Wednesday, February 8, 2023

Majlis Graduasi Kali Ke-11 & Jamuan Perpisahan "Sulaman Kasih, Seluhur Budi" Tahun 6 Sesi 2022/2023

Alhamdulillah, seluruh warga SK Taman Putra Perdana merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Majlis Graduasi Kali Ke-11 & Jamuan Perpisahan "Sulaman Kasih, Seluhur Budi" Tahun 6 telah selamat disempurnakan. Murid-murid Tahun 6 pada tahun ini merupakan Kohort Cendekiawan Islam iaitu Ibnu Thufail, Ibnu Sina, Ibnu Qayyim, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta, Ibnu Bajjah, Al Khawarizmi, Al Farabi dan Al Biruni. 

Majlis Graduasi yang gilang-gemilang dengan bertemakan 'Batik' ini telah diterajui oleh barisan guru Tahun 6, diketuai oleh Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar yang juga merupakan Penyelaras Tahun 6. Kerjasama yang padu daripada semua guru SK Taman Putra Perdana dan barisan AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menambahkan lagi majlis ini dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan meriah. 

Majlis ini merupakan upacara berakhirnya pembelajaran murid Tahun 6 di sekolah rendah. Tibalah masanya semua murid Tahun 6 akan meninggalkan alam sekolah rendah dan akan memasuki alam sekolah menengah. Bukan bermakna pembelajaran mereka terhenti di sini. Sesungguhnya perjalanan mereka masih jauh. Kehidupan adalah satu perjuangan dan penerokaan. Perjuangan untuk mandiri dan penerokaan ilmu pengetahuan secara berterusan supaya kemandirian itu teguh asasnya. Kata Allahyarham profesor Hamka, "Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia". Maka, penerokaan ilmu pengetahuan yang tiada noktahnya itu adalah satu kewajipan. 

Dengan restu ibu bapa dan keluarga serta barakah ilmu daripada guru-guru Tahun 1 hingga kini, semoga murid-murid Kohort Cendekiawan Islam akan menjalani hidup yang penuh keberkatan sebagai anak yang soleh dan solehah serta menjadi insan ynag tahu bersyukur dan membalas budi. 

Maklumat berkaitan Majlis Graduasi:

Objektif:

1. Sebagai salah satu cara meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah.

2. Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas.

3. Memberikan pengalaman dan kenangan buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan sekolah rendah.

4. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan.

5. Merapatkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan PIBG.

6. Jamuan perpisahan sebagai majlis kenang-kenangan sepanjang berada di sekolah rendah. 

Pautan Buku Program, sila klik gambar di bawah


Kad jemputan khas buat semua guru dan staf sokongan SK Taman Putra Perdana:


Berikut merupakan gambar-gambar dan video yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung:

Buku Program disediakan oleh Pn Nur Zakiah binti Md Diat

Taklimat sebelum Majlis Graduasi oleh Pn Noriza binti Md Nor (Ketua Pengurus Peserta)

Mentor Juruacara: En Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah dan Cik Roslinda binti Mansor
Juruacara: Adik Ahmad Asyraaf Hakimi (5 Sony) dan Adik Nur Syaza Iwani (5 Samsung)

Bacaan Doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Ucapan Wakil Murid Tahun 6 : Adik Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail)

Ucapan Penyelaras Tahun 6: Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar

Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Cenderamata khas untuk murid Tahun 6

Penyampaian Papan Kohort Cendekiawan Islam oleh Ketua Murid, Muhammad Adam Syaqir bin Mohd Hafiz (6 Ibnu Thufail) kepada Puan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali



Penyampaian sijil kepada murid-murid Tahun 6

Penyampaian sijil kepada murid-murid Tahun 6

Penyampaian sijil kepada murid-murid Tahun 6

Bergambar kenangan AJK Pelaksana Majlis Graduasi bersama barisan pentadbir, YDP & NYDP PIBG

Kelas 6 Ibnu Sina

Kelas 6 Ibnu Khaldun

Kelas 6 Ibnu Batutta

Kelas 6 Ibnu Bajjah

Kelas 6 Ibnu Qayyim

Kelas PPKI


Video Perarakan VVIP dan Simbolik Cendekiawan Islam menuju ke Dewan Perdana:

Video Persembahan Tarian Sambut Tamu di bawah pimpinan Pn Norazian binti Mat Anuar dan Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson

Video Persembahan Deklamasi Sajak oleh Adik Nur Izzah Badrina binti Reki (6 Ibnu Qayyim), di bawah bimbingan Pn Astina binti Mahad Nor

Video Persembahan Nasyid Medley, 'Terima kasih atas segalanya dan sebuah pertemuan' di bawah bimbingan Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som, Ustazah Umi Nazrah binti Saharoni dan Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib.


Video Persembahan Nyanyian Berduet oleh Adik Muhammad Hakeem Rizki bin Norazmi (6 Ibnu Qayyim) dan Adik Aura Batrisya binti Zainudin (5 Nokia) 

Video Persembahan Koir 'Easy On Me' di bawah bimbingan  En Wan Faizol bin Wan Mat

Video Persembahan Nyanyian Solo oleh Adik Muhammad Hakeem Rizki bin Norazmi (6 Ibnu Qayyim), di bawah bimbingan Pn Rosmizawati binti Yusub


Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Taman Putra Perdana, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan semua murid dalam menjayakan Majlis Graduasi Kali Ke-11 & Jamuan Perpisahan "Sulaman Kasih, Seluhur Budi" Tahun 6 Sesi 2022/2023 ini. Semoga majlis yang gilang-gemilang ini akan menjadi kenangan yang terindah buat kita semua khususnya murid-murid Tahun 6. 

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment