Friday, October 6, 2023

Laporan Bulan Pusat Sumber Sekolah (Minggu 1)

Tarikh pelaksanaan  :  2 Oktober - 6 Oktober 2023

1. Sesi persekolahan    :  Sesi Pagi

Alhamdulillah... jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dijalankan pada minggu pertama Bulan Pusat Sumber Sekolah dapat direalisasikan dengan sempurna.

Bingkisan memori yang dirakam pada minggu pertama Bulan Pusat Sumber adalah seperti berikut:

Bengkel Melukis Kartun yang diadakan di Dewan Perdana SKTPP

Lawatan ke Ujana Ilmu - 'Dari Mata Turun ke Hati'

Diharap agar murid-murid SKTPP sentiasa menjejakkan kaki ke Pusat Sumber Sekolah. Galilah seberapa ilmu di sini dan gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin.

Jom Beli Buku; Murid-murid PPKI sangat gembira membeli buku

Book Truck yang berada dalam kawasan sekolah sepanjang minggu, mulai 3/10/2023 (Selasa) hingga 6/10/2023 (Jumaat)

2. Sesi persekolahan    :  Sesi Petang

Berikut dikongsikan foto-foto yang diambil sepanjang minggu pertama Bulan Pusat Sumber sesi petang:

Jualan sesi petang bermula jam 1.00 petang di Dewan Putra.



Murid-murid begitu teruja untuk membeli buku pilihan hati masing-masing.


Antara hasil pembelian buku yang turut dikongsikan oleh pembeli.

Aktiviti Prasekolah ~ Pra Orkid dan Pra Tanjung

Murid-murid prasekolah dibimbing untuk melakukan aktiviti menghias kulit buku. Mereka telah dibimbing oleh guru-guru prasekolah iaitu Puan Azizah binti Ab Hamid dan Puan Saliza binti Mohd Osman.  Hasil kreativiti murid-murid prasekolah seperti di bawah.






Aktiviti Tahun 1 : 'Tampannya Hamba'

Pertandingan mewarna dan melabel pakaian rasmi sekolah.  Aktiviti ini adalah kolaborasi Pusat Sumber dan Panitia Seni Visual.

Kelas 1 Jersey

Kelas 1 Lycra

Kelas 1 Organza

Kelas 1 Polyester

Kelas 1 Rayon

Kelas 1 Satin

Kelas 1 Viscose


Aktiviti Lawatan ke Pusat Sumber : 'Dari Mata Turun Ke Hati'

Murid-murid telah dibawa ke Pusat Sumber Sekolah oleh guru matapelajaran yang terlibat untuk melihat sendiri keadaan dan suasana di Pusat Sumber.  Di Pusat Sumber pula, guru yang bertugas akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang setiap sudut dan bahan bacaan yang terdapat di sana.

Murid-murid kelas 1 Rayon mendengar penerangan oleh Cikgu Amalina.

Kelihatan murid-murid 1 Viscose terpesona dengan keadaan di Pusat Sumber.

Aktiviti membaca di dalam kelas : 'Jom Teroka 10 minit'

Aktiviti ini pula dijalankan di dalam kelas masing-masing selama 10 minit.  Setiap guru matapelajaran meluangkan masa bersama murid-murid untuk membaca apa jua jenis buku yang terdapat di dalam kelas tersebut.  Antara gambar kenangan yang dikongsikan oleh guru-guru.









Setakat ini dahulu perkongsian minggu pertama bagi Bulan Pusat Sumber Sekolah.  

Laporan blog  disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail dan Maizara binti Mahat
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber SKTPP Tahun 2023.

No comments:

Post a Comment