Saturday, September 30, 2023

Program Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Sesi Petang

Mata Pelajaran Jawi diajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam Kurikulum baru Sekolah rendah sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sejak tempoh itu, penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2015 mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kem Cemerlang Jawi (KCJ) merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis tulisan Jawi dengan sempurna.

Kem Cemerlang Jawi ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung,  membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup dan membaca dan menulis ayat pendek

Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik. 

Selaras dengan matlamat mencapai sasaran penguasaan 100% dalam Pelajaran Jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam Sekolah rendah dan Sekolah Menengah, seramai 180 orang murid Tahun 2 dan 3 yang dikenalpasti belum dapat menguasai kemahiran Jawi dengan baik telah dipilih untuk menyertai Kem Cemerlang Jawi Peringkat Sekolah dibawah kelolaan bersama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana.

Kem Cemerlang Jawi yang dilangsungkan bermula dari 25 September 2023 sehingga 29 September 2023 telah dilaksanakan semasa PdP Pendidikan Islam didalam kelas masing-masing.








Semoga dengan terlaksananya program ini, ia dapat membantu murid-murid mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan dan seterusnya kemahiran dan penguasaan jawi mereka dapat dipertingkatkan. 

Pautan Buku Program:
https://online.anyflip.com/ozibu/nfmo/mobile/index.html

Pautan Modul KCJ
https://anyflip.com/rzpho/idbx/


Disediakan oleh;
Nor Azian binti Ahmad





 



No comments:

Post a Comment