Friday, August 25, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-21 (Sesi Pagi)

Tarikh: 21 - 25 Ogos 2023

Kumpulan Bertugas: Kumpulan C

Senarai Guru Bertugas Kumpulan C:

1. Puan Mazzaini binti Muda

2. Encik Ahmad Musrizuan binti Daud

3. Encik Syed Farhan bin Syed Abdullah

4. Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar

5. Encik Muhammad Afiq bin Azli

6. Puan Rosmizawati binti Yusub

7. Puan Faridatul Akmal binti Ismail

8. Puan Junaidah binti Rus

9. Puan Jamunarani Bhojan Rajan

10. Puan Nur Murni binti Abdullah

11. Puan Siti Fatimah binti Wan Yaacob

12. Puan Nurul Iman binti Illyas

Guru bertugas minggu ini
Guru bertugas minggu ini

Perhimpunan Rasmi

1) Nyanyian Lagu 
Pengacara majlis bertugas iaitu Wan Aisha binti Wan Muhammad Farest daripada kelas 5 Solaris telah mengendalikan perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Seterusnya, guru dan murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Nyanyian lagu-lagu ini dipimpin oleh konduktor muzik, Orked Amani binti Mohd Radzuan daripada kelas 6 Oppo. 

2) Bacaan Doa
Setelah selesai nyanyian lagu, perhimpunan diteruskan lagi dengan sesi bacaan doa. Bacaan doa ini telah dipimpin oleh Aqil Iqram bin Ahmad Shafaizal juga daripada kelas 5 Solaris. 

3) Bacaan Ikrar
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya telah dipimpin oleh Puan Rosmizawati binti Yusub. Manakala, ikrar murid pula telah dipimpin oleh Andrea Ezzahiera binti Afizul Izham daripada kelas 6 Vivo.

4) Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim telah menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas. Antara pesanan yang turut disampaikan dalam laporan tersebut ialah: 
  1. Murid perlulah mematuhi peraturan di dalam kelas terutamanya semasa pertukaran guru subjek.

  2. Murid hendaklah menjaga kebersihan kelas supaya dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

  3. Murid diingatkan untuk tidak berlari semasa menaiki dan menuruni tangga. 
5) Ucapan Guru Bertugas
Perhimpunan rasmi diteruskan lagi dengan ucapan daripada guru bertugas pada minggu ini iaitu Puan Rosmizawati binti Yusub. Tema ucapan yang disampaikan adalah berjimat-cermat. 

Pepatah Melayu ada menyatakan, 'cermat semasa banyak, jimat semasa sikit'. Manakala, definisi berjimat cermat sebagaimana dijelaskan dalam Kamus Dewan,  ialah berhemat-hemat, berhati-hati terutama dalam penggunaan wang dan lain-lain. Antara pengisian dalam ucapan tersebut adalah langkah untuk murid-murid mengamalkan sikap berjimat-cermat. Langkah-langkah berjimat cermat yang telah disarankan adalah:

1. Merancang perbelanjaan harian
  • Kita hendaklah merancang penggunaan wang saku yang diberikan oleh ibu dan bapa. Sekiranya perlu menghadiri sekolah agama setelah selesai sesi persekolahan, murid-murid dinasihatkan untuk bijak membahagikan jumlah wang saku yang telah diberikan tersebut agar cukup jumlahnya untuk digunakan di sekolah dan juga di sekolah agama. 

2. Mendahulukan keperluan daripada kemahuan
  • Kita tidak boleh bersikap boros. Seeloknya, kita hanya membeli sesuatu mengikut keperluan semasa. Sekiranya barang yang ingin digunakan sudah ada, kita bolehlah menggunakannya terlebih dahulu sehingga habis. Seterusnya, jika barang tersebut sudah rosak,  bolehlah kita membeli barang yang baharu. Kita juga tidak perlu terlalu mengikut cara berbelanja orang lain. Sewajarnya, kita membeli sesuatu barangan mengikut kemampuan diri sendiri.  Selain itu, kita tidak perlu memaksa atau mendesak ibu dan ayah sekiranya ingin membeli sesuatu barang yang harganya terlalu mahal. 

3. Membandingkan harga
  • Murid-murid dinasihatkan untuk membeli barangan di kedai atau pasaraya yang harganya lebih murah. Elakkan membeli barangan di kedai yang meletakkan harga barangan yang terlalu tinggi dan mahal kerana boleh menyumbang kepada pembaziran wang ringgit. 

4. Membawa bekalan makanan sendiri
  • Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah. Membawa bekal makanan dari rumah sememangnya lebih menjimatkan. Selain itu, makanan tersebut lebih sihat dan bernutrisi. Amalan membawa bekal makanan sendiri juga dapat membantu kita untuk menyimpan wang dengan lebih baik. 

5. Meminimakan penggunaan eletrik
  • Selain berjimat-cermat dalam berbelanja, murid-murid juga dinasihatkan untuk mengurangkan pembaziran aliran eletrik terutamanya semasa menggunakan baragan eletronik seperti kipas, telefon dan komputer. Oleh itu, murid-murid hendaklah memastikan suis dimatikan apabila tidak digunakan semasa di rumah atau di dalam kelas. 

6. Menabung
  • Akhir sekali, murid-murid turut dinasihatkan untuk membuat tabung simpanan di rumah. Sebagai contoh, wang saku yang tidak habis digunakan semasa di sekolah, bolehlah  dimasukkan ke dalam tabung tersebut. Tambahan pula, menabung adalah amalan yang mulia. 
6) Perkataan LAWAD
Ucapan guru bertugas pada minggu ini diakhiri dengan perkongsian perkataan LAWAD. 
  • Bahasa Melayu: Sukaneka (sukan yang pelbagai jenis)
  • Bahasa Inggeris: Stroll (bersiar-siar)
  • Bahasa Arab: Dabbabatun ( kereta kebal)
Berikut dikongsikan suasana persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu bertugas guru-guru Kumpulan C:

Pergerakan masuk murid sesi pagi di Gate A

Pergerakan pulang murid setelah selesai sesi persekolahan 

Murid berkumpul setelah rehat dan pergerakan murid turun dari kelas masing-masing 


Akhir sekali, terima kasih diucapkan buat semua guru khususnya guru-guru bertugas Kumpulan C atas kerjasama dan usaha yang telah diberikan sepanjang minggu ini. Semoga murid-murid terus bersemangat untuk hadir ke sekolah. 

Disediakan oleh,
Nur Murni binti Abdullah

No comments:

Post a Comment