Friday, April 4, 2014

Selamat Bertukar Kak Ayu

Selamat Bertugas di sekolah baharu buat PPM PPKI SKTPP; Pn. Siti Rohayu binti Shaari. Beliau yang lebih dikenali sebagai "Kak Ayu" dalam kalangan anak-anak murid Pendidikan Khas dapat bertukar ke SK Amar Penghulu, Jelebu, Negeri Sembilan. Semoga Kak Ayu berbahagia di samping suami tercinta.
   Majlis perpisahan ringkas telah diadakan semasa perhimpunan hari Jumaat selepas Bacaan Yaasin. Guru-guru dan murid-murid PPKI juga telah mengadakan jamuan perpisahan di Bilik PPKI. Tahniah dan Selamat Berpisah dari kami warga SKTPP. Jangan lupakan kami di sini...
Majlis di tapak perhimpunan
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir
 Ucapan aluan oleh Penyelaras PPKI - Pn. Roslina
Ucapan Guru Besar
Ucapan yang diraikan - Kak Ayu
 Cenderahati dari guru-guru dan PPM PPKI
 Ole-ole buat kakak tersayang

No comments:

Post a Comment