Friday, March 16, 2012

SENARAI TUGAS PT W17


PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
1. Menyelenggara ,dan mengemaskini,
  • Buku Tunai KERAJAAN Dan SUWA
  • Buku Subsidari KERAJAAN Dan SUWA
  • Daftar Bil KERAJAAN Dan SUWA
  • Panjar Wang Runcit

2. Setiausaha Jawatankuasa Kewangan Sekolah
Tugas dan Tanggungjawab PT W17 menyelenggara Ke dua-dua akaun
a) Buku Tunai hendaklah ditutup setiap 31hb setiap bulan dan ditandatangan oleh KPT/GB/PK 1
b) Semua bil-bil hendaklah dicap tarikh terima dan didaftarkan di dalam Buku Daftar Bil.
c) Semua bil-bil hendaklah dibayar dalam masa 14 hari dari tarikh terima bil
d) Semua urusniaga hendaklah berjalan serentak iaitu apabila membuat pembayaran/pengeluaran cek hendaklah terus direkod dalam buku tunai dan terus direkod dalam subsidairi untuk menentukan baki setiap peruntukan.
e) Buku Subsidairi hendaklah sentiasa dikemaskini untuk mengetahui baki terakhir setiap peruntukan.
f) Sebelum membuat pesanan /pembelian barangan/ABM, Ketua Panitia hendaklah menyemak terlebih dahulu baki peruntukan
g) Ketua Panitia hendaklah merekodkan terlebih dahulu barangan/ABM yang dipesan ke dalam Buku Stok Panitia dan ditandatangan di Borang Pesanan (LO) berwarna kuning
h) Semua bil-bil/Invoice yang sudah dibuat pembayaran hendaklah dicap " Telah Bayar " dan Tarikh.
3. Menyediakan penyata kewangan yang belum diaudit (PATSKOM)
4. Membuat Tuntutan Bantuan Perkapita Sekolah setiap Tahun.
5. Membuat Bayaran KWAPM dan Elaun Murid PPKI
6. Menjawab surat-surat teguran Audit
7. Membankkan kutipan sewa kantin dan yuran sekolah
8. Mengemskini Rekod Kutipan Bayaran Tambahan (Yuran Sekolah)
9. Mengemaskini rekod Panjar Wang Runcit .
10. Buku Cek yang baru diterima dari bank hendaklah di rekod di dalam Buku Stok Cek
11. Borang Pesanan Sekolah hendaklah direkod di dalam Buku Rekod Pesanan Sekolah
12. Cek Batal hendaklah didaftarkan didalam Buku Daftar Cek Batal
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

No comments:

Post a Comment