Friday, July 14, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-15 (Sesi Petang)

Tarikh: 10 hingga14 Julai 2023

Tema: Ikhlas

Kumpulan Bertugas: Kumpulan C

Guru Bertugas:

1. Encik Saifullah

2. Cik Amalina

3. Puan Nik Rosmaliza

4. Puan Nazahiyah

5. Ustazah Fadhilah

6. Ustazah Nor Farhani

7. Puan Sidratul Ayuni

8. Cik Nur Hanani



Berdiri dari kiri: Ustazah Farhani, Puan Sidratul Ayuni, Puan Nazahiyah, Puan Nik Rosmaliza, Encik Saifullah, Ustazah Fadhilah dan Cik Nur Hanani


Perhimpunan Rasmi

1. Nyanyian Lagu

Guru-guru dan murid-murid menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

2. Bacaan Doa


Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Iyadh Qayyim dari kelas 3 Tempua. 

3. Bacaan Ikrar

Ustazah Farhani telah memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya. 

Bacaan ikrar murid telah dipimpin oleh Adik Ahmad Aryan Zaqwan dari kelas 3 Tempua.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Ustaz Hadri selaku wakil guru bertugas pada minggu lepas telah memberikan beberapa ulasan yang harus dipatuhi oleh semua murid. Antara ulasan tersebut ialah:

  • Menjaga kebersihan kawasan sekolah dengan tidak membuang sampah di merata-tempat terutamanya semasa menjalani latihan sukan.
  • sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku.
  • Sentiasa kerap meminum air kosong ketika cuaca panas. Elakkan berada di tempat panas dalam jangka masa yang lama. 
5. Ucapan Guru Bertugas

Ustazah Farhani selaku pengacara majlis menyentuh tema pada minggu ini iaitu Ikhlas. ikhlas bermaksud jujur, rela dan tulus.

Ikhlas juga bermaksud melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan, pujian atau penghargaan. Murid-murid harus ikhlas dalam menuntut ilmu dan melakukan kebaikan. Guru-guru pula sentiasa ikhlas dalam mendidik dan membimbing murid.


6. LAWAD


Laporan Sepanjang Minggu

Pengawas- pengawas sekolah bergandingan dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di pagar B meyambut kedatangan murid-murid. 

Suasana di Pagar B. Keadaan agak sesak tetapi terkawal terutamanya pada jam 12.50 tengah hari dan setiap waktu balik. 

Pada sepanjang minggu ini, telah berlangsung latihan sukaneka bagi Tahun 1 hingga 3 bermula pada hari Isnin sehingga Khamis.

Acara sukantara bagi murid Tahun 1 iaitu larian pada jarak 50 meter telah dijalankan pada hari Isnin. Kesemua murid berpeluang menyumbang 2 mata kepada rumah sukan sekiranya berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa 22 saat.

Murid Tahun 2 dan Tahun 3 pula memulakan sukantara pada hari Selasa. Kesemua murid memulakan larian pada jarak 75 meter. Masa yang ditetapkan adalah selama 21 saat bagi murid Tahun 2 dan 20 saat bagi murid Tahun 3. 

Pada hari Rabu pula telah berlangsung saringan bagi acara larian. 

Latihan sukaneka diadakan selama empat hari. Antara acara yang dipertandingkan ialah:

Tahun 1

  • Tarik bola dengan gelung
  • Imbang pundi kacang
Acara imbang pundi kacang

Acara tarik bola dengan gelung

Tahun 2

  • Anak Gorila
  • Soccer Star
Acara Soccer Star

Acara Anak Gorila
  

Tahun 3

  • Pergi dan balik
  • Passing Dril


Acara Passing Dril

Acara Pergi dan Balik

Sukantara yang bermula pada hari Isnin. Antara guru yang bertugas di padang. 


Murid-murid seronok kerana berjaya menamatkan larian. 

Walaupun cuaca agak panas namun semua guru dan murid bersemangat meneruskan tugas dan larian. 


Pada hari Jumaat pula, telah berlangsung dengan jayanya pertandingan Sukaneka tahun 2023. Berikut merupakan gambar-gambar semasa pertandingan dijalankan.

Barisan hakim yang bertugas mengadili pertandingan Sukaneka.


Puan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG membunyikan hon simbolik pertandingan telah bermula.


Guru rumah sukan mengedarkan roti kepada semua murid. 

Pihak sekolah juga menyediakan air bagi kesemua murid. 


Alhamdulillah.

Rumah Jebat

Rumah Lekir

Rumah Tuah

Rumah Kasturi

Rumah Lekiu

Syukur Alhamdulillah kerana tiada sebarang kemalangan, kecederaan yang serius berlaku kepada murid-murid sepanjang minggu. 


Laporan disediakan oleh:
Nazahiyah Ab Rahman

No comments:

Post a Comment