Friday, July 14, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Tarikh: 10 - 14 Julai 2023

Hari: Isnin - Jumaat

Minggu: 15

Tema pakaian: Unit beruniform

Tema ucapan mingguan: Ikhlas

Kumpulan guru bertugas: Kumpulan C

 💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Minggu silih berganti... Kini tiba ketikanya giliran Kumpulan C pula menggalas tanggungjawab guru bertugas untuk minggu ke-15 sesi persekolahan 2023/ 2024 (sesi pagi). Jutaan kesyukuran dizahirkan kerana sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dalam suasana disiplin murid-murid yang baik dan terkawal.

Indah jambangan bersulam ranting,
Bunganya lebat di dalam bakul;
Andai ringan sama dijinjing,
Andai berat sama dipikul.

Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat, nikmat masa dan tenaga, Kumpulan C yang diketuai oleh Cikgu Mazzaini binti Muda dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan jayanya hasil daripada sinergi guru-guru ahli kumpulan ini. 

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan

Kita sedia maklum, setiap pagi hari Isnin akan diadakan perhimpunan rasmi sekolah. Perhimpunan rasmi sekolah pada minggu ini dikemudikan oleh Cikgu Nurul Iman binti Ilyas. Kelihatan anak-anak didik yang amat dikasihi begitu bersemangat berkumpul dalam perhimpunan pagi ini.

Cikgu Nurul Iman binti Ilyas selaku pengacara
untuk majlis yang indah ini.

Murid-murid tersayang💚💗💜.

Perhimpunan rasmi dimulakan dengan:

1. Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

Konduktor lagu; Adik Orked Amani binti Mohd Radzuan (6 Oppo)

2. Acara seterusnya adalah bacaan doa. 

Bacaan doa oleh Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee (6 Sony).


3. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Sekolah. 

Bacaan ikrar oleh Adik Kaashif Nur Kihara binti Fadhlan (6 Vivo).


4. Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Safinatunajakh binti Mat Som;
  • Murid-murid diingatkan supaya menjaga wang saku dengan baik. Ada murid yang membawa duit lebih daripada RM10. Murid boleh minta guru untuk simpankan wang saku jika bimbang berlakunya kes kecurian.
  • Murid-murid dinasihatkan supaya tidak meninggalkan barang-barang seperti bekas makanan dan botol air di dewan.
  • Murid-murid Tahun 6 yang melalui laluan patriotik pada waktu balik untuk menuju ke pagar B, diingatkan supaya menggunakan laluan ITMA, (jangan lalu di kawasan parkir kereta guru). Pengawas telahpun ditugaskan untuk menjaga setiap laluan.
  • Murid-murid dinasihatkan supaya jangan bergurau kasar dan melampaui batas.
Puan Safinatunajakh binti Mat Som


5. Puan Nurul Iman memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

  1. Mazzaini binti Muda (Ketua)
  2. Ahmad Musrizuan bin Daud (Penolong)
  3. Rosmizawati binti Yusub
  4. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
  5. Faridatul-Akmal binti Ismail 
  6. Junaidah binti Rus
  7. Nur Murni binti Abdullah
  8. Nurul Iman binti Illyas
  9. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  10. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar
  11. Muhammad Afiq bin Azli
  12. Siti Fatimah binti Wan Yaacob 

Guru bertugas Kumpulan C



6. Tema ucapan hari ini ialah 'Ikhlas'.

Puan Nurul Iman menyampaikan ucapan tentang ikhlas. Berikut adalah antara isi kandungan tentang ikhlas yang telah disampaikan oleh beliau;

  • Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan dengan sepenuh hati, jujur dan tulus. 
  • Kemuliaan seorang guru adalah apabila menjalankan tugasan dengan tulus ikhlas, jujur dan bertanggungjawab. 
  • Guru mempunyai niat yang ikhlas akan mengajar murid ilmu-ilmu yang baik dan mendidik ke arah kecemerlangan.
  • Dalam konteks murid, kita mestilah ikhlas dalam menimba ilmu. Janganlah belajar kerana disuruh oleh ibu bapa atau guru.
  • Murid-murid mestilah ikhlas dalam menuntut ilmu. Jika murid-murid bersikap ikhlas, nescaya hidup kita  akan bahagia kelak.


7. Seterusnya, guru bertugas menyampaikan perkataan LAWAD.

Bahasa Melayu     : Mandi peluh
                                - Melakukan kerja keras dan bertungkus-lumus

Bahasa Inggeris     : Treadmill
                                - Treadmill

Bahasa Arab         : تَذْكِرَة
                                - Tiket

8. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Fauziah binti Salehoddin).
  • Murid-murid diingatkan supaya menjaga keselamatan semasa latihan sukan.
  • Murid perlu maklumkan kepada guru jika tidak sihat dan dikecualikan untuk menyertai aktiviti sukan.
  • Murid yang tidak dapat menyertai sukan boleh melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
  • Murid dinasihatkan supaya mengamalkan sukan secara sihat.
  • Bekas makanan dan botol perlu dibawa sekali semasa waktu rehat kerana dikhuatiri berlaku kes kecurian.
  • Aktiviti kokurikulum ditunda buat masa sekarang kerana memberi laluan kepada latihan sukan.
  • Semoga aktiviti sukan berjalan dengan baik dan lancar.
Puan Fauziah binti Salehoddin

SK Taman Putra Perdana akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-19 pada hari Sabtu, 15 Julai 2023, di padang sekolah. Kejohanan ini disertai oleh lima rumah sukan iaitu rumah sukan Tuah, Lekir, Jebat, Lekiu dan Kasturi. Tema tahun ini adalah negeri-negeri di Malaysia. Diharapkan sukan tahunan ini dapat berjalan dengan baik dan teratur sekaligus mencungkil bakat-bakat olahraga dalam kalangan murid dan meningkatkan hubungan silaturrahim yang lebih baik antara guru-guru dan ibu bapa.


Lensa kamera yang sempat disimpan sepanjang minggu bertugas Kumpulan C:







Penyampaian hadiah acara padang.

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri;
Sempurna sudah tugas diberi,
Salah dan silap harap dimaafi.

Pohon berangan tempat bertemu, 
Girangnya rasa si anak dara; 
Baiklah kita membawa ilmu, 
Binalah bangsa bangunkan negara.

Akhir kalam, tugas guru bukan hanya masuk ke kelas dan mengajar. Sebaliknya, profesion guru sama seperti profesion lain yang mempunyai tanggungjawab tersendiri terutamanya peranan untuk menjaga keselamatan dan keselesaan murid-murid di sekolah.


Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bertugas pada minggu ini kerana telah banyak membantu dalam melaksanakan amanah yang telah diberi. Segala masalah dapat diselesaikan dengan adanya unsur kolaboratif antara kami. 


Syukran kathiron...

Catatan laporan dinukilkan oleh;

Muallimah Faridatul-Akmal binti Ismail.

No comments:

Post a Comment