Wednesday, March 14, 2012

SENARAI TUGAS GPK PETANG

GURU PENOLONG KANAN PETANG

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan yang sewajarnya.

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum

1. Mengagihkan tugas-tugasan akademik kepeda guru-guru
2. Menyelaras atau mengendalikan mesyuarat ketua panitia
3. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu
4. Menyemak dan menandatangani buku rekod persediaan mengajar guru sesi petang
5. Mengurus hal-hal peperiksaan dalaman-bulanan, hujung penggal dan hujung tahun
6. Merancang program sokongan bagi kemajuan akademik
7. Menguruskan “sit-in” dari semasa ke semasa atau apabila diperlukan.

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian

1. Menyemak kehadiran ahli-ahli staf sesi petang.
2. Menyelia khidmat bimbingan dan kaunseling
3. Mengurus data dan maklumat bagi perancangan pembangunan sekolah secara amnya.
4. Mengendalikan perhimpunan mingguan sesi petang
5. Merancang program pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar.

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Disiplin dan Kebajikan Murid

1. Mengoptimumkan kegunaan kemudahan dan kelengkapan sedia ada
2. Mengawas keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid-murid sesi petang
3. Mengemaskinikan pelbagai rekod kes-kes disiplin murid sesi petang
4. Mengendalikan kes-kes kecemasan atau salahlaku murid sesi petang
5. Mengendalikan kes-kes perpindahan murid

E. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

1. Menyelia tugas-tugas guru dan kakitangan sesi petang
2. Menyelaraskan jadual waktu guru-guru pelatih atau guru baru yang baru berpindah
3. Menyelia kelas-kelas pemulihan.
4. Menagihkan tugas-tugas kepada staf bukan guru sesi petang

F. Membantu Guru Besar dalam Tugas-tugas Lain

1. Menjalankan tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar

2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.

3. Menganggotai mana-mana jawatankuasa perbadanan dalam sekolah..

No comments:

Post a Comment