Monday, August 21, 2023

Kejohanan Olahraga MSSD Sepang 2023

Sukan Olahraga MSSD Sepang telah berlangsung di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi. Pada 15 Ogos 2023 hingga 21 Ogos 2023. Sekolah kita menghantar 41 orang atlet dalam acara padang dan balapan. Sekolah kita juga menghantar atlet olahraga kategori  PPKI pada tempat yang sama, namun hari yang berbeza.

Sepanjang 5 hari kejohanan merupakan hari-hari yang sangat mendebarkan buat para atlet olahraga serta jurulatih dan guru pengiring. Setiap masa dan ketika kami menghitung mata, meramal dan berdoa. Walaupun pada ketika itu, cuaca tidak menentu namun panas terik terasa akan bahangnya. Disusuli hujan mencurah-curah membasahi bumi pada hari berikutnya.

Para atlet seluruh PPD Sepang berkampung dari pagi hingga ke petang bagi menjayakan Kejohanan Olahraga MSSD ini. Pelbagai cabaran dan ujian telah kami lalui. Sehinggakan kami terpaksa membuat perhitungan dan keputusan kerana salah seorang atlet kita terpaksa berkorban dengan melepaskan tiket penerbangan pulang ke Sabah, kampung halamannya kerana acaranya ditunda pada hari berikutnya.

Atas budi bicara ibu bapa murid ini serta jasa bakti guru-guru pengiring, murid ini dapat pulang ke Sabah beberapa hari kemudian. Para atlet kita dapat menimba pengalaman untuk bersaing, dan berentap di trek stadium tersebut. Terserlah akan semangat setia kawan & semangat juang mereka.  Sudah pasti segalanya berbaloi dengan kejayaan yang mereka kecapi.

                       
Olahragawan L4 - Aqriem Addin
Olahragawati P4 - Nur Dayana
Olahragawati P5 - Nuratia Falisya

Atas usaha gigih para atlet serta berkat doa semua kita berjaya memperoleh 11 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 gangsa. Secara rasminya sekolah kita; SK Taman putra Perdana telah dinobatkan Juara Keseluruhan MSSD Sepang 2023 dan dapat mengekalkan kejuaraan tersebut 2 tahun berturut-turut.

Pagi… kubawa piala pusingan itu. Petang... kubawa semula piala pusingan itu.



BIL

PENCAPAIAN

ACARA

NAMA

 

1

 

NO 1

PINGAT EMAS

 

(11 EMAS)

 

1. LONTAR PELURU (P5)

 

2. LOMPAT TINGGI (L5)

 

3. 100 M (P5)

REKOD BARU

 

4.  LOMPAT JAUH (P5)

 

5. LOMPAT TINGGI (L4)

REKOD BARU

 

 

6. 4 X 100 M (P5)

REKOD BARU

 

 

 

 

 

7. 4 X 100 M (P4)

REKOD BARU

 

 

 

 

8. 200 M (P5)

REKOD BARU

 

9. 200 M (P4)

REKOD BARU

 

 

10. 4 X 200 M (P5)

REKOD BARU

 

 

 

11. 4 X 200 M (P4)

REKOD BARU

 

 

 

NUR ALYA SOFEA BINTI MOHAMMAD RADHI

 

MUHAMMAD ZA’IM ZAYYAD BIN M ZAI ABIDIN

 

NURATIA FALISHA BINTI MOHAMAD NAZRUL NAZIB

 

 

IVY ARRABELLA

 

MUHAMMAD AQRIEM ADDIN BIN LATIP

 

 

 

NURATIA FALISHA BINTI MOHAMAD NAZRUL NASIB

SITI ALIYA BINTI MUHAMAD SUHAIZI

NUR FARISYA BALQIS BINTI ABDULLAH

AIRA BATRISYA BINTI ZAMHARIZAT

 

 

 

NUR DAYANA QAMELIA BINTI NASROL NIZAM

NURUL HEZLYN UMAIRAH BINTI MAT YAMIN

NUR HAWANI BINTI JAMIL

NUR ANNISA FAIHA BINTI MOHAMMAD SHAHRIL

 

 

NURATIA FALISHA BINTI MOHAMAD NAZRUL NAZIB

 

 

NUR DAYANA QAMELIA BINTI NASROL NIZAM

 

 

 

NURATIA FALISHA BINTI MOHAMAD NAZRUL NAZIB

AIRA BATRISYA BINTI ZAMHARIZAT

NUR FARISYA BALQIS BINTI ABDULLAH

SITI ALIYA BINTI MUHAMAD SUHAIZI

 

NUR DAYANA QAMELIA BINTI NASROL NIZAM

NURUL HEZLYN UMAIRAH BINTI MAT YAMIN

NUR QASEH BINTI MOHD FAHMI

NUR ANNISA FAIHA BINTI MOHAMMAD SHAHRIL

BIL

PENCAPAIAN

ACARA

NAMA

 

2.

 

 

NO 2

PINGAT PERAK

 

(4 PERAK)

 

 

1.100 M (P4)

 

2.LOMPAT JAUH (P4)

 

 

3. 200 M (P4)

 

4. 4 X 200M (L5)

 

 

 

 

 

 

NUR DAYANA QAMELIA BINTI NASROL NIZAM

 

NURUL HEZLYN UMAIRAH BINTI MAT YAMIN

 

 

NURUL HEZLYN UMAIRAH BINTI MAT YAMIN

 

MUHAMMAD MUAZ BIN MUHAMMAD ROMIZAN

MUHAMMAD IZZUL  IMAN BIN RULHAFIZAM

MUHAMMAD ADAM QASHRI BIN MOHD HAFIZIE

MUHAMMAD AKMAL MUZAFFAR BIN AZIZUL

 

3.

 

NO 3

PINGAT GANGSA

 

(1 GANGSA)

 

 

ACARA TERBUKA

1200 M (P)

 

IVY ARRABELLA

 

 

4.

NO 4 (1 MATA)

100 M (P5)

SITI ALIYA BINTI MUHAMMAD SUHAIZI

 

5.

 

 

OLAHRAGAWATI

KATEGORI P5

 

 

NURATIA FALISHA BINTI MOHAMAD NAZRUL NAZIB

 

6.

OLAHRAGAWATI

KATEGORI P4

 

 

NUR DAYANA QAMELIA BINTI NASROL NIZAM

 

7.

OLAHRAGAWAN

KATEGORI L4

 

 

MUHAMMAD AQRIEM ADDIN BIN LATIP

 

8.

 

JOHAN KESELURUHAN

MSSD SEPANG

 

 

 

 

SK TAMAN PUTRA PERDANA

 

 

 

JUMLAH MATA

70 MATA

No comments:

Post a Comment