Tuesday, November 29, 2022

Penolong Kanan Baru

Selamat Datang diucapkan kepada 2 orang Guru Penolong Kanan baru SKTPP...

En. Asrulafandi bin Ismail
GPK Pendidikan Khas
SK Taman Putra Perdana

En. Naga Kannan a/l Vadivale
GPK Petang 
SK Taman Putra Perdana

Selamat bertugas. Semoga berbahagia & terus cemerlang bersama warga sekolah kita..

Saturday, November 26, 2022

Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi Puan Siti Raudah binti Hamid & Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Majlis perpisahan kenaikan pangkat.

1. Puan Siti Raudah binti Hamid

2. Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin


Tarikh: 25 November 2022

Hari: Jumaat

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Masa: 7.30 pagi (sesi pagi)

           2.30 petang (sesi petang)

Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, telah diadakan majlis Tautan Kasih Kilauan Budi bagi meraikan kenaikan pangkat dan perpindahan Pn Siti Raudah binti Hamid, Penolong Kanan Petang yang akan kembali berkhidmat di SKTPP 2 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Manakala Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang di SK Jenderam Hilir. Majlis ini berlangsung pada sesi pagi dan petang yang diatur oleh AJK Pelaksana yang terdiri daripada ahli KKGK SKTPP. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Guru Besar, barisan Penolong Kanan, YDP PIBG serta warga SKTPP.

Untuk pengetahuan, Puan Siti Raudah telah mula berkhidmat di SKTPP pada Mei 2021 sehingga November 2022 sebagai Penolong Kanan Petang. Manakala, Encik Ahmad Zunaidi telah berkhidmat di SKTPP sejak tahun 2011 sehingga 2022. 

Poster Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi

Perarakan yang diraikan ke Dewan Perdana. 


Video youtube bacaan doa, ucapan YDP PIBG & Pn Hjh Rohaidah. 

Ucapan daripada YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar binti Mohammad Suffian

Ucapan daripada Guru Besar Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Ucapan yang diraikan Puan Siti Raudah binti Hamid


Ucapan yang diraikan Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

 Tayangan video kenangan yang dihasilkan oleh Cikgu Azlinda.


Tayangan video kenangan yang dihasilkan oleh Cikgu Arjunawati.


Slot penyampaian hadiah daripada guru-guru panitia (pagi & petang) dan AKP

Rakaman gambar yang diraikan Puan Siti Raudah & Encik Zunaidi.


Sesi bergambar guru-guru sesi pagi.

Sesi bergambar guru-guru sesi petang. 

Untuk Puan Siti Raudah dan Encik Ahmad Zunaidi, kami di SKTPP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama berkhidmat di sini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dan terus dirahmati walau di mana pun berada. Semoga terus cemerlang. 

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu lagi. 


Disediakan oleh,
Azwane binti Adnan

Friday, November 25, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-33 (Sesi Petang)

Tarikh: 21 - 25 November 2022

Hari: Isnin – Jumaat

Tema: Merah Jambu

Senarai nama guru bertugas:

1. Saifullah bin Mat Saupi (K)

2. Amalina binti Abd Hamid (P)

3. Nazahiyah binti Ab Rahman

4. Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

5. Zabedah binti Othman

6. Nor Farhani binti Mukhtar

7. Khairiah binti Razali

8. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

9. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin

10. Fadhilah binti Talib


Barisan guru bertugas kumpulan C

Alhamdulillah kita telah menginjak minggu ke-33 sesi persekolahan. Kali ini giliran Kumpulan C pula bertugas bagi memastikan kelancaran segala aktiviti di sekolah pada minggu ini. Berikut laporan perhimpunan rasmi kita pada kali ini.

Tarikh: 21 November 2022

Hari: Isnin

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis: Pn. Nor Farhani binti Mukhtar

1. Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman (3 Turquoise)
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh : Pn. Nor Farhani binti Mukhtar
  • Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Raisha Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan (3 Turquoise)

2. Laporan guru bertugas Minggu ke-32 disampaikan oleh Pn Nor Saadah binti Abd Halim

  • Murid-murid diingatkan untuk menjaga kebersihan sekolah dengan lebih baik dan tidak membuang sampah merata-rata tempat
  • Murid-murid juga diingatkan untuk menjaga kebersihan tandas sekolah dan tidak merosakkan harta benda awam. 

3. Ucapan guru bertugas disampaikan oleh Pn. Nor Farhani binti Mukhtar

  • Komunikasi secara berhemah itu adalah satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak kepada pihak yag lain dan dilakukan dengan cara yang baik.  
  • Kita perlulah sentiasa menggunakan perkataan yang baik ketika berkomunikasi dengan seseorang
  • Senyumlah sentiasa semasa bercakap dan elakkan menggunakan perkataan sindiran


Ustazah Nor Farhani sebagai pengacara majlis

Murid-murid di Pagar B

4. Program-program yang dilaksanakan sepanjang minggu ke-33 :

Program BMI 5 - 9T Sekolah Rendah

Tarikh : 22 - 24.11.2022

Tempat: Bilik Sukan

Program BMI 5 - 9T dilaksanakan kepada murid-murid prasekolah, PPKI dan murid-murid tahun 1 sehingga tahun 3. Program ini mengukur berat dan tinggi untuk menentukan body mass index (BMI) murid normal atau tidak. Berikut merupakan gambar-gambar semasa perlaksanaannya:

BMI Murid Prasekolah

BMI Murid PPKI

BMI Murid tahun 1 - 3

Majlis Tautan Kasih, Kilauan Budi

Tarikh: 25 November 2022

Hari: Jumaat

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Masa: 2.30 petang (sesi petang)

Pada hari Jumaat 25 November 2022 telah diadakan majlis Tautan Kasih Kilauan Budi bagi meraikan kenaikan pangkat dan perpindahan Pn Siti Raudah binti Hamid, Penolong Kanan Petang yang akan kembali berkhidmat di SKTPP 2 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Manakala Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang di SK Jenderam Hilir. Berikut merupakan gambar-gambar semasa majlis berlangsung:

Pn Siti Raudah binti Hamid dan En Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Bacaan doa oleh En Saifullah

Ucapan daripada Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Suasana ketika majlis berlangsung

Sesi bergambar guru-guru sesi petang


Jamuan di Bilik RBT

Sekian, terima kasih 

Disediakan oleh: Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-33 (Sesi Pagi)

  • Tarikh    : 21 November 2022 hingga 25 November 2022
  • Hari       : Isnin hingga Jumaat
  • Masa     : 7.00 pagi hingga 1.30 petang

Senarai nama guru bertugas :

1. Rosmizawati Binti Yusuf (K)

2. Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)

3. Faridatul-Akmal Binti Ismail

4. Junaidah Binti Rus

5. Nur Murni Binti  Abdullah

6. Nurul Iman Binti IIIyas

7. Ahmad Musrizuan Bin Daud

8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

9. Mazzaini Binti Muda

10. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

11. Muhammad Afiq Bin Azli

12. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

Guru Bertugas Kumpulan C Minggu ke-33

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SKTPP.

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu ke -33 sesi persekolahan bagi tahun 2022. Seramai 12 orang guru bertugas yang berdedikasi dari Kumpulan C telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya dalam membantu kelancaran perjalanan aktiviti sekolah pada minggu ini.

Berikut disertakan rakaman aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu ke-33 :

1.0   Perhimpunan Rasmi

  • Tarikh : 21 November 2022, Isnin
  • Tempat : Dewan Perdana

a)       Laporan guru bertugas Minggu ke-32 oleh Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

         Murid-murid diingatkan supaya menjaga tingkah laku semasa sesi rehat.

        Patuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

        Beratur ketika mahu keluar untuk rehat dan naik ke kelas.

 

b)      Ucapan guru bertugas Minggu ke-33 oleh Ustazah Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

    Tema Mingguan : Berkomunikasi dengan berhemah.

   Menghormati guru atau rakan yang sedang bercakap. Jangan menyampuk atau memotong percakapan guru atau rakan. Kita hendaklah menjadi pendengar yang baik dengan mendengar apa yang sedang dibicarakan terlebih dahulu.

  Memandang ke arah mata orang yang sedang bercakap dan tidak melakukan perbuatan yang menunjukkan bahawa diri kita seolah-olah tidak memberi perhatian pada guru atau rakan yang sedang bercakap.

  Menggunakan perkataan yang baik dan tidak kasar dalam percakapan serta tidak mengguris perasaan guru atau rakan-rakan.

 Jangan memandang kecil, rendah atau hina semasa berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

 Jaga lidah dan pertuturan walau dengan siapa sahaja. Jika kita saling menghormati, tentunya akan mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah.

 

c)       Learn a Word, a Day (LAWAD)

         Bahasa Melayu : ada hati (keinginan)

         Bahasa Inggeris : complete (lengkap)

         Bahasa Arab : يسار (kiri)

 

d)      Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Ustazah Azizah Binti Mokhlas

 Murid-murid diingatkan untuk sentiasa menjaga adab ketika guru sedang mengajar di hadapan bagi memastikan kelancaran PdPc.

   Murid-murid perlu memahami dan menghayati konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) agar membolehkan murid mengambil bahagian secara cergas dan proaktif dalam memperolehi ilmu baharu.


Suasana Perhimpunan Pagi Minggu ke-33

Ucapan guru bertugas dan GPK Pentadbiran & Kurikulum

Kehadiran murid ke sekolah sesi pagi

Suasana murid pulang sesi pagi

2.0 Majlis Penyampaian Hadiah Program Kecergasan 1M1S (Lompat Tali Secara Dalam Talian) dan Virtual Lompat Tali Prestasi Tinggi 2022 Peringkat Negeri Selangor

  • Tarikh : 23 November 2022, Rabu
  • Tempat : Dewan Kompleks Sukan MPKL

Warga SKTPP mengucapkan jutaan tahniah kepada adik Muhammad Daiyan Irfan Bin Muhamad Hasrul dari kelas 2 Merpati yang telah mewakili SKTPP dalam Program Kecergasan 1M1S (Lompat Tali Secara Dalam Talian) dan Virtual Lompat Tali Prestasi Tinggi 2022 Peringkat Negeri Selangor. Daiyan telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi tiga acara dalam program tersebut. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan MPKL pada jam 9.00 pagi. Adik Daiyan diiringi oleh Pn. Fauziah Binti Salehoddin, Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP semasa sesi penyampaian pingat dan sijil dijalankan.

Acara yang dimenangi bagi kategori Bawah 10 Tahun Lelaki :

         JOHAN : Single Rope Double Under Relay (SRDUR) 2p x 30s

         NAIB JOHAN : Single Rope Freestyle (SRF) 1p x 45-75s

         KETIGA : Single Rope Double Under Speed (SRDUS) 1p x 30s

Muhammad Daiyan, Tahun 2 mewakili SKTPP dalam 3 acara lompat tali

Penerimaan sijil dan pingat oleh Daiyan peringkat negeri Selangor

3.0 Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi : Puan Siti Raudah binti Hamid & Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (Sesi Pagi)

  • Tarikh : 25 November 2022, Jumaat
  • Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Salam perpisahan diucapkan kepada Puan Siti Raudah Binti Hamid, Penolong Kanan Petang dan Ustaz Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin, guru Pendidikan Islam SKTPP yang akan meneruskan khidmat bakti mereka di sekolah baharu. Justeru, satu majlis yang dinamakan Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi kelolaan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP  telah diadakan pada sesi pagi bagi meraikan kedua-dua insan hebat ini yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap kecemerlangan sekolah. 

Untuk makluman semua,  Puan Siti Raudah binti Hamid akan berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum di SKTPP 2. Manakala Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin akan berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) Petang di SK Jenderam Hilir. Selamat maju jaya warga SKTPP ucapkan kepada Puan Siti Raudah dan Ustaz Ahmad Zunaidi!

