Friday, October 20, 2023

Laporan Bulan Pusat Sumber (Minggu Ke-3)

Tarikh pelaksanaan : 16 Oktober- 20 Oktober 2023

Bulan Pusat Sumber SKTPP diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah sebagai pengisiannya. Persiapan sudut NILAM kelas dan Lawatan ke Pusat Sumber 'Dari Mata Turun ke Hati' terus dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

1. Sesi persekolahan: Sesi pagi

Minggu Ketiga Bulan Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana dimulakan dengan Pertandingan Hafazan: 'Gema Wahyu' (Terbuka Tahap 2). Pertandingan yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Arab SKTPP ini dijalankan di Musalla Raudatul Ilmi pada hari Isnin jam 8.00 pagi. Memori indah yang dirakam semasa pelaksanaan pertandingan ini adalah seperti berikut;

Poster Pertandingan 'Gema Wahyu'

Murid-murid tahap 2 yang menyertai Pertandingan 'Gema Wahyu'

Pertandingan Hafazan yang diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2023

Seterusnya, Lawatan ke Pusat Sumber: 'Dari Mata Turun ke Hati' diteruskan lagi untuk murid-murid tahap 2. Guru yang bertugas di Pusat Sumber akan memberi penerangan yang lebih mendalam tentang Pusat Sumber. Diharap agar murid-murid dapat mengumpul banyak informasi tentang Pusat Sumber hasil daripada program ini.


Selain itu, minggu ketiga Bulan Pusat Sumber disempurnakan lagi dengan aktiviti Pertandingan Membuat Batu Seremban daripada Bahan Terbuang: 'Lambung Tinggi' bawah kendalian Panitia Sains SKTPP. Pertandingan ini dijalankan pada 19 Oktober (Khamis). Antara foto-foto sebagai kenangan pelaksanaan aktiviti ini:













2.         Sesi persekolahan   :   Sesi Petang

Pembuka minggu ke-3 bagi Bulan Pusat Sumber adalah Pertandingan Hafazan : ‘Gema Wahyu’ (Terbuka Tahap 1).  Pertandingan ini telah dijalankan di Musalla Raudatul Ilmi pada jam 1.30 petang.  Berikut merupakan gambar-gambar sewaktu pertandingan berlangsung.

Hakim pertandingan, Ustaz Abdul Hafiz dan Ustazah Nor Azian
manakala Pengerusi Majlis, Ustazah Nor Saadah.

Senarai nama peserta
Pertandingan Hafazan Tahap 1

Peserta Lelaki Tahap 1

Peserta Perempuan Tahap 1

Hadirin yang memeriahkan suasana
pertandingan di Musalla Raudatul Ilmi.

Lawatan ke Pusat Sumber : ‘Dari Mata Turun Ke Hati’

Murid-murid telah dibawa ke Pusat Sumber Sekolah oleh guru matapelajaran yang terlibat untuk melihat sendiri keadaan dan suasana di Pusat Sumber.  Di Pusat Sumber pula, guru yang bertugas akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang setiap sudut dan bahan bacaan yang terdapat di sana.

Kelas 3 Rajawali

Kelas 3 Merak

Kuiz Harian : ‘Pukul Berapa Datuk Harimau Datang?’

Kuiz tersebut telah dijalankan di Dewan Perdana selepas waktu rehat.  Soalan-soalan kuiz yang ditanya oleh Cikgu Amalina adalah tentang Pusat Sumber dan perihal sekolah.  Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan.  Hanya murid yang terpantas mengangkat tangan dan menjawab soalan dengan jawapan yang tepat sahaja akan diberikan hadiah.  Syabas diucapkan kepada semua pemenang kuiz harian.



Pertandingan Literasi Maklumat : ‘Diam-Diam Tikus, Kucing Sedang Mencari’

Pertandingan ini telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah pada Jumaat, 20 Oktober 2023 oleh Cikgu Amalina dan Cikgu Nur Malisha.  Seramai 20 orang murid Tahun 3 telah mendaftar untuk memasuki pertandingan ini.  Murid-murid diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.  Pertandingan literasi maklumat ini adalah mengenai Pusat Sumber Sekolah, informasi Bulan Pusat Sumber dan sekolah serta pengetahuan am.




Laporan blog disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail dan Maizara binti Mahat
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber SKTPP Tahun 2023

No comments:

Post a Comment