Tuesday, March 20, 2012

SENARAI TUGAS GURU DATA

GURU DATA

Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29

Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi )

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;

ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;

iii. Staf bukan guru;

iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;

v. Pendaftaran PTK;

vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.

c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.

4. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment