Saturday, May 29, 2021

Selamat Bercuti....

Selamat bercuti buat anak-anak murid tersayang... Cuti sekolah bukan bermakna cuti untuk belajar dan berehat sepenuhnya. Setiap hari adalah hari terbaik untuk belajar. Manfaatkan cuti ini dengan perkara yang berfaedah!!

                                              


#staysafe

Friday, May 28, 2021

Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021

Alhamdulillah, pada hari ini seawal jam 8.00 pagi telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021 sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 28 Mei 2021
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pendaftaran: Bermula 8.00 pagi
Penglibatan: 500 orang murid dari seluruh negeri di Malaysia (10 orang PRS dari SKTPP)
Tempat: Dalam Talian Aplikasi Zoom
Anjuran dan Kolaborasi: UBK SK Taman Bukit Maluri bersama MGKKL, UBK seluruh Malaysia dan MotivatorOhsem

Senarai nama peserta dari SK Taman Putra Perdana:
1. Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khairul Azam, 6 Jujur
2. Shafiqah Amirah binti Mohd Shahril, 6 Jujur
3. Ain Nur Aisyah binti Idris, 6 Harmoni
4. Muhammad Hafidh Husna bin Mohd Nasir, 6 Harmoni
5. Alya Nurfarzana binti Azuar Affendi, 6 Gigih
6. Nur Alya Dania binti Ikhwan, 6 Gigih
7. Alin Nazurah binti Azlee Hisyam, 6 Fokus
8. Muhammad Fadlullah bin Mohd Rasulzuli, 6 Fokus
9. Athira Natasya Zahara binti Abdullah, 6 Dedikasi
10. Nur Husna Khamelia binti Shamsol Komar, 6 Dedikasi

Para peserta sangat bertuah kerana dapat ilmu yang disampaikan secara percuma. Program ini telah mendapat sumbangan oleh pihak tertentu. Semoga pihak tersebut sentiasa diperluaskan rezeki oleh Yang Maha Esa. 

Peringatan mesra kepada para peserta sebelum dan semasa kursus:
1. Bersedia di awal pagi dengan memakai uniform PRS
2. Peserta perlu bersarapan terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus
3. Peserta perlu menjaga adab tingkahlaku sepanjang program berlangsung. Terutama di ruangan chat, peserta dinasihatkan menggunakan dengan cara yang berhemah dan elakkan menaip perkataan-perkataan yang tidak sopan. 
4. Semua peserta diwajibkan mengisi borang penilaian bagi melayakkan mendapat sijil penyertaan.

Semoga ilmu yang para peserta peroleh dari program ini akan dimanfaatkan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi kepada PRS yang lain dan juga kepada rakan-rakan walau di mana jua berada. 

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan:


Penceramah Kursus Kepimpinan PRS

Peserta dari SKTPP

Gambar kenangan bersama Guru Penasihat PRS

Suasana ketika sesi ceramah

Antara aktiviti semasa kursus









4 Tahap dalam PRS

Thursday, May 27, 2021

Jom Kongsi : Gandakan Perlindungan

Salam Sayang๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Salam Kita Jaga Kita. 

Semua mesti tahu kes Covid-19 semakin meningkat dan kes kematian mencecah lebih 50 orang sehari....... Sungguh menggerunkan. Apa yang patut kita buat dengan VARIAN baru yang semakin mengganas ini? Tidak lain tidak bukan, apa yang kita sering dan kerap perkatakan iaitu menjaga SOP dan kekal di rumah jika tiada keperluan di luar.

Apa itu varian cikgu?? Mari cikgu terangkan di sini..

Varian ialah sesuatu yang menyimpang atau berlainan dari kelaziman atau keadaan asal.

Varian Covid-19 yang baru ini adalah upgrade version virus Covid-19 yang sedia ada yang mana ianya;

  1. Lebih mudah dan cepat merebak
  2. Tiada gejala atau simptom
  3. Sukar dikesan kes di mana hasil ujian adalah negatif namun sebenarnya virus Covid-19 telah berada di dalam tubuh namun tidak dapat dikesan.

Gandakan perlindungan daripada  varian baru ini dengan amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask). Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus Covid-19.

Berikut adalah cara penggunaan pelitup muka berganda


#staysafe

#stayathome

Wednesday, May 26, 2021

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Pn Jumilah binti Ahmad & En Mohd Izwan bin Mohd Jowahar

Hari ini telah berlangsung satu majlis gilang gemilang yang dinamakan "Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi" secara atas talian buat pertama kalinya bagi warga SKTPP bagi meraikan kenaikan pangkat dan perpindahan Pn Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang yang akan bertukar ke SK Dengkil atas jawatan setara sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan En Mohd Izwan bin Mohd Jowahar yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang di SK KLIA.

Majlis ini telah berlangsung melalui Youtube Live selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Berbagai-bagai agenda telah diatur oleh AJK Pelaksana yang diketuai oleh En Shahrizal bin Ya'am bagi memeriahkan majlis perpisahan yang julung-julung kali diadakan secara online ini.

Jom kita saksikan gambar-gambar semasa majlis berlangsung:



Kata-kata aluan dari pengerusi majlis; cikgu Roslinda  binti Mansor yang mengacarakan majlis dari awal hingga ke penghujungnya

Sesi bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bagi memohon keberkatan majlis

Ucapan wakil murid sesi pagi dan petang
Slot ucapan Ustaz Syed Farhan, Pengerusi KKGK dan Tn Haji Khairul Azhar, YDP PIBG 
Slot ucapan Penolong Kanan Pentadbiran &  Kurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan PPKI 
Ucapan Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP

Ucapan yang diraikan En Mohd Izwan bin Mohd Jowahar

Ucapan yang diraikan Pn Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang

Slot tayangan Montaj Kenangan yang dihasilkan oleh Cikgu Nor Malisha

Persembahan guru

Hadiah-hadiah dari KKGK, PIBG, Staf Pejabat, Guru-guru Sesi Pagi & Guru-guru Sesi Petang 



Slot tayangan montaj video ucapan salam perpisahan yang dihasilkan oleh Cikgu Nor Azlinda

Video salam perpisahan dari guru-guru

Video salam perpisahan dari guru-guru

Video salam perpisahan dari pekerja sekolah

Video salam perpisahan dari murid-murid dan ibu bapa


Majlis berakhir dengan video ucapan perpisahan dari murid-murid dan ibu bapa yang didedikasikan khas untuk Pn Jumilah dan cikgu Mohd Izwan. Semoga Pn Jumilah dan cg Mohd Izwan terus cemerlang walau di mana berada. Untuk mengetahui cerita lanjut berkaitan majlis ini sila layari video berkenaan...



Tuesday, May 25, 2021

Jom Kongsi : Sahsiah Diri

Ramai murid kini sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan SAHSIAH. Walaubagaimanapun, masih ada yang terpinga-pinga bila disebut tentang sahsiah tetapi faham tentang apa yang dimaksudkan dengan akhlak.

Sahsiah atau personaliti yang mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi. Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Ini bererti setiap individu ada cara tersendiri untuk bertindak melakukan perbuatan samada baik atau tidak baik. Manakala dalam perspektif islam sahsiah lebih dikenali sebagai akhlak.

Sahsiah atau akhlak boleh dikategori sebagai dua iaitu baik dan tidak baik. Contoh sahsiah yang baik dalam persekitaran murid-murid ialah menghormati guru, membantu ibu bapa di rumah dan bercakap sopan dengan kawan. Manakala sahsiah yang tidak baik pula ialah melawan cakap guru & ibu bapa serta bergaduh dengan kawan. 

Jom kita buat checklist diri.... Adakah kita masih mengulangi perbuatan di atas? Cikgu percaya bahawa murid-murid di SKTPP sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Jika bukan kita mengubah diri sendiri ke arah kebaikan, siapa lagi bukan? Mulai hari ini, cuba jadi baik dengan mengucapkan kata-kata yang positif. Apa yang kita sebut akan terakam di minda sekaligus mengubah daya pemikiran dan tingkah laku kita.

Ini antara aktiviti yang mampu menyerlahkan lagi sahsiah diri
 yang dapat dilihat dari sisi kebaikan

Murid-murid juga boleh memantapkan lagi pengetahuan tentang sahsiah diri dengan bermain game ini  JOM KLIK. SERONOK DAPAT, ILMU DAPAT.

Saturday, May 22, 2021

Sambutan Hari Guru 2021

16 Mei adalah tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia, hari di mana para guru diraikan sebagai tanda penghargaan atas khidmat baktinya. Oleh itu, pada 22 Mei 2021  Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara atas talian (youtube live).

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

1.       Ucapan aluan pengerusi majlis

2.       Bacaan doa

3.       Ucapan wakil murid

4.       Ucapan YDP PIBG

5.       Ucapan Guru Besar

6.       Bacaan Ikrar Guru

7.       Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

8.       Video persembahan murid

9.       Video persembahan guru

10.   Video montaj perpisahan PK Petang

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.


Poster dan buku program sambutan hari guru 2021 dengan tema ”Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”

Cikgu Nik Rosmaliza binti Nik Hussain selaku pengacara majlis Sambutan Hari Guru 2021

Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Ucapan wakil murid  oleh adik Muhammad Iqbal bin Norazmi

YDP PIBG SKTPP iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian turut memberikan ucapan sempena hari guru

Ucapan amanat daripada puan guru besar iaitu Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali


Bacaan ikrar guru-guru  yang diketuai oleh Pengerusi KKGK; Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abbullah  





  
 Nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” oleh beberapa orang wakil guru SKTPP

Persembahan video kreatif  daripada murid tahun 4 Samsung

Persembahan video kreatif adik Muhammad Idris bin Ibrahim dari kelas 6 Gigih.

Persembahan video kreatif oleh adik Nur Aina Saffiya dari kelas 2 Emerald.

 Deklamasi sajak oleh Cikgu Noor Hayati bt Yusof

Persembahan nyanyian solo oleh Cikgu Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin 

     

    
   

  

  

Persembahan montaj video salam perpisahan cikgu Jumilah bt Ahmad PK Petang SKTPP

Jutaan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan pentadbir, guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh makna ini. Walaupun dalam norma baharu, namun berkat kerjasama semua AJK, barisan pentadbir sekolah serta murid-murid sambutan Hari Guru bagi tahun 2021 telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya.

Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Jumilah bt Ahmad dan En. Mohd. Izwan bin Mohd. Jowahar atas bakti yang dicurahkan sepanjang berada di SK Taman Putra Perdana. Semoga kalian akan terus cemerlang dan bersinar walau di mana jua bertugas.

Selamat Hari Guru “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”

Disediakan oleh:
Pn. Roslelawati Binti Ibrahim
AJK Sambutan Hari Guru 2021