Saturday, September 30, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Petang)

Tarikh : 25 – 29 September 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan A

Senarai Guru Bertugas

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Barisan guru bertugas minggu ini

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tema Warna Pakaian : Hitam

Pengacara Majlis : Puan Norhana binti Nordin

Masa : 1.00 - 1.30 petang

Aturcara :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

2. Bacaan doa diketuai oleh pengawas bertugas iaitu adik Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham dari Kelas 3 Tempua.

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Norhana binti Nordin selaku Pengacara Majlis pada hari ini.


4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zaquan bin Sarifuddin dari kelas 3 Tempua.


5. Laporan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Puan Nur Malisha binti Omar. Antara perkara yang dilaporkan ialah:

  • Murid-murid diingatkan agar tidak hadir lewat ke sekolah. Murid perlu hadir sebelum pukul 1.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis.
  • Pada hari Jumaat, murid yang datang awal perlu duduk dengan tertib di dewan. Murid dilarang bermain dan berlari-lari untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
  • Murid-murid ditegur agar tidak mengambil sikap sambal lewa terhadap pesanan guru. Semua pesanan haruslah disemat di dalam hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.


6. Ucapan guru bertugas, Puan Norhana binti Nordin selaku pengacara majlis perhimpunan:

  • Puan Norhana memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
  • Beliau menyentuh tentang tema ucapan pada minggu ini iaitu “berfikiran positif”.
  • Murid yang berfikiran positif akan hadir ke sekolah dengan bersemangat untuk mendapatkan ilmu.
  • Apabila berfikiran positif, ia akan dizahirkan dengan tingkah laku yang baik seperti rajin belajar dan fokus dengan pembelajaran di dalam kelas.
  • Mulai hari ini, murid hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk hadir ke sekolah kerana tingkah laku yang baik berasal dari fikiran yang positif.


7. Puan Norhana memperkenalkan perkataan LAWAD:
  • Bahasa Melayu : Fikiran positif = fikiran yang baik
  • Bahasa Inggeris : Hall = dewan
  • Bahasa Arab : Muallimun/muallimah = guru


Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini    

Kehadiran murid di Pintu A

Kehadiran murid di Pintu B

Murid ceria dan bersemangat hadir ke sekolah

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menyambut kehadiran rakan-rakan

Barisan guru bersama Penolong Kanan Petang semasa perhimpunan rasmi

Murid-murid khusyuk mendengar ucapan guru bertugas

Murid-murid berkumpul di dewan sebelum masuk ke kelas

Suasana waktu pulang sekolah

Disediakan oleh;
Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment