majlis pada hari ini.

          👏Gambar sepanjang majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah👏











Tanpa kerjasama yang padu tidak mungkin kejohanan seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua JK yang telah bertungkus-lumus memastikan kejohanan ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. 


"Thumbs Down" tidak pernah dilupakan. Semoga murid-murid SKTPP kekal dengan benteng Benci Dadah yang telah ditanam dalam minda bermula 2014 lagi.
👎👎👎

Wednesday, February 15, 2023

Tahniah Musalla Raudatul Ilmi

Tahniah buat Musalla Raudatul Ilmi SKTPP yang telah dianugerahkan Tempat Ke-4 dalam Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Selangor 2022 kategori musalla yang diadakan pada bulan Julai 2022 yang lepas. Setinggi-tinggi tahniah buat pentadbir dan guru-guru khususnya guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas usaha keras serta pengorbanan yang dicurahkan.

   Kenangan manis mengurus dan membuat persiapan untuk penarafan tersebut takkan dilupa. Syukur alhamdulillah atas pencapaian memberangsangkan selaku orang baru yang baru masuk gelanggang. Insyaa Allah bertambah mudah jika kita diminta berdayung dan mengayuh lagi. Semoga musalla kita akan lebih cemerlang dengan pelbagai program, inovasi dan keceriaan yang bermaklumat pada masa depan..


Guru Besar bersama Ketua Panitia Pendidikan Islam; Ustazah Nor Hanim

Menerima piala dan sijil dari Pn. Noriah binti Haron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Program Adab dan Nilai, Bahagian Pendidikan Islam KPM


Alhamdulillah syukur atas penganugerahan

Senyuman puas Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Bersama GB SK DABB yang mendapat hadiah kategori surau

Wakil-wakil daerah Sepang : SMK Seri Sepang, SAM BBST, SKTPP dan SKDABB bergambar bersama Ustaz Faizal PPD Sepang