Friday, April 21, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh    : 17 April & 18 April 2023

Hari        : Isnin & Selasa

Kumpulan Bertugas : Kumpulan E

Guru Bertugas :

1. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

2. Nor Arzah binti Hussin

3. Aizil Hasyimi bin Abd Rahman

4. Nor Azian binti Ahmad

5. Shuharma binti Ahmad

6. Suziana binti Mohd Makhtar

7. Maizara binti Mahat

8.  Hastipa binti Mat Daud

9. Suphasara Supranie a/p Airak

10. Zalina binti Ismail



Hari Pertama - Isnin (17 April 2023)

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan

Masa: 1.00 -1.30 petang

Pengacara Majlis : Pn. Nor Arzah binti Hussin

1. Perhimpunan dimulai dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis dan diikuti dengan Nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, ikrar murid dan ikrar keselamatan jalanraya.

2. Bacaan doa dipimpin oleh Adik Mohammad Iyyad Qayyim bin Mohd Izham manakala bacaan ikrar pula dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Saifuddin.

Salam Aidilfitri 2023 / 1444H

 

Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Lambaian Syawal kini menanti. Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadan diterima Allah swt..

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua murid, ibu bapa, guru, kakitangan dan warga sekolah. Semoga sentiasa sihat dan berbahagia di hari mulia.

Thursday, April 20, 2023

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid bagi Bulan Mac & April 2023

 Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid bagi sesi persekolahan Tahun 2023/2024 diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini bermula dari hari pertama persekolahan di buka iaitu pada 20 Mac 2023. Aktiviti ini diteruskan bagi menjiwai amalan penyayang dan membudayakan sikap kasih sayang antara guru dan murid-murid. 

Guru-guru bertugas akan bertugas mengikut giliran bagi menyambut kehadiran murid-murid di pagar A dan pagar B sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Penampilan guru yang kemas dan ceria serta bersikap mesra ketika menyambut kehadiran murid diharap mampu menyediakan emosi positif buat murid-murid sebelum sesi pembelajaran bermula.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan bagi aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac dan April.

Pentadbir dan guru bertugas menyambut kahadiran murid dihari pertama persekolahan

Menyambut kehadiran murid sesi pagi di Pagar B

Kehadiran murid sesi petang pada minggu pertama persekolahan di pagar A sekolah 

Suasana kehadiran murid di awal pagi persekolahan minggu kedua 


Suasana kehadiran murid sesi petang pada minggu ketiga persekolahan di pagar B

Kehadiran murid sesi petang di pagar A sekolah 

Kegembiraan murid-murid jelas terpancar bila disapa oleh guru-guru 

Kahadiran murid sesi pagi di minggu ke 5 persekolahan

Tuesday, April 18, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-5 (Sesi Pagi)

Tarikh    : 17 & 18 April 2023

Hari        : Isnin & Selasa

Kumpulan Bertugas  : Kumpulan E

Tema warna               : Merah


Gambar ahli kumpulan E

Dari kiri : Ustaz Mustafid, Ustaz Zairuddin , Cikgu Noriza, Cikgu Norliza, Cikgu Nor Hayati, Cikgu Julaili, Cikgu Nur Zakiah, Cikgu Hanifah, Ustazah Syahirah dan Ustazah Mawaddah.

Perhimpunan mingguan telah diadakan seperti biasa di Dewan Perdana. Murid berkumpul di dewan dan beratur mengikut kelas dan tempat yang telah ditetapkan. Pengacara majlis yang bertanggungjawab mengemudikan majlis perhimpunan ialah Ustaz Mustafid. 

Seperti kebiasaannya, tiga buah lagu dinyanyikan oleh warga sekolah iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya serta ikrar murid.

        Seterusnya ialah laporan guru bertugas yang disampaikan oleh Cikgu Zailezah. Beliau melaporkan tentang kebersihan di dalam kelas yang memuaskan. Berkaitan dengan lencana dan tanda nama pula, masih terdapat murid yang belum menjahitnya pada pakaian mereka. Murid diingatkan sekali lagi agar menjahit lencana serta tanda nama pada pakaian sekolah. 

     Bukan itu sahaja, Cikgu Zailezah juga mengingatkan sekali lagi kepada murid tentang peraturan pemakaian baju semasa ke sekolah iaitu memakai baju unit beruniform yang lengkap pada hari Isnin minggu ketiga, manakala baju t-shirt unit beruniform dipakai pada hari Rabu.

      Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh guru bertugas iaitu Ustaz Mustafid. Ustaz Mustafid menyampaikan penerangan berkaitan tema minggu ini iaitu kehadiran/ponteng. Ustaz memberikan peringatan kepada murid-murid agar sentiasa hadir ke sekolah. Jangan buat pelbagai alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Jika tidak sihat dan tidak boleh hadir ke sekolah, boleh beritahu kepada guru kelas lebih awal dan menyediakan surat sebab tidak hadir ke sekolah. 

    Ustaz juga mengingatkan kepada murid agar datang ke sekolah dengan rasa gembira dan ceria untuk menuntut ilmu. Selain itu, ustaz juga menitipkan pesanan agar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru.

Perkataan lawad pada minggu ini adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu  : Angkat muka (tidak takut)

Bahasa Inggeris : Routine (rutin)

Bahasa Arab      : Ihtifalun (Sambutan)

    Seterusnya, Penolong Kanan PPKI iaitu Ustaz Asrulafandi bin Ismail pula menyampaikan ucapannya. Beliau memberi peringatan kepada murid untuk menjaga keselamatan semasa berada di sekolah. Ia berikutan peristiwa ribut yang telah menyebabkan beberapa tempat di sekolah mengalami kerosakan. Beliau juga mengingatkan murid agar sentiasa menjaga kebersihan diri serta mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.

        Majlis seterusnya diambil alih oleh Cikgu Noor Hayati iaitu Cikgu dari kelas PPKI untuk Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati sempena bulan Ramadan yang mulia. Program ini dianjurkan bagi memberi bantuan berbentuk barang makanan kepada murid yang kurang berkemampuan. Berikut disertakan gambar semasa penyampaian barangan makanan kepada murid-murid yang terpilih.

Majlis penyampaian bakul makanan sempena Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati


Murid-murid datang ke sekolah

Murid-murid pulang dari sekolah

Pada hari Selasa pula diadakan majlis Sekalis Ramadan Sesuci Lebaran. Majlis ini diadakan untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara guru dengan murid. Dalam ucapan Guru Besar mengingatkan agar murid-murid sentiasa meneruskan amalan baik yang dibuat semasa bulan Ramadan seperti bersedekah dan tadarus al-Quran. Amalan-amalan ini tidak sepatutnya hilang apabila Ramadan berlalu pergi. Di samping itu, murid perlulah sentiasa memohon maaf kepada guru-guru jika ada membuat kesalahan dan kesilapan.

Majlis berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama warga sekolah.

Berikut disertakan gambar semasa majlis berlangsung.

Gambar memohon kemaafan murid dengan guru

Sebelum majlis berakhir, guru lelaki mengambil peluang membuat rakaman takbir raya. Mari saksikan rakaman video dalam pautan di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=mruVtZTArFU

Guru-guru bergambar sebelum sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, dan selamat bercuti buat semua murid, ibu bapa dan warga sekolah

Friday, April 14, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-4 (Sesi Petang)

Tarikh: 10 – 14 April 2023

Hari: Isnin - Jumaat

Kumpulan Bertugas - Kumpulan D

Tema: Disiplin - Uniform sekolah

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah binti Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman (Cuti Bersalin)

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Nashirah binti Taib

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

10. Pn Wan Mahani binti Wan Hashim



Minggu persekolahan minggu ke-4 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai guru bertugas Kumpulan D menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar.







Aktiviti persekolahan diteruskan seperti biasa bagi murid-murid tahun 2 dan 3 manakala murid tahun 1 pula telah meneruskan sesi program transisi.

Perhimpunan mingguan -  10 April 2023

1.0 Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar
  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa dipimpin 
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya
  • Bacaan ikrar murid 

2.0 Laporan guru bertugas Minggu ke-3 disampaikan oleh En. Saifullah

  • Murid perlu memastikan kebersihan kelas dan kawasan sekitar sekolah. Sampah-sampah perlulah dibuang ke dalam tong sampah.
  • Murid diingatkan supaya menjaga barang-barang persendirian dengan baik terutama bekal makanan dan minuman.
  • Murid perlu menyusun kasut di rak di surau dan memastikan tidak melakukan pembaziran air ketika mengambil wudhu.
3.0 Ucapan Guru Bertugas  disampaikan oleh En. Abdul Hafiz


  • Pakaian murid lelaki adalah baju kemeja putih, seluar panjang biru dan bertali leher.
  • Pakaian murid perempuan adalah baju kurung putih dan kain biru dan tudung putih/pinafore
  • Bagi murid yang tidak bertudung perlu pastikan rambut dalam keadaan kemas.

Pembahagian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) - 12 April 2023


  •  Pada hari Rabu (12 April 2023) telah berlangsung pembahagian BAP 2023 kepada ibu bapa / penjaga murid tahun 1 2023.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS & PRS  - 11 April 2023












Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan 2023 - 12 April 2023











 Inilah aktiviti sepanjang minggu ke-4. Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas kali ini. 

Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan (Sesi Petang)

Tarikh : 14 April 2023

Hari :    Jumaat

Masa : 3:20 - 5:30 petang

Tema : Hitam

Atur cara :

Guru dan Murid Berkumpul

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Ucapan Guru Besar

Penyampaian Sumbangan Tabung Ramadan

Penyampaian Hadiah Aktiviti Ihya Ramadan

Sesi Bergambar

Bersurai

 

     Seperti mana yang kita semua ketahui, bulan Ramadan merupakan satu bulan yang mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan. Selain itu, bulan Ramadan juga dinamakan Al-Mubarak yang bermaksud bulan yang penuh dengan keberkatan di mana semua umat Islam diberi peluang untuk melipat gandakan pahala dengan menunaikan amalan-amalan wajib dan sunat yang sangat digalakkan melakukannya pada bulan Ramadan ini. 

    Pada 14 April 2023 Jumaat jam 3.30 petang telah diadakan Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan sesi petang Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.


 Semua murid berkumpul di dewan

Sebahagian daripada guru

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz B Abdul Halil

Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah B Mohd Ali

Pemenang daripada kelas Pra Orkid
 
 
Pemenang dari kelas Pra Tanjung




Gambar-gambar pemenang pertandingan kuiz dan mewarna tahun 1, 2 dan 3
 
 
    Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga Ramadan akan datang memberi lebih makna untuk semua.

Disediakan oleh : Nor Farhani Binti Mukhtar