Monday, August 7, 2023

Majlis Pelancaran Program Kawanku Al-Quran


Tarikh : 07 Ogos 2023

Hari : Isnin

Pautan Buku Program :https://online.anyflip.com/ozibu/nvny/mobile/index.html

Pengenalan :

Program Kawanku Al-Quran merupakan satu program yang dirancang untuk memperkasakan dan memantapkan tahap bacaan Iqra' dan Al-Quran bagi murid-murid SK Taman Putra Perdana. Bagi mencapai sasaran tersebut, murid-murid yang lemah penguasaan bacaan Iqra' dan bacaan iqra' bawah daripada Iqra' 4 telah dikenalpasti untuk diberi penekanan dan perhatian yang sebaiknya. Ia membolehkan murid yang terlibat secara langsung dalam program J-Qaf dapat menguasai bacaan bagi membolehkan mereka membaca Al-Quran dengan baik. Seterusnya dapat memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu murid-murid berjaya khatamkan Al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Objektif

1. Memperkasakan mutu bacaan Iqra' dan Al-Quran dalam kalangan murid.

2. Memberikan penekanan kaedah talaqqi musyafahah yang mampu memotivasikan murid agar mencintai Al-Quran.

3. Mengurangkan bilangan murid tercicir dalam bacaan Al-Quran di sekolah.

4. Meningkatkan tahap bacaan Iqra' kepada tahap yang lebih tinggi seterusnya berjaya khatamkan Al- Quran.

5. Merapatkan hubungan antara murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh Muhammad Imaduddin dan Muhammad Ashraf Hakimi

Pengacara majlis Ustaz Syed Farhan bin Syed Abdullah

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

 
       
Bergambar semasa perasmian Program Kawanku Al-Quran

                                

Taklimat mentor mentee oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

        Mudah-mudahan dengan adanya program seumpama ini dapat menjadikan murid-murid SK Taman Putra Perdana lebih mencintai Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh :
Mas Ayu binti Arifin

No comments:

Post a Comment