Friday, August 25, 2023

Pelancaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) : Ketrampilan Bakat Cilik


PELANCARAN : 25 OGOS 2023  (JUMAAT)        

MASA : 8:00 PAGI (SESI PAGI)

                2:30 PETANG (SESI PETANG)

TEMPAT : DEWAN PERDANA

PERASMI : PUAN HAJAH ROHAIDAH BINTI MOHD ALI (GURU BESAR SKTPP)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.  Melalui TS25 diharapkan berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokan
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Rasional bagi Program TS25 ini adalah untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025 :

  • Menetapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan kualiti guru
  • Mengukuhkan pelibatan PIBG dan komuniti demi murid

JUSFIKASI

  • Mengaplikasi konsep dan amalan pdpc terbaik dalam kalangan guru abad ke-21.
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang berkomprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan menerusi amalan Professional Learning Communities (PLC)
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dan kondusif supaya melahirkan modal insan yang seimbang.

PERSEMBAHAN MURID:

  • Bicara Berirama (Panitia BM)
  • Choral Speaking (Panitia BI)
  • Fenomena Gurung Berapi (Panitia Matematik/Sains)
  • Tilawah (Panitia Agama Islam)
  • Kalam Arabi (Panitia Bahasa Arab)
Buku Program


No comments:

Post a Comment