Monday, April 1, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu Pertama (Sesi Pagi)

Tarikh : 11 Mac hingga 15 Mac 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Senarai Nama Guru Bertugas :

1) Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

2) Cik Roslinda bt Mansor

3) Pn Zailiezah bt Sardi

4) En Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

5) Pn Musaliha bt Mustafa

6) Pn Rosmizawati bt Yusub

7) Pn Mawaddah bt Kamarulzaman

8) En Zairuddin bin Mohamad Kelsom

9) Pn Jamunarani a/p Bhoja  Rajan

10) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed 

11) Pn Norliza bt Ali @ Yasim

12) Pn Nor Latipah bt Che Yusuf 


Pengerusi Majlis : Cik Roslinda bt Mansor

Konduktor 3 Buah Lagu : Pn. Astina binti Mahad Nor

*Bacaan Doa : Nik Ahmad Aqeel Baihaqi bin Nik Abbas - Pengawas Sekolah (6  Oracle)

*Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Roslinda binti Mansor

*Ikrar Murid : Zara Nur Iman binti Zainal Abidin - Pengawas Sekolah (6 Solaris)

Seawal jam 7 pagi guru-guru bertugas menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah pada awal persekolahan bermula. Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.30 pagi. Keterujaan dan kegembiraan jelas terpancar diwajah anak-anak SKTPP ketika disambut dengan senyuman oleh guru-guru bertugas bersama guru-guru penyayang. Murid-murid telah berbaris mengikut barisan yang telah ditetapkan di dalam dewan dalam keadaan terkawal dan teratur. 

Sesi pembukaan sekolah dimulakan dengan pelancaran Program Sinergi Mega berikutan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menetapkan pihak sekolah perlu melaksanakan program/aktiviti bermula pada hari pertama pembukaan sekolah. Tujuan utama adalah untuk mengembalikan keceriaan dan semangat keinginan murid-murid untuk ke sekolah setelah bercuti dalam tempoh yang lama. 

Pelancaran Sinergi Mega telah dilancarkan dengan ucapan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Koperal Redzuan bin Daman Hury seterusnya merasmikan majlis pelancaran Sinergi Mega. Turut hadir ialah Yang DiPertua PIBG Tn Hj Megat Md Salleh bersama para AJK PIBG yang sama-sama menyokong usaha pihak sekolah. 

Minggu awal persekolahan telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP. Tahniah UBK atas usaha mengatur pelbagai aktiviti yang menarik untuk setiap tahun. 

Minggu awal persekolahan ini juga merupakan bermulanya puasa Ramadan. Murid-murid telah diberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang diatur oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sempena program Ihya' Ramadan dan Bulan Dakwah.

Pelancaran Ihya' Ramadan & Bulan Dakwah telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Tn Hj Megat Md Salleh. Tabung Kasih Ramadan juga telah dilancarkan sepanjang Ramadan ini bagi membuat sumbangan kepada anak-anak yatim SKTPP tahun ini. 

Sepanjang minggu awal persekolahan ini, murid-murid dilihat dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid juga melibatkan diri secara aktif pada setiap aktiviti yang dilaksanakan walaupun berpuasa. 

Berikut adalah rangkuman aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini. 

Barisan pentadbir, PIBG juga guru-guru berganding bahu memastikan murid-murid SKTPP hadir ke sekolah dengan ceria. 

Kehadiran ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah awal pagi. 

Perhimpunan rasmi pagi. Taklimat Sinergi Mega oleh Pn Rozimah, seterusnya ucapan oleh Pn Azizah bt Mokhlas GPK Pentadbiran. 

Suasana murid pulang. 

Guru-guru bertugas kumpulan A (sesi pagi)

Gembira dapat sambut kawan-kawan di sekolah. 

Aktiviti Roket Terbang membuatkan murid rasa teruja. 

Slot serlahkan potensimu

Aktiviti permainan dalaman yang meriah

Aktiviti Roda Emosi

Aktiviti Syoknya ke Sekolah

Aktiviti Mewarna murid Pra Sekolah

Program Ihya' Ramadan & Bulan Dakwah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Aktiviti Melukis Poster


Pelancaran Program Ihya' Ramadan & Bulan Dakwah serta Tabung Kasih Ramadan 2024.

Tadarus Al Quran

Guru-guru bertugas kumpulan A sesi pagi telah melaksanakan tugas minggu awal persekolahan dengan begitu baik sekali. Tahniah diucapkan atas kerjasama & kawalan yang teratur. Juga, semua aktiviti yang diatur oleh UBK SKTPP telah dilaksanakan dengan baik dan berjaya mencapai objektif. Semoga murid-murid SKTPP terus sentiasa ingin mahu ke sekolah dengan ceria dan sejahtera. 



Disediakan oleh : 

Pn Umi Nazrah bt Saharoni





No comments:

Post a Comment