Tuesday, October 31, 2023

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah - Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah 2023

Hari ini telah berlangsung satu majlis Pelancaran Duta Sahsiah bagi Tahun 2023 bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Majlis ini merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Disiplin Sekolah dengan kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM. 

Sahsiah unggul dan peribadi murid yang baik akan menentukan masa depan mereka pada masa akan datang. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah bagi memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. Dengan adanya penganugerahan Duta Sahsiah, sekali gus mampu memotivasikan diri murid dalam membentuk penampilan diri yang baik di samping meningkatkan jati diri dan memberi kesedaran bahawa pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.

Maklumat lanjut berkaitan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah boleh klik di sini Buku Program


Seawal 6.50 pagi team menyambut kehadiran murid telah bersedia di Pagar A &B

Antara VIP yang hadir untuk majlis Pelancaran Duta Sahsiah terdiri daripada Sjn. Norsabrina binti Mohamad Ramli & Kpl. Siva Sangkari a/p Muthu Kerishnan (Pegawai Perhubungan Sekolah), Tuan Haji Megat Md Salleh bin Megat Md Arshad (YDP PIBG) dan Puan Shuhaila binti Aman (Pen. PPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, PPD Sepang)


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Nyanyian 3 buah lagu, ikrar & bacaan doa

Sesi ucapan oleh Sjn. Norsabrina binti Mohamad Ramli (PPS), Tuan Hj Megat Md Salleh bin Megat Md Arshad (YDP PIBG) dan ucapan perasmian oleh Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)

Penyampaian Anugerah Duta Sahsiah kepada Eisyan Aideen Bin Zainuddin (6 Lenovo)

Penyampaian Anugerah Duta Sahsiah kepada Damia Aesha binti Mohd Azlan (5 Solaris)

Penyampaian Anugerah Duta Sahsiah kepada Andrea  Ezzahiera binti Afizul Izham (6 Vivo)

Sesi bergambar bersama VIP dan barisan pentadbir

Ucapan wakil Duta Sahsiah (Andrea Eizzahiera Binti Afizul Izham - 6 Vivo)

Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber 2023 (Sesi Petang)

Tanggal 31 Oktober 2023 bersamaan hari Selasa, satu Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber SKTPP telah diadakan bermula jam 1.15 petang bertempat di Dewan Perdana. Majlis ini masih lagi bertemakan Dongeng Melayu Klasik.  Kemeriahan sangat terasa apabila murid-murid turut dibenarkan untuk memakai pakaian mengikut tema.  Berikut adalah gambar-gambar kenangan sewaktu majlis berlangsung..

Lampiran Buku Program Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah Tahun 2023 untuk rujukan semua guru.  Sila klik link berikut :


Atur cara majlis bagi sesi petang.

Ketibaan jemputan khas, YDP PIBG Tuan Haji Megat Md Saleh bin Arshad

Pengacara majlis yang sentiasa memberikan senyuman, Ustazah Nor Rafini dan Cikgu Nik Rosmaliza.

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil.

Rumusan aktiviti Bulan Pusat Sumber Sekolah disampaikan oleh Guru Perpustakaan Media, Puan Arnny Yusnita bt Md Enarji.

Ucapan Penutupan Bulan Pusat Sumber disempurnakan oleh Tuan Haji Megat Md Salleh b Arshad.

Simbolik memalu gong sebagai tanda Penutupan Bulan Pusat Sumber tahun 2023.

Gimik memecahkan belon setelah gong dipalu.

Bergambar kenangan bersama Tusn Perasmi, Pentadbir, Guru Perpustakaan Media dan Penyelaras. 

Serahan gegantung kepada Yang Dipertua PIBG, SKTPP.




Sketsa Bawang Putih dan Bawang Merah sebagai gimik Penutupan Bulan Pusat Sumber 2023.  Terdiri daripada murid-murid tahap 2 yang begitu berbakat di dalam bidang lakonan serta tarian.  Syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat.


Penyerahan sijil dan cenderamata kepada wakil Syarikat Thiong Seng.

Rangkuman "Sepurnama Di Ujana Ilmu" sentuhan dari Cikgu Noor Azlinda, Cikgu Arjunawati dan Cikgu Nur Malisha.


Warna warni yang ditampilkan oleh guru-guru serta murid-murid bagi memeriahkan majlis.

Pemenang Pertandingan Menghias Kulit Buku - Prasekolah


Pemenang Pertandingan Mewarna & Melabel Pakaian Rasmi Sekolah 'Tampannya Hamba' - Tahun 1.

Pemenang Pertandingan Tulisan Jawi 'Pusaka Bangsaku' - Tahun 2.

Pemenang Pertandingan Tulisan Berangkai 'Pintal Kasih' - Tahun 3.


Pemenang Hafazan 'Gema Wahyu' - Tahap 1.

Pemenang Tempat Pertama 'Mencari Bintang Kejora' : Adik Harraz Hareeth bin Amir Nurrasyeed.
 
Pemenang Tempat Kedua 'Mencari Bintang Kejora' : Adik Fasya Ariana binti Fadzrul Syafiq.

Pemenang Tempat Ketiga 'Mencari Bintang Kejora' : Adik Ziyad Iskandar bin Mohammad Fikri.

Pemenang Saguhati 1 'Mencari Bintang Kejora' : Adik Nik Nur Amalin Sofea binti Nik Khairudin.

Pemenang Saguhati 2 'Mencari Bintang Kejora' : Adik Nik iris Izzara binti Nik Mohd Kamarul.

Pemenang Pertandingan Literasi Maklumat "Diam-diam tikus, Kucing sedang mencari" - Tahap 1.


Pemenang  Tempat Pertama : Pertandingan Sudut NILAM Kelas Terbaik 'Teratak Ilmu' - Kelas 1 Viscose

Pemenang  Tempat Kedua : Pertandingan Sudut NILAM Kelas Terbaik 'Teratak Ilmu' - Kelas 3 Kenari

Pemenang  Tempat Ketiga : Pertandingan Sudut NILAM Kelas Terbaik 'Teratak Ilmu' - Kelas 2 Ferrari

Pengunjung Teraktif 'Pengembara Ulung' Tahap 1, Adik Arif Aryan bin Asyrul Syah dari kelas 3 Rajawali.

Pengunjung Teraktif 'Pengembara Agung' Sesi Petang disandang oleh Cikgu Sidratul Ayuni binti Aris.

Pembaca Terbanyak 'Pujangga Alam' Sesi Petang, Cikgu Nor Amirulfitri bin Othman.

Pemenang Pertandingan Gubahan Bunga Sudut 'Indahnya Puspa Wangi' - Sesi Petang.
Tempat pertama, Ustazah Nor Rafini binti Othman.  Tempat kedua, Ustazah Ummu A'thiah binti Haji Hashim.  Tempat ketiga, Ustazah Nor Saadah binti Abd Halim.

Pemenang Pertandingan Nyanyian - 'Di mana Gerangan Buluh Perindu?' kategori guru sesi petang.
Tempat pertama: Ustazah Nor Rafini bt Othman.  
Tempat kedua:  Cikgu Mohd Zulhadi b Mohd Salleh.  
Tempat ketiga:  Cikgu Suziana bt Mohd Makhtar.  
Tempat keempat:  Cikgu Salina bt Mohd Tasu.  Tempat kelima:  Cikgu Nor Amirulfitri b Othman.

Busana Terbaik Murid Sesi Petang
Kategori Lelaki 'Dewangga Putra': Adik Muhammad Darris Rayqal b Norazuan (3 Merak), 
Adik Muhammad Danial Haziq b Muhammad Azmir Khan (3 Merak) dan Adik Muhammad Al-Fateh bin Mohd Zaidi Amin (1 Satin)
Kategori Perempuan 'Ratna Kirana':  Adik Dhiya Aisyah bt Mohamad Hafizal (3 Tempua), Adik Nur Yulia Qirana bt Norazuan (1 Rayon) dan Adik Alyysa bt Oluwatun Elijah (2 Lamborghini).

Busana Terbaik Guru Sesi Petang
Kategori guru lelaki dan staf 'Indra Purnama':  Ustaz Abdul Hafiz b Abdul Halil, Cikgu Mohd Zulhadi b Mohd Salleh dan Cikgu Nor Amirulfitri b Othman.
Kategori guru perempuan dan staf 'Ratu Kartika':  Cikgu Nazahiyah bt Ab Rahman, Cikgu Suriyana bt Nanyan@Salim dan Ustazah Nor Rafini bt Othman.

Sesi fotografi semua guru sebagai kenangan untuk diabadikan.

Bersyukur kini kami panjatkan,

"Sepurnama Di Ujana Ilmu" telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan....


Maka berakhirlah Bulan Pusat Sumber bagi tahun 2023.  Insha Allah, ketemu lagi pada tahun hadapan. TAMMAT!