... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, March 14, 2012

SENARAI TUGAS GPK PENTADBIRAN

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.

C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.

2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:
1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. Kantin:
1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

G. Buku Teks:
1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.


H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1. KURIKULUM

1.1

Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktu gantian.

1.2

Pengajaran dan pembelajaran.

1.3

Penyeliaan dan penilaian.

1.4

Perlaksanaan kursus pengajian.

1.5

Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan.

1.6

Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.

1./

Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru.

1.8

Kajian laporan kurikulum.

1.9

Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian.

1.10

Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN – UPSR.

2. PENGURUSAN

2.1

Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.

2.2

Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru / kakitangan.

2.3

Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan.

2.4

Membantu merancang takwim sekolah.

2.5

Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.

2.6

Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

2.7

Menyelaras semua jenis kutipan yuran.

2.8

Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.

3. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD)

3.1

Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah – keceriaan / keindahan / kebersihan sekolah.

3.2

Merancang langkah-langkah keselamatan – mencegah kebakaran.

3.3

Mengadakan kursus motivasi murid.

4. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

4.1

Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

4.2

Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.

5. PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY)

5.1

Hubungan ibu bapa / masyarakat.

5.2

Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

No comments:

Post a Comment