Friday, September 8, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Hari        : Isnin – Jumaat

Tarikh    : 4 – 8 September 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan D


Senarai Nama Guru Bertugas:

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah bint Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Wan Mahani binti Wan Hashim

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

 

Alhamdulillah, pembukaan sekolah untuk minggu ke-22 persekolahan selepas Cuti Penggal 2 telah berlalu dengan lancar. Berikut laporan sepanjang minggu;

1) Perhimpunan rasmi hari Isnin dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya serta ikrar Sekolah. Pengerusi majlis pada hari ini ialah Puan Wan Mahani binti Wan Hashim.

2) Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman;

- Guru sering memberi peringatan tentang sampah sarap yang ditinggalkan oleh murid-murid, namun kejadian ini masih lagi berlaku terutama selepas rehat. Selesai makan dan minum, murid hendaklah memastikan sampah dari bekas makanan dan minuman dapat dibuang ke dalam tong sampah. Maka besarlah harapan supaya murid dapat mendengar nasihat dan arahan daripada guru-guru supaya ianya menjadi amalan seterusnya menjadikan sekolah kita bersih dan kemas.

3) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

4) Tema ucapan hari ini ialah jimat cermat. Berjimat cermat bermaksud berhemat-hemat atau berhati-hati. Ia juga merupakan amalan mulia yang mesti diamalkan setiap murid terutama dalam menguruskan duit belanja. Murid-murid hendaklah menggunakan duit secara berhemat dengan membeli makanan yang berkhasiat atau barangan yang bermanfaat. Jika kita membeli makanan yang tidak berkhasiat, perbuatan ini umpama telah membazirkan duit serta boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita. Jadi kita mestilah bijak dan berjimat cermat dalam menguruskan duit.

5) Perkataan LAWAD:-

Bahasa Melayu: mencanai= menggelek

Bahasa Inggeris: clap= tepuk

Bahasa Arab: ‘ainun= mata

6) Penyampaian hadiah 3S (Senyum, Salam, Sapa).

- Pn. Arzah binti Hussin mempengerusikan Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid yang terpilih dalam Program 3S.

7) Ucapan Guru Penolong Kanan Petang.

- Encik Naga Kannan menegaskan semula tentang isu sampah yang telah dilaporkan oleh guru bertugas minggu lepas. Sikap ambil ringan ini akan mempengaruhi persekitaran sekolah kita. Murid-murid perlu memastikan sampah masing-masing dibuang sendiri sekali gus menjadikan ia budaya sekolah kita.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang sesi persekolahan sesi petang minggu ini.

Pn. Wan Mahani selaku pengerusi majlis pada perhimpunan kali ini.

Bacaan ikrar sekolah dipimpin pengawas yang bertugas

Murid-murid mengikut bacaan ikrar

Guru bertugas minggu ini

Penyampaian hadiah 3S oleh Pn Arzah

Penerima anugerah 3S 

Sesi perkenalan guru baharu, Encik Mohd Zulhadi

Kehadiran murid di pagar A

Kehadiran murid di pagar B

Murid berkumpul di dewan sebelum naik ke kelas

Terima kasih di atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini (Kumpulan D) bagi memastikan perjalanan sekolah dan disiplin murid terkawal. Berjumpa lagi pada minggu bertugas akan datang.


Disediakan oleh,

Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment