Friday, August 18, 2023

Kem Bestari Solat SKTPP Fasa 1 Tahun 2023 (Sesi Pagi)

 Panitia Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan Program Kem Bestari Solat (KBS) Fasa 1 bagi tahun ini untuk semua murid Islam Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat dalam kalangan murid Islam. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut tahun sepanjang bulan Julai hingga Ogos 2023. 

Objektif KBS ialah :

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan.

3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.

4. Murid dapat mengetahui cara solat berjemaah dan solat Jenazah melalui amali yang dijalankan mengikut tahun.

5. Menanam sikap tanggungjawab sebagai seorang muslim yang wajib melaksanakan ibadah solat fardu dalam kehidupan seharian.

Dalam program Kem Bestari Solat terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan bagi menarik minat murid untuk menyertai program ini. Murid memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini dijalankan dari awal sehingga selesai program tersebut.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah :.

1. Penerangan guru mengenai wuduk dan solat secara Tayangan dan tunjuk cara.

2. Teori dan amali mengenai wuduk, Solat Fardu, Solat berjemaah dan Pengurusan Jenazah.

3. Latihan dalam kumpulan untuk menyemak bacaan solat setiap murid yang dibantu oleh guru dan fasilitator dalam kalangan murid tahun 6 yang mahir.

Pihak Panitia Pendidikan mengharapkan semua murid Islam dapat mengamalkan dan beristiqamah dalam melaksanakan ibadah Solat Fardu dan solat sunat lain dalam kehidupan seharian mereka.

Gambar-gambar di sepanjang program dijalankan :

Teori dan amali solat murid tahun 4
 
Latihan dalam kumpulan murid tahun 4

Latihan dalam kumpulan yang dibantu oleh fasilitator murid tahun 6 yang mahir.

Teori dan amali solat berjemaah murid tahun 5

Aktiviti Tahun 6 iaitu Pengurusan Jenazah


Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Mahadir bin Midun 

Murid menjamu selera roti dan air

Laporan disediakan oleh :
Nurzainon Binti Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment