Monday, October 18, 2021

5 Tips Elak Ketagih Gadget

 Assalamualaikum dan salam inspirasi. Apa khabar anak-anak didik yang disayangi. Semoga tenang di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid. Hari ini cikgu ingin berkongsi maklumat mengenai tips elak ketagih gedget. Zaman sekarang merupakan zaman teknologi. Semua orang harus celik IT jika tidak mahu ketinggalan. Murid-murid zaman ini sejak dari lahir sudah terdedah dengan pelbagai jenis gadget elektronik seperti komputer, tablet, video games dan sebagainya. Namun kita perlu kawal penggunaan gadget. Kerjasama daripada ibu bapa sangat perlu dalam hal mengawal penggunaan gadget supaya boleh mengelakkan anak-anak ketagih gadget. Adalah tidak bagus untuk anak-anak terlampau 'melekat' dengan gadget kerana ditakuti otak tidak berkembang malahan boleh meliputi kemahiran sosial, emosi, pembelajaran dan juga fizikal. Berikut merupakan video mengenai 5 Tips Elak ketagih Gadget. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.





#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Saturday, October 16, 2021

Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid Secara Dalam Talian 2021

Hari ini telah berlangsung satu program di bawah Unit Kokurikulum yang julung-julung kalinya diadakan di SKTTP secara atas talian iaitu Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid Secara Dalam Talian 2021. Sasaran peserta program ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4,5, 6 dan murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang telah dilantik atau bergelar pemimpin dalam organisasi bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penekanan tentang bidang tugas dan cara kendalian tugas yang telah diamanahkan. Ia juga bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah dilantik dalam organisasi Kokurikulum.

Melalui kursus yang diadakan ini, diharap peserta kursus dapat;

  • Mengetahui  dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, dedikasi dan  tanggungjawab.
  • Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan mempunyai jati diri yang  tinggi dan berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati
Sila klik gambar di bawah untuk dapatkan buku program dalam bentuk anyflip

Buku program

Poster program

Bagi mengikuti aktiviti yang dijalankan pada hari ini, berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai tontonan

Sesi pembukaan majlis oleh pengerusi majlis bertugas, Pn Nor Arzah dan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz

Perasmian Kursus oleh En Shahrizal bin Ya'am, GPK Kokurikulum SKTPP

Slot Ceramah Bidang Tugas dan Peranan Setiap AJK Kelab dan Persatuan oleh Ustaz Ahmad Zunaidi

Antara perkongsian gambar peserta yang sedang mengikuti kursus dari rumah masing-masing

Slot Ceramah Ciri-Ciri Pemimpin Yang Berketrampilan bersama Pn Norhayati @ Cikgu Yat

Sijil penghargaan untuk penceramah

Diakhir kursus juga peserta berpeluang untuk menjawab soalan kuiz secara dalam talian yang disediakan oleh pihak urusetia bagi mengukuhkan lagi pemahaman berkaitan ceramah yang disampai.Tahniah dan Syabas buat 6 peserta yang terpilih sebagai peserta aktif dan 10 peserta yang berjaya menjadi pemenang kuiz yang disediakan. Semua pemenang akan dihubungi untuk menerima hadiah dari pihak urusetia. 

Tahniah dan syabas kepada peserta aktif

Pemenang kuiz online
Bergambar kenangan di akhir kursus

Sila klik link berikutnya bagi mengikuti video penutupan Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid Tahun 2021. Klik disini

 Semoga program ini dapat mengasah dan menggilap bakat pemimpin- pemimpin muda ini dan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam menjalankan tanggunjawab yang diberikan. Maklumat lanjut berkaitan kursus ini boleh klik blog kokurikulum SKTPP 

Friday, October 15, 2021

Jom Belajar Bersyukur

                             

Salam ingatan tulus ikhlas untuk semua. Sempena hari Jumaat yang mulia lagi barakoh ini cikgu ingin bawakan kamu tentang konsep bersyukur. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memang memberi kesan kepada kita. Tapi ianya bukan bermakna satu pengakhiran untuk kita teruskan momentum menimba ilmu. Sebaliknya jadikan peristiwa ini sebagai satu penyuntik kepada rasa bersyukur dengan keadaan kita mahupun keadaan  orang sekeliling kita. Nota ini khas untuk kesayangan cikguπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Apabila diri mula bersyukur, akan lahirlah usaha 


"Happiness is a state of mind"
We Care We LoveπŸ’“

#staysafe
#staypositif

Wednesday, October 13, 2021

Melabel Rakan Dengan Bijak

Salam sayang khas buat anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik dan bahagia di samping keluarga tersayang. Maklumat yang ingin cikgu kongsi kepada murid sekalian adalah berkaitan dengan rakan. Memilih siapa rakan kita adalah satu perkara yang sangat penting kerana kawan-kawan merupakan panduan kita dalam kehidupan serta seseorang yang membantu menentukan siapa kita. Jika tersilap memilih kawan atau pengaruh kawan yang negatif, boleh merosakkan akhlak dan diri kita. Oleh itu, berhati-hatilah memilih rakan dan binalah hubungan yang sihat dengan rakan-rakan. Mari sama-sama kita tonton video di bawah mengenai:

1) Maksud rakan

2) Rakan sejati

3) Kepercayaan dan pengorbanan

4) Kawan secara dalam talian

5) Melabel rakan dengan bijak

6) Proses persahabatan

7) Memilih rakan yang betul

8) Tidak semua persahabatan perlu dipertahankan.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Tuesday, October 12, 2021

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Hi everyoneπŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“Salam inspirasi daripada cikgu buat semua murid yang diberikan kesempatan masa bagi melihat, membaca, menonton perkongsian ini. Tahniah cikgu ucapkan. Semoga ianya memberi manfaat kepada kamu dan juga orang-orang tersayang di sekeliling kamu.

Memiliki keluarga bahagia merupakan impian semua orang. Tidak ada seorang pun manusia yang normal, sihat tubuh badan dan pemikiran yang inginkan satu keluarga yang kucar kacir dan tidak harmoni. Untuk mendapatkan satu keluarga yang bahagia, perlulah mengamalkan sifat-sifat yang baik seperti bertolak ansur, amanah, bersangka baik dan memahami ahli keluarga tersebut. Gaya hidup yang sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni mampu membawa kebahagiaan kepada sesebuah keluarga itu. 

Berikut cikgu kongsikan ciri-ciri keluarga yang bahagia sebagai input tambahan kepada kamu. Semoga anak-anak murid yang cikgu sayangi dapat aplikasikan ilmu ini bagi menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga.



Jom cuba aktiviti pengukuhan ini...
sila klik πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

 πŸ˜I LoVe My Family πŸ˜

untuk mendapatkan maze chase game. 


"Hapiness is a state of mind"
We Care We LoveπŸ’“

#kiaskukenaldiriku
#staysafe

Monday, October 11, 2021

Jom Bijak Internet

Assalamualaikum, salam ceriaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒsalam bahagia untuk semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Pastinya di era globalisasi ini, penggunaan internet dalam kalangan anak-anak dan guru-guru SKTPP ini sudah tidak asing lagi dan menjadi wadah tatapan harian bermula dari membuka mata hinggalah menutup mata semula. 

Memang tidak dapat disangkal lagi, internet memberi banyak manfaat kepada kita. Pendek kata, internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Namun sebagai pengguna, kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini. Di sini cikgu kongsikan cara bijak bagaimana kita melayari internet dengan selamat.


Saksikan juga video berkaitan panduan keselamatan melayari internet di bawah



#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku

Saturday, October 9, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-33 (Sesi Petang)

Tarikh : 4 Oktober 2021 sehingga 8 Oktober 2021


Nama guru-guru bertugas :

1) En. Rusmami bin Rosli (K)

2) Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim (P)

3) Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin

4) Pn. Zabedah binti Othman

5) Cik Amalina binti Abd Hamid

6) Pn. Khairiah binti Razali

7) Pn. Salmi binti Adnan

8) Pn. Suziana binti Mohd Makhtar

9) En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim

10) Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP. Minggu ini merupakan minggu ke-33 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Seperti yang kita sedia maklum, situasi pandemik di negara kita masih lagi membimbangkan. Oleh itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih lagi diteruskan pada minggu ini untuk kesemua murid kecuali murid-murid PPKI yang telah mula bersekolah bermula 4 Oktober 2021. Diharapkan agar guru-guru dan murid-murid SKTPP masih bersemangat dan teruja untuk meneruskan sesi pembelajaran norma baharu ini. Begitu juga dengan ibu bapa, diharapkan masih kuat dan bersemangat menggembleng tenaga, usaha dan masa bersama-sama guru bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak.

Berikut merupakan gambar-gambar sesi PdPR dan hasil kerja murid sepanjang sesi PdPR sesi petang yang dijalankan minggu ini :

Kelas atas talian Bahasa Melayu bersama murid-murid tahun 1

Kuiz yang dilaksanakan secara atas talian

Kelas atas talian bersama murid pemulihan khas 

Hasil kerja murid-murid secara atas talian

Berikut pula merupakan rangkuman peristiwa dalam seminggu:

1) Pembukaan sekolah bagi murid-murid PPKI 

Tarikh : 4 Oktober 2021 hingga 8 Oktober 2021


2) Taklimat Pelaksaan Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi Daerah Sepang Tahun 2021

Tarikh: 5 Oktober 2021


3) Aktiviti Kokurikulum Sukan dan Permainan Online 2021

Tarikh : 9 Oktober 2021

Semoga kita semua kekal berada di rumah dan dijauhkan daripada virus Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Cik Nurul Hanani Binti Mohamad Kamal

Friday, October 8, 2021

Program Laurier MyPerintis ESG


Program Laurier MyPerintis ESG merupakan program awal remaja khas buat murid-murid perempuan Tahun 5, Tahun 6 dan PPKI. SK Taman Putra Perdana berasa sangat bertuah kerana program yang sangat menarik dan bermanfaat ini ditaja oleh Yayasan Perintis Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik murid-murid mengenai sebelum, semasa dan selepas haid. Semua peserta yang hadir akan menerima sijil penyertaan dan sample pad percuma. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Najla selaku wakil dari Yayasan Perintis Malaysia atas ilmu yang disampaikan kepada murid-murid SKTPP. Cik Najla juga ada memberi nota kepada semua peserta sebagai rujukan pada masa akan datang. Nota tersebut, sila klik di sini

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa program dialankan:

Pengacara majlis, Pn Juli

Penceramah, Cik Najla 

Tayangan video

Kehadiran peserta berjumlah 134 orang

Sayangi Diri

 Assalamualaikum anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Maklumat yang cikgu akan kongsikan pada hari ini ialah 'Sayangi Diri'. Kita perlu bersyukur kehadrat Illahi yang mencipta kita sebagai seorang manusia yang lahir di muka bumi ini. Tanpa kehendakNya, kita tidak akan wujud di bumi ini untuk merasai apa yang telah kita rasakan selama ini. 

Bagaimana kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah setelah kita dicipta olehNya di muka bumi ini? Jawapannya ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap yang ada pada diri kita sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Berikut merupakan tips sayangi diri. Semoga bermanfaat. 


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Thursday, October 7, 2021

Follow Your Dreams

IMPIAN memberi definisi sesuatu yang benar-benar kita inginkan. Suatu hasrat yang kita inginkan dan ingin kita raih. Impian adalah permulaan bagi cita-cita. Setiap orang mempunyai target dalam hidupnya untuk membahagiakan diri sendiri dan orang sekitarnya. Bagi mencapai apa yang diimpikan seseorang itu perlu bekerja keras dalam meraih apa yang diinginkan. Itulah impian.

Anak-anak sekalian, impian sebenarnya bermula dari hal yang kecil misalnya “suatu hari aku nak miliki sebuah basikal yang mahal” atau “aku ingin jadi seorang yang pintar”. Impian-impian yang kecil ini akan berkembang menjadi besar apabila seseorang itu berusaha atau bekerja keras. Dengan impian juga kamu akan lebih terdorong dengan sendirinya untuk lebih bersemangat dalam kehidupan.

Jika kamu ada impian..... teruskan untuk meneroka impian tersebut. Sebarang perkongsian boleh hubungi guru-guru bimbingan anda. Kami sedia mendengar dan membantu dalam merealisasikan impian anda. Baiklah, cikgu tinggalkan kamu dengan ayat motivasi supaya hidup berpaksikan impian.



...Follow Your Dreams...
Apabila tersedar bahawa kamu ada impian
Nikmati masa yang kamu ada untuk menerokainya
Bayangkan saja apa yang kamu mahukan
Ketahui bagaimana kamu memahami impian kamu dengan baik
Inilah masanya untuk berusaha
Walaupun kamu harus menghadapi banyak cabaran
Tabahkan diri..
Nantikan suatu hari ada sinarnya di mana
Impian kamu benar-benar menjadi kenyataan
Percayalah pada diri sendiri bahawa KAMU BOLEH MELAKUKANNYA!



"Happiness is a state of mind"
We Care We LoveπŸ’“

#kiaskukenaldiriku
#staysafe
#staypositive

Wednesday, October 6, 2021

Sijil & Hadiah Pemenang Program Pintar dari AADK

Guru Besar & PK HEM bersama Cikgu Juli menerima sijil-sijil Program Pintar dan hadiah pemenang kuiz kahoot daripada pihak AADK. Tahniah Kihara atas kejayaan! Terima kasih AADK. SKTPP Benci DadahπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘Ž




Sijil-sijil penyertaan untuk murid-murid yang menyertai Program Pintar AADK yang lalu

Syabas Kihara!

Hari Ketiga Pembukaan Sekolah

Hari ini sudah hari ketiga sekolah dibuka khas untuk murid berkeperluan khas (MBK). Murid-murid PPKI sudah semakin berani, matang & berdisiplin dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Tahniah buat guru-guru dan PPM yang sentiasa komited!


5 Sifat Sahabat Yang Harus Dihargai

Assalamualaikum, salam ceriaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ, salam inspirasi untuk semua

Hari ini cikgu nak kongsikan tentang orang yang kita suka jumpa terutama bila kita hadir ke sekolah iaitu sahabat. Sebagai makhluk ciptaan Allah yang normal, kita memerlukan manusia lain dalam hidup kita untuk berbicara atau berkongsi cerita disaat suka dan duka. Sesiapa sahaja boleh menjadi sahabat kita. Tetapi jika kita mahu mendapat sahabat yang baik, kita juga harus menjadi sahabat yang baik juga.

Jom!!! sama-sama kita belajar tentang 5 sifat sahabat yang harus dihargai seperti dalam info di bawah. Semoga melalui amalan sifat-sifat sahabat yang cikgu kongsikan ini dapat melatih dan mendidik anak-anak menjadi sahabat yang terbaik dan disayangi ramai.



#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku

Tuesday, October 5, 2021

Minggu Matematik "Math Is Fun" SKTPP

Sejajar dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu "Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti", Panitia Matematik SK Taman Putra Perdana mengambil inisiatif mengadakan Minggu Matematik dengan bertemakan "Math is Fun".

Minggu Matematik ini diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati matapelajaran Matematik terutamaya dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada waktu ini.

Minggu Matematik ini telah diadakah pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 selama 2 minggu. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku guru besar SK Taman Putra Perdana. Bertemakan "Math is Fun" pelbagai aktiviti telah dirancang mengikut tahun melibatkan murid aliran perdana Tahun 1 - 6, Pemulihan Khas dan PPKI.

Boleh tonton video pelancaran dan Aktiviti Minggu Matematik di pautan gambar di bawah.


Aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam program Panitia Matematik SKTPP boleh dilihat dalam jadual di bawah;



Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan selama 2 minggu ini.
1. Hebahan program di dalam group sekolah dan kelas



 2. Aktiviti murid Tahun 1 (Kenali Nombor)




 3. Aktiviti murid Tahun 2 (Bijak Sifir)





 4. Aktiviti murid Tahun 2 dan 3 (Pemulihan Khas) (Kuiz Geng 10)





 5. Aktiviti murid Tahun 3 (Bijak Fakta)





 6. Aktiviti murid Tahun 4 (Kuiz Matematik)






 7. Aktiviti murid Tahun 5 (Uji Minda)






 8. Aktiviti murid Tahun 6 (Infografik Digital)





 9. Aktiviti murid-murid PPKI (Kenali Nombor)
    a) Tahun 1 (Tayangan Visual Projek Jari Tangan Nombor)
    b) Tahun 2 (Tayangan Visual Projek Buku Skrap)
        c) Tahun 3 (Dompet Saya)
    d) Tahun 4 (Tayangan Visual Projek Buku Skrap)
        e) Tahun 5 (Botol Sifir)







SENARAI PEMENANG MINGGU MATEMATIK MENGIKUT TAHUN 
(PEMULIHAN KHAS DAN PERDANA )

Lima pemenang dipilih bagi setiap tahun dan 3 hadiah saguhati untuk murid bagi setiap kelas. Nama-nama pemenang seperti di bawah.



NAMA PEMENANG TAHUN 1


NAMA PEMENANG TAHUN 3

NAMA PEMENANG TAHUN 4



NAMA PEMENANG TAHUN 6

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan murid-murid yang menyertai pertandingan sempena Minggu Matematik secara maya ini.

Semoga murid-murid lebih bersemangat dan seronok untuk belajar subjek Matematik walaupun tidak bersemuka. 


Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin