Friday, August 4, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-18 (Sesi Petang)

Tarikh : 31 Julai 2023 - 4 Ogos 2023

Hari    : Isnin - Jumaat

Senarai Guru Bertugas Kumpulan F

1. Rusmami bin Rusli (K)

2. Ahmad Junaidi bin Abdullah

3. Nor Azuad bin Md. Yusof

4. Norhidayu bt Sadri

5. Nur Malisha binti Omar

6. Siti Aisah binti Hanafi

7. Nurazlin binti Mat Nor

8. Nor Maziah binti Hj Abd Malek

9. Shanthini Sree a/p Mathialathan

Barisan para guru bertugas sepanjang minggu ini

Suasana sepanjang perhimpunan rasmi.

Hari: Isnin

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Tema Warna Pakaian: Kuning

Tajuk: Bertolak Ansur

Masa: 1.00 petang hingga 1.30 petang

Bacaan doa 

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya

Bacaan Ikrar Murid 
           

Pengerusi majlis menyampaikan ucapan

Antara isi penting dalam ucapan Cikgu Nurazlin ialah murid-murid diingatkan agar sentiasa bertolak ansur semasa turun dan naik tangga semasa rehat atau setelah tamat waktu persekolahan. Hal ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti terjatuh dan cedera daripada berlaku.

Cikgu Aizil selaku penyampai laporan guru bertugas minggu lepas

Berikut laporan guru bertugas pada minggu lepas..



Encik Naga, GPK Petang memberikan ucapan

Berikut ialah pesanan dalam ucapan beliau,
  1. Tidak dibenarkan murid berkeliaran di merata tempat sewaktu sesi pembelajaran.
  2. Masalah kehilangan kasut meningkat. Murid dinasihatkan supaya menyimpan kasut di rak semasa ke bilik-bilik khas atau surau. Nama sebaik-baiknya ditulis pada kasut.
Seterusnya, majlis perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan bagi dua orang murid yang telah menjadi johan dalam pertandingan Kejohanan Kriket Kategori U12 MSSD Sepang.

Adik Khairul Nazim, 3 Kasawari

Adik Muhammad Daiyan, 3 Merpati

Tahniah!


Dengan berakhirnya penyampaian sijil penghargaan itu maka perhimpunan rasmi pun berakhir dan sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa dalam keadaan terkawal sepanjang minggu ini. Syukur.

Berikut ialah rakaman video pergerakan murid dan guru bertugas sesi petang yang sempat dirakam.


Sekian.


Disediakan oleh: Siti Aisah binti Hanafi

No comments:

Post a Comment