Tuesday, April 3, 2012

Senarai Tugas Juruteknik Komputer

JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

Bertanggungjawab kepada Guru Besar dan Penolong Kanan 1 di dalam melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:-

  1. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:
    1. Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan pekakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
    2. Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS, dll bagi rangkaiaan Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb.
    3. Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Router dsb.
    4. Help-desk dan 1st Level Support.
    5. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelengaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
  2. Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu mengunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
  4. Menguruskan isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.
  5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SSM, SSDM, SBT dsb.
  6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment