Friday, April 5, 2024

Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2024

Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan salam Anak yang Baik lagi Cerdik.

Pada 3 April 2024 (Rabu), sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda bagi Sesi Pagi dan Sesi Petang. Majlis Watikah Pelantikan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2024. Majlis ini diadakan untuk memberi motivasi yang membina kepada murid - murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah.

         Buku Program Majlis 

Majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda dilangsungkan dalam beberapa kategori iaitu:

  1. Pelantikan watikah pengawas sekolah
  2. Pelantikan watikah pengawas pusat sumber sekolah
  3. Pelantikan watikah pembimbing rakan sebaya (PRS)
  4. Pelantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas 


Gambar Pengawas Sekolah yang menerima watikah pelantikan (Sesi Pagi)


Gambar Pengawas Sekolah yang menerima watikah pelantikan (Sesi Petang)


Gambar Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang menerima watikah pelantikan 
(Sesi Pagi)


Gambar Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang menerima watikah pelantikan 
(Sesi Petang)


Gambar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang menerima watikah pelantikan 
(Sesi Pagi)


Gambar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang menerima watikah pelantikan 
(Sesi Petang)


Gambar Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang menerima watikah pelantikan  (Sesi Pagi)


Gambar Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang menerima watikah pelantikan  (Sesi Petang)

Penyampaian watikah sebegini merupakan penghargaan kepada murid - murid yang terpilih berdasarkan ketrampilan dan sahsiah yang baik. Semoga murid - murid yang terpilih ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah. Seterusnya, menjadi suri teladan kepada murid - murid yang lain.

Berikut merupakan selingan gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung:

Gambar Pengacara Majlis (Sesi Pagi)

Gambar Pengacara Majlis bersama AJK Pelaksana (Sesi Petang)


Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pengawas sekolah (Sesi Pagi)

Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pengawas sekolah (Sesi Petang)

Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pusat sumber sekolah (Sesi Pagi)

Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pusat sumber sekolah (Sesi Petang)


Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pembimbing rakan sebaya (PRS)
(Sesi Pagi)
Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pembimbing rakan sebaya (PRS)
(Sesi Petang)


Gambar lafaz ikrar daripada wakil ketua kelas dan penolong ketua kelas
(Sesi Pagi)
Gambar lafaz ikrar daripada wakil ketua kelas dan penolong ketua kelas
(Sesi Petang)

Barisan pentadbir bersama Pegawai Perhubungan Sekolah

Ucapan terima kasih diberikan kepada barisan pentadbir, pegawai perhubungan sekolah, AJK pelaksana, barisan guru serta murid dalam menjayakan majlis ini.

Sekian laporan.
















 


 

 

 

 

 

Monday, April 1, 2024

Majlis Sambutan Nuzul Quran Sesi Pagi

Nuzul Quran bermaksud penurunan Al Quran dari langit kepada Nabi Muhammad SAW. Penurunan Al Quran berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-41 hijrah di Gua Hira melalui perantara Jibril a.s. Diantara amalan keutamaan pada bulan Ramadan adalah memperbanyakkan membaca Al Quran. 

Justeru, bagi mengingati dan menghayati  sirah penurunan Al Quran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Quran Peringkat Sekolah. Ia diadakan pada ketetapan yang berikut : 

Program : Ceramah Nuzul Quran 

Tarikh : 29 Mac 2024 (Jumaat) 

Masa : 7.50 - 11.00 pagi 

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Penceramah : Ustaz Zurilazman bin Abdullah. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom. Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah Nuzul Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Beliau juga merupakan guru bahasa arab SKTPP. 

Dalam ceramahnya, beliau telah menekankan keutamaan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Ia merupakan fardhu ain yang perlu dipelajari oleh semua muslim. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang merupakan bulan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan. 

Penghayatan serta amalan yang baik juga harus dipraktikkan dalam membaca Al Quran juga ditekankan oleh penceramah. Beliau mengajak murid-murid serta warga SKTPP supaya bertadabbur menghayati dan memahami isi kandungan dalam Al Quran. Penghayatan ini membawa pengamalan yang baik dalam kehidupan seharian. 

Selesai ceramah telah diadakan kuiz Nuzul Quran. Murid-murid dilihat dapat menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dengan baik. Penglibatan murid PPKI dan Pra Sekolah juga amatlah menggalakkan. Ini bermakna murid-murid faham dan fokus dengan isi ceramah ketika disampaikan. 

Berikut adalah rangkuman lensa sepanjang aktiviti dijalankan. 

Majlis Sambutan Nuzul Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Murid- murid berada di dewan tepat jam 8 pagi

Jawatankuasa Hadiah bersiap sedia dengan tugasan masing-masing.

Guru-guru mengenakan tema warna kelabu.

Tahniah semua guru hadir memeriahkan sambutan Nuzul Quran.

Murid-murid tahun 6 fokus dengan penyampaian ceramah.

Murid pra sekolah juga mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

Penceramah Sambutan Nuzul Quran - Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Bacaan Doa - Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom

Pengerusi Majlis - Ustazah Salina bt Hashim

Semoga majlis sambutan Nuzul Quran ini akan terus diadakan pada masa akan datang bukan sahaja untuk menyeru dan mengajak generasi mendekatkan dengan amalan membaca dan tadabbur Al Quran, tapi penghayatan kepada ibrah disebalik ketinggian Al Quran itu fokus utama dalam menjana generasi celik Al Quran. 


Disediakan oleh : 

Pn Umi Nazrah bt Saharoni

Laporan Guru Bertugas Minggu Pertama (Sesi Pagi)

Tarikh : 11 Mac hingga 15 Mac 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Senarai Nama Guru Bertugas :

1) Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

2) Cik Roslinda bt Mansor

3) Pn Zailiezah bt Sardi

4) En Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

5) Pn Musaliha bt Mustafa

6) Pn Rosmizawati bt Yusub

7) Pn Mawaddah bt Kamarulzaman

8) En Zairuddin bin Mohamad Kelsom

9) Pn Jamunarani a/p Bhoja  Rajan

10) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed 

11) Pn Norliza bt Ali @ Yasim

12) Pn Nor Latipah bt Che Yusuf 


Pengerusi Majlis : Cik Roslinda bt Mansor

Konduktor 3 Buah Lagu : Pn. Astina binti Mahad Nor

*Bacaan Doa : Nik Ahmad Aqeel Baihaqi bin Nik Abbas - Pengawas Sekolah (6  Oracle)

*Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Roslinda binti Mansor

*Ikrar Murid : Zara Nur Iman binti Zainal Abidin - Pengawas Sekolah (6 Solaris)

Seawal jam 7 pagi guru-guru bertugas menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah pada awal persekolahan bermula. Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.30 pagi. Keterujaan dan kegembiraan jelas terpancar diwajah anak-anak SKTPP ketika disambut dengan senyuman oleh guru-guru bertugas bersama guru-guru penyayang. Murid-murid telah berbaris mengikut barisan yang telah ditetapkan di dalam dewan dalam keadaan terkawal dan teratur. 

Sesi pembukaan sekolah dimulakan dengan pelancaran Program Sinergi Mega berikutan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menetapkan pihak sekolah perlu melaksanakan program/aktiviti bermula pada hari pertama pembukaan sekolah. Tujuan utama adalah untuk mengembalikan keceriaan dan semangat keinginan murid-murid untuk ke sekolah setelah bercuti dalam tempoh yang lama. 

Pelancaran Sinergi Mega telah dilancarkan dengan ucapan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Koperal Redzuan bin Daman Hury seterusnya merasmikan majlis pelancaran Sinergi Mega. Turut hadir ialah Yang DiPertua PIBG Tn Hj Megat Md Salleh bersama para AJK PIBG yang sama-sama menyokong usaha pihak sekolah. 

Minggu awal persekolahan telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP. Tahniah UBK atas usaha mengatur pelbagai aktiviti yang menarik untuk setiap tahun. 

Minggu awal persekolahan ini juga merupakan bermulanya puasa Ramadan. Murid-murid telah diberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang diatur oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sempena program Ihya' Ramadan dan Bulan Dakwah.

Pelancaran Ihya' Ramadan & Bulan Dakwah telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Tn Hj Megat Md Salleh. Tabung Kasih Ramadan juga telah dilancarkan sepanjang Ramadan ini bagi membuat sumbangan kepada anak-anak yatim SKTPP tahun ini. 

Sepanjang minggu awal persekolahan ini, murid-murid dilihat dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid juga melibatkan diri secara aktif pada setiap aktiviti yang dilaksanakan walaupun berpuasa. 

Berikut adalah rangkuman aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini. 

Barisan pentadbir, PIBG juga guru-guru berganding bahu memastikan murid-murid SKTPP hadir ke sekolah dengan ceria. 

Kehadiran ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah awal pagi. 

Perhimpunan rasmi pagi. Taklimat Sinergi Mega oleh Pn Rozimah, seterusnya ucapan oleh Pn Azizah bt Mokhlas GPK Pentadbiran. 

Suasana murid pulang. 

Guru-guru bertugas kumpulan A (sesi pagi)

Gembira dapat sambut kawan-kawan di sekolah. 

Aktiviti Roket Terbang membuatkan murid rasa teruja. 

Slot serlahkan potensimu

Aktiviti permainan dalaman yang meriah

Aktiviti Roda Emosi

Aktiviti Syoknya ke Sekolah

Aktiviti Mewarna murid Pra Sekolah

Program Ihya' Ramadan & Bulan Dakwah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Aktiviti Melukis Poster


Pelancaran Program Ihya' Ramadan & Bulan Dakwah serta Tabung Kasih Ramadan 2024.

Tadarus Al Quran

Guru-guru bertugas kumpulan A sesi pagi telah melaksanakan tugas minggu awal persekolahan dengan begitu baik sekali. Tahniah diucapkan atas kerjasama & kawalan yang teratur. Juga, semua aktiviti yang diatur oleh UBK SKTPP telah dilaksanakan dengan baik dan berjaya mencapai objektif. Semoga murid-murid SKTPP terus sentiasa ingin mahu ke sekolah dengan ceria dan sejahtera. 



Disediakan oleh : 

Pn Umi Nazrah bt Saharoni