Perarakan bunga manggar dan kompang untuk yang diraikan; Pn. Siti Raudah dan Ustaz Zunaidi

Sesi bacaan doa, ucapan YDP PIBG dan Guru Besar SKTPP 

Penyampaian hadiah 

Sesi bergambar bersama yang diraikan Pn. Raudah dan Ustaz Zunaidi

Disediakan oleh :
Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah

Thursday, November 17, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-32 (Sesi Pagi)

Tarikh                          : 14 - 18 November 2022

Senarai guru bertugas :

1. Encik Wan Faizul Wan Mat

2. Encik Muhammad Dzafran Kamar Bahrin

3. Encik Ahmad Zubair Haji Muhamad Taib

4. Puan Rafidah Salleh

5. Cik Roslinda Mansor

6. Puan Roseniza Setapa

7. Puan Musaliha Mustafa

8. Puan Jamilah Mohd Yusof

9. Puan Rosmawati Md Desa

10. Puan Safinatunajakh Mat Som

11. Cik Nurul Nadhirah Kamarulzaman

12. Puan Wan Rosmawati Wan Ibrahim

Barisan guru bertugas

Barisan pentadbir

Guru SKTPP

Atur Cara Perhimpunan Rasmi

Juruacara majlis perhimpuanan pagi adik Arisya Irdina Muhammad binti Abdul Hakim (5 Oppo )

1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, lagu sekolah dan Sekolahku Sejahtera
 
Adik Nur Aishah Aleesya binti Amar (6 Ibnu Qayyim) memimpin nyanyian lagu

2. Bacaan doa
3. Bacaan Ikrar Murid 
4. Bacaan ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalanraya 

Adik Muhammad Hakeem Rizqi bin Norazmi (6 Ibnu Qayyim) mengetuai bacaan ikrar 


                                                           


5. Ucapan guru bertugas minggu lepas

Laporan guru bertugas minggu lepas Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
  • Menerapkan semangat cintakan negara kepada murid melalui nyanyian lagu rasmi pada setiap minggu. Murid diminta untuk sentiasa berdiri tegak menunjukkan rasa hormat pada lagu yang dinyanyikan.
  • Memberi peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri terutama ketika berada di luar perkarangan sekolah. 
  • Murid didapati gemar membeli makanan ringan yang dijual di luar kawasan sekolah setelah tamat sesi persekolahan.

6. Ucapan guru bertugas mingguan 

Wakil guru bertugas mingguan Cik Nurul Nadhirah Kamarulzaman
  • Tema minggu ini ialah "Awas Bahan Terlarang"
  • Murid-murid didedahkan dengan jenis dan contoh bahan terlarang seperti dadah, alkohol, rokok, vape dan lain-lain.
  • Bahan-bahan terlarang seperti ini akan memberi kesan buruk kepada pengguna seperti menyebabkan kurang pertimbangan yang waras. Oleh itu, murid diingatkan agar sekali-kali tidak mencuba untuk menggunakan bahan terlarang. 
  • Perkataan LAWAD
                                        Bahasa Melayu:    berganding bahu    -     bekerjasama

Bahasa Inggeris:    travel                     -     mengembara
                                        
Bahasa Arab:    يمين (yamiinun)       -    kanan


7.  Kejohanan Ragbi Jemputan SK Putrajaya Presint 16/1 Peringkat Kebangsaan Edisi ke-2/2022.

  • SKTPP mendapat Tempat Ketiga Plate
  • Menang kepada SK Bukit Damansara
  • Tewas kepada SK Wawasan, Negeri Sembilan dan Kelab Hunters
            
Pasukan Cyborg SKTPP

8. Ucapan Guru Besar

Puan Hajah Rohaidah Mohd Ali

  • Memupuk sifat berani dalam kalangan murid melalui tugasan mengetuai acara di atas pentas sebagai pengacara dan lain-lain.
  • Murid juga boleh menggunakan sudut pidato yang sedia ada untuk mencungkil potensi diri masing-masing.
  • Makluman cuti sekolah akan bermula pada 10 Disember 2022 selama 3 minggu. 
  • Ujian Akhir Sesi Akademik akan diadakan pada 4 Januari 2023 (hari kedua buka sekolah tahun depan)
  • Semua murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan mengulangkaji pelajaran.

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.30 pagi.

Aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu

Program English Month  

Peserta Tahun 4

Peserta Tahun 5

Peserta Tahun 